KELANTAN

KELANTAN
TABUNG BANJIR KELANTAN

SUMBANGAN DANA

SUMBANGAN DANA
HARD TALK

Thursday, February 12, 2015

Inilah kerja UG - Melabel dan mahu menyingkirkan ahli yg tidak sehaluan ....

ALOR SETAR - Pas Pusat wajar menyiasat dakwaan wujudnya komplot mahu menjatuhkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai Presiden Pas kerana terdapat bukti asas yang boleh kaitkan dakwaan itu, yang didedahkan sekumpulan penyokongnya, Ahad lalu.

 Ketua Penerangan Pas Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, maklumat itu merupakan perbincangan dalaman pimpinan kanan parti, bukan tuduhan liar.

 “Elok siasat (dakwaan) daripada membiarkan perkara itu makin parah berikutan kelicikan pihak tertentu yang benar-benar mahu singkirkan Hadi, termasuk memburukkan Setiausaha Agung (Datuk Mustafa Ali) dan Majlis Syura Ulama. Penyokong terbabit hanya mendedahkan maklumat, jangan membisu kepada kelicikan kumpulan lain yang sering dilihat membuat onar dalam parti,” katanya, sinis.

 Katanya, maklumat didedahkan Ketua Pemuda Pas Kuantan, Noorzazilafadli Ibrahim berserta akuan berkanun, termasuk bukti perbualan dari aplikasi WhatsApp bukan perkara remeh.

 “Sebelum diadakan pemilihan, elok jika anai-anai perosak yang cuba porak-perandakan parti termasuk mahu singkirkan Hadi, terlebih dahulu disingkirkan,” katanya.

 Katanya, siasatan juga perlu terhadap individu atau kumpulan yang dikaitkan dengan gerakan terbabit.

 "Ini bukan budaya Pas. Ia menular secara licik dan senyap sejak Pas dapat sambutan selepas tahun 1999,” katanya.

 Tambahnya, bukan sahaja wujud gerakan menjatuhkan Abdul Hadi, tetapi gerakan menentang sesiapa sahaja dalam parti yang tidak sealiran atau tidak boleh diarah.

 “Pas Kedah adalah mangsa awal kumpulan ini. Selepas cubaan menjatuhkan Allahyarham Ustaz Azizan Abd Razak dan menguasai Pas negeri gagal, mereka cetuskan perbalahan serta tubuhkan NGO. Tercetuslah perbalahan melalui adu domba, yang disifatkan munafik dalam gerakan Islam,” 

Muhammad Sanusi yang juga Bekas Setiausaha Politik Azizan berkata, tidak dinafikan perbalahan dengan Azizan hingga berlakunya krisis exco adalah agenda kumpulan ini.

 “Siasat siapa lagi di belakang gerakan itu, jangan tunggu hingga parah! Sudah tiba masa, Pas perlu bebas daripada anasir anai-anai perosak,” katanya.

 Tegasnya, siasatan juga perlu terhadap kaitan kumpulan terbabit dengan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma), berikutan NGO itu disebut sebagai sebahagian daripada komplot itu.

 “Kenapa Pasukan Gerak Saraf (PGS) bawah Jabatan Pilihanraya Pas Pusat membantu promosikan aktiviti Pasma, sedangkan Majlis Syura meminta sebaliknya? Ini gerakan jahat melibatkan pemimpin tertentu,” katanya.

 Muhammad Sanusi berkata, jika semua maklumat didedahkan palsu, pihak yang difitnah boleh ambil tindakan perundangan untuk membersihkan nama mereka.

 “Perwakilan dari seluruh negara akan adakan pemilihan dalam masa terdekat. Apa jaminan calon yang bertanding bebas daripada percaturan kumpulan itu. Kita bimbang wujud gerakan untuk merosakkan Pas dari dalam,” katanya.

 Katanya, lebih baik kumpulan itu berperang dengan Umno, daripada melaga-lagakan sesama ahli, serta mencetuskan kacau-bilau untuk tolak kepimpinan ulama.

 “Namun saya yakin Pas tetap kukuh selagi berpegang kepada perjuangan Islam sebagai teras dan matlamat. Anasir licik seperti itu wujud sejak zaman awal Islam dan akan berlaku hingga kiamat. Ahli Pas wajib berpegang kepada Islam dipandu ilmu para ulama. Pasti ahlinya tidak rela parti ini menjadi sekular pragmatis seperti sekutunya dalam PR,” katanya di sini

Komen al-Husseyn :

 Selain menyalahkan pihak lain diatas kejatuhan PAS Kedah dalam PRU-13 lalu, Sanusi nampak gopoh dan terdesak mahukan supaya penyingkiran ahli PAS yg tidak sehaluan dengannya disingkirakan dari parti; katanya:

“Sebelum diadakan pemilihan, elok jika anai-anai perosak yang cuba porak-perandakan parti termasuk mahu singkirkan Hadi, terlebih dahulu disingkirkan,” 

 Tak kira siapa kamu, Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden atau JKPP....biarlah pemilihan Muktamar yang menentukan. Apa punya bengap Ketua Penerangan Pas Kedah nih! Melabel orang yg tidak sehaluan dengan pelbagai gelaran yg biadab dan dengan mudah tak sempat-sempat mahu menyingkirkan orang dari parti!

 Tidak setuju dengan pemimpin, pergi keluar parti? Itulah pemikiran jumud kalangan UG. PAS bukan kepunyaan seorang pemimpin tetapi kepunyaan ramai ahli jemaah. Kemukakan dalam muktamar nanti dan biar jemaah tentukan.

  Melobi dan berkempenlah secara bersih, jauhkan dari fitnah berbagai. Jangan buat kelaku sewaktu pemilihan Timbalan Presiden dipemilihan yg lepas. Macam-macam puak UG duk gelar pada Mat Sabu. Podah!

Berikut saya perturunkan pandangan ilmuan Islam negara kiata berkaitan pemilihan pimpinan parti.
Zaharuddin Abd Rahman February 9 at 10:54pm · 
 Sebagai sebuah parti dan jemaah yang besar, adalah perkara lumrah wujudnya sebahagian ahli dan pimpinan yang tidak berpuas hati dengan prestasi kepimpinan tertinggi. 
Justeru PAS sebagai parti yang menerima sistem pemilihan pimpinan melalui undian dalam muktamar agung, semua ahli & pimpinan semua peringkat PAS patut lebih matang, tidak panik dan tidak perlu berdemo hatta jika benar sekalipun wujud gerakan dalaman yang 'tidak berhasrat' mengekalkan pimpinan tertentu sedia ada. 
Apabila berdemo dan memekik melolong di media, pastinya imej dan reputasi seluruh parti dan jemaah itu lebih jatuh dan teruk. Malah dikira lebih negatif berbanding dari gerakan dalaman tersebut. Ini perspektif dari luar..dan penting diambil kira jua.
Comments
1 Comments

1 comment :

Manshor Yahya said...

Adakah parti itu milikan atau amanah. Jika milikan prinsip ini membawa perpecahan. Jika amanah insyallah akan brrtambah kuat.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...