GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Wednesday, February 25, 2015

Jamil Khir, Mazhab al-Shafi’i mensabitkan liwat sebagai zina....

"Qazaf itu tuduh orang melakukan zina. Tak boleh sebut semua 
 qazaf. Qazaf kerana mencuri, itu salah." Kata Jamil Khir
 dalam usahanya mahu memperbodohkan rakyat.
 Panel, Klinik Hukum Syarak dan Guaman Syarie, Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM Bangi, Selangor, telah mengeluarkan satu kenyataan akhbar bertarikh 18 Ogos 2008.


Kajian terperinci mengenai qazaf yang dilakukan oleh panel Klinik Hukum Syarak dan Guaman telah membuat keputusan satu resolusi seperti berikut :
 Syarie bersepakat memutuskan perkara-perkara berikut:
 1. Mana-mana orang yang menuduh orang lain melakukan liwat sama ada secara paksa atau kerelaan tanpa mengemukakan empat orang saksi lelaki yang cukup syarat atau pengakuan tertuduh adalah dikira sebagai tuduhan qazaf sebagaimana dalam Seksyen 41, Akta 559 Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997. Walaupun Seksyen 41 tidak menyebutkan liwat namun ia termasuk dalam kategori zina menurut Hukum Syarak berdasarkan Akta Keterangan Mahkamah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997, Seksyen 130(2) yang menyebut bahawa jika terdapat lakuna atau jika apa-apa perkara tidak diperuntukkan dengan nyata dalam Akta ini, Mahkamah hendaklah memakai Hukum Syarak. Hukum Syarak bermaksud mengikut Mazhab Shafie, atau mengikut mana-mana satu Mazhab Maliki, Hanafi atau Hanbali berdasarkan Seksyen 3, Akta Keterangan Mahkamah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997. Majoriti fukaha termasuk Mazhab al-Shafi’i mensabitkan liwat sebagai zina. Justeru, tuduhan liwat adalah tuduhan zina.
 2. Pada asasnya, orang yang menuduh orang tertentu meliwat tanpa bukti empat orang saksi lelaki yang cukup syarat atau pengakuan tertuduh dianggap melakukan jenayah qazaf. Namun begitu, orang yang mendakwa dirinya diliwat boleh mengemukakan sebarang bukti yang boleh diterima di mahkamah, menyokong dakwaannya itu seperti pengesahan doktor. Jika dia tidak dapat mengemukakan bukti diliwat maka dia dianggap melakukan tuduhan qazaf terhadap seseorang. Anda boleh rujuk  di sini
 Jadi kita tunggu apa alasan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri itu nak kata. Sebelum ini dia kata :
Pihak yang ingin membuat tuduhan jenayah qazaf terhadap peguam Tan Sri Shafee Abdullah dalam kes Liwat II melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim digesa mengkaji enakmen berkaitan terlebih dahulu.

"Semak balik Seksyen 41 Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan dan Selangor. Ada seksyennya.


"Qazaf itu tuduh orang melakukan zina. Dia tak boleh sebut semua (berkaitan) qazaf.


"(Contohnya) qazaf (kerana) mencuri, itu salah,"
Comments
3 Comments

3 comments :

Zack said...

Tak pernah ada dalam sejarah nabi menghukum liwat seperti zina. Sudahlah membuat hukum kerana padangan politik yang berbeza. Ini mengelirukan orang Islam. Sebab tu sampai mati aku tak akan sokong Pas yang memperalatkan agama. Phuiii!

sizzly7761 said...

Orang yang pandai agama kalau bersekongkol atau masuk dalam grup orang jahat maka orang agama nipun akan jadi jahat...apakah menteri agama ni nak jadi jahat dengan cuba untuk bodohkan umat islam tentang jenayah qazaf mengikut mazhaz shafei yang kita pegang? Jangan jual iman dan ugama hanya kerana kita dipinjamkan kuasa... dulu menteri boleh bodohkan dan tipu rakyat...sekarang ni dah tak boleh...

Anonymous said...

bolih ke di hukum qazaf pada tangavelu a/l ganeson

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...