GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Thursday, February 19, 2015

Gambar Anwar yang diviralkan oleh macai-macai Umno


 Gambar Datuk Seri Anwar Ibrahim memegang telefon bimbit telah menjadi viral di media sosial.

Gambar itu katanya,  diambil ketika beliau menghadiri pendengaran saman fitnahnya terhadap Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman di Mahkamah Tinggi jalan Duta, pada 17 Februari.

 Berikutan penyebaran gambar itu, sesetengah pihak telah menimbulkan soalan mengenai kehadiran Anwar di mahkamah tanpa gari, berpakaian awam dan memegang sebuah telefon bimbit.

 Timbalan Pengarah Jabatan Penjara (Dasar Penjara) Supri Hashim berkata gambar itu diambil ketika dia menghadiri perbicaraan di Mahkamah Persekutuan di Putrajaya pada 10 Februari, dan bukannya pada 17 Februari. Anwar ketika itu adalah seorang yang bebas dan masih tidak di bawah kawalan pihak berkuasa penjara.

 Beliau juga berkata bahawa adalah tidak perlu bagi banduan digari apabila mereka dibawa untuk menghadiri perbicaraan mahkamah.

 "Prosedur ini dilaksanakan ke atas semua tahanan dan bukan hanya Anwar. Prosedur yang sama digunakan apabila Anwar dibawa ke mahkamah.

 "Gari digunakan ke atas banduan dengan risiko kemungkinan melepaskan diri, yang berpotensi untuk mencederakan diri sendiri atau orang lain," katanya. - sumber

Anwar memakai kemeja putih dan berseluar hitam diiringi beberapa pegawai penjara serta anggota polis, ketika menghadiri  mahkamah pada pada 17 Februari.
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...