GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Tuesday, February 03, 2015

Jangan pertikaikan apa kata Presideng - Dengar dan patuh!

"Presiden ini ketua bagi pertubuhan, dan pertubuhan tidak buat keputusan, itu kenyataan peribadi," Demikian kata TGNA suatu ketika dulu.Jelas kata-kata TGNA ini menafikan adanya kuasa veto seorang Presiden, sebagaimana dakwaan kalangan tertentu dalam PAS.

Sesuatu keputusan hanya sah dibuat oleh pertubuhan, bukan melalui hanya seorang ketua pertubuhan. Kalau keputusan dibuat oleh ketua, maka keputusan itu adalah keputusan dan pendapat peribadinya, bukan pertubuhan!

 Kalau dah jenis sentiasa ijtihad sendiri sahaja yang betul, walaupun pandangan itu datangnya dari Mursyidul 'Am, atau dari Luham, kalau dah pekak badak, apa yang mampu dibuat?

Sebelum ini, Setiausaha LUHAM, Abang Ahmad Kardee Abang Masagus telah dibelasah oleh puak-puak UG ni apabila dilaporkan mendakwa Abdul Hadi melanggar perlembagaan parti itu dalam isu pelantikan Menteri Besar Selangor dengan mengatakan jawatan yang dipegang oleh Presiden Pas tidak membolehkan beliau mengambil kata putus tanpa bermesyuarat dengan Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas Pusat. 

 Katanya, mesyuarat biro itu kelmarin turut memutuskan, Majlis Syura Ulama bertindak melampaui kuasa AJK Pas Pusat sekali gus menjadikan peranan jawatankuasa itu tidak lagi relevan. Baca lagi di sini


Ulama PAS tak setuju bincang pilihan raya PBT, khuatir Hadi dipertikai

 Dewan Ulama PAS tidak bersetuju isu pelaksanaan pilihan raya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dibentangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat akan datang kerana bimbang Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan dipertikaikan, kata Datuk Dr Mahfodz Mohamad.

 Pemangku Timbalan Ketua Dewan Ulama itu berkata, pendirian presiden PAS seharusnya menjadi pendirian rasmi parti dan tidak perlu dibahaskan.

 “Saya akan hubungi sahabat-sahabat dalam Dewan Ulama dan saya yakin mereka akan memberi pandangan tidak bersetuju isu pilihan raya PBT dibentangkan," kata Mahfodz seperti dilaporkan Utusan Malaysia hari ini.

 “Sekiranya dibentangkan juga, Dewan Ulama akan akur dengan pendirian presiden PAS."

 Sebelum ini, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata parti Islam itu akan membincangkan isu pilihan raya PBT dalam mesyuarat parti akan datang sebelum dibincangkan dalam Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (PR).

 Mahfodz berkata setakat ini, usul membincangkan isu pilihan raya PBT tiada dalam agenda mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat pada 8 Februari ini.

 “Kalau hendak bentang, boleh dibentangkan tetapi terima atau tak terima, itu wallahua’lam,” katanya kepada akhbar milik Umno itu.

 Hadi sebelum ini memberi amaran pilihan raya PBT yang diperjuangkan DAP boleh melebarkan jurang antara kaum dan mendorong kepada insiden rusuhan kaum 13 Mei 1969. 

 Katanya, desakan DAP untuk pilihan raya PBT akan menyebabkan ketidakstabilan masyarakat majmuk di Malaysia dan hanya menguntungkan kaum Cina sahaja. – 3 Februari, 2015. sumber
Comments
3 Comments

3 comments :

Anonymous said...

majlis syura ulamak ker majlis ulamak penjilat presiden

Anonymous said...

Inilah yg dikatakan diktator, apa shj keputusan peribadinya mestilah dipatuhi. Kenapa tidak dibahaskan untuk menunjukkan kewajaran keputusan itu supaya dipatuhi oleh jemaah? Apa yg hendak ditakutkan, jika keputusan itu diangkat sebagai tepat setelah diperdebatkan, tentu ia lebih bernilai setelah dibahas dan diterima.

Anonymous said...

Rasulullah saw pun tak pernah paksa keputusan keatas sahabat. Baginda pun dengar ckp sahabat sekiranya ada manfaat.

Presideng pas dah diangkat jadi taraf tuhan ke sehingga kata2nya mesti ditaati?

wlp mulut yg berzikir tapi mulut itu juga menuduh memfitnah orang lain.

mana mungkin org2 spt ini diambil ilmu darinya...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...