JERUSALEM

JERUSALEM
SOLIDARITI BERSAMA PALESTIN

Wednesday, February 18, 2015

Jangan serah tengkuk untuk dipancung! - Khalid Samad

 Semasa ucapan penggulungan di Perhimpunan Agung Umno pada 29 Nov 2014 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC)  Kuala Lumpur, Tan Seri Muhyiddin Yassin Timbalan presiden Umno itu menegaskan Umno dan Barisan Nasional (BN) tidak lagi berkuasa selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) sekiranya hilang cuma 2% lagi undi. Baca lagi di sini.

 Tanpa menyebut nama mana-mana pemimpin, YB Khalid Samad menyeru pimpinan Pakatan Rakyat supaya jangan ada yg nak menyokong strategi Umno/BN itu kerana ianya adalah umpama menyerahkan tengkuk untuk dipancung!

Ikuti seterusnya pendedahan Khalid Samad mengenai strategi Umno/BN untuk meneruskan kelangsungan pemerintahan Umno/ BN :

0:27~ Selain daripada tindakan keatas DS Ibrahim, senjata kedua yg akan digunakan oleh Umno/BN ialah persempadanan baru.

0:43~ Kalau sekiranya persempadanan yg lama kekal, maka yg 2% itu insya’Allah akan menyebabkan Umno/BN kalah dan kehilangan Putra Jaya!

1:04~ Ucapan TS Muhyuddin, yg kata 2% itu adalah berasaskan persempadanan yg sedia ada itu.

1:13~ Maka langkah yg pertama, ialah untuk menahan DS Anwar Ibrahim untuk survival Umno/BN, langkah yg kedua ialah untuk membuat persempadanan yg baru.

1:32~ Saya menyeru semua pimpinan Pakatan Rakyat untuk menolak apa jua cadangan persempadanan baru yg ingin dilakukan oleh Umno/BN yg kini tindakan untuk menyelamatkan Umno/BN. Jangan kita nak untung secupak, rugi segantang!

2:05~ Umno/BN akan bertindak untuk mendapatkan sokongan PAS dalam persoalan persempadanan baru ini dengan menjanjikan kepada PAS kawasan2 yg baru yg akan dimenangi oleh PAS. Bagi tiap satu yg dimenangi oleh PAS, akan ada satu atau dua yg akan di menangi oleh Umno / BN. 

2:45~ Maka jgn kita untung secupak, rugi segantang! Mungkin kita dapat 5, 6 kerusi parlimen, yg baru bagi PAS, tetapi Umno akan tambah dengan kerusi yg jauh lebih banyak dari itu.

3:08~ Maka jgn kita buta terhadap mainan politik Umno / BN. Kita akui, persempadanan yg sedia ada ini tidak adil, dan tidak betul, Ianya memang , sememangnya perlu diperbetulkan.

3:31~ Tetapi yg ada yg tak betul sekarang ini adalah kerana Umno/BN dan tak mungkin orang yg merosakan persempadanan ini akan membetulkannya dgn cara yg sepatutnya.

3:52~ Dalam ertikata yg lain, dulu dia yg susun persempadanan dgn cara yg tak adil untuk memenangkanpihak Umno/BN yg sedia ada ini.Dia yg susun!

4:05~ Yang adanya Bandar, Kawasan yang pengundinya 100 ribu lebih. Adanya yg kawasan yg pengundinya 14 ribu, dan sebagainya. Dia yg susun!

4:18~ Tak mungkin yg merosakan, akan membetulkan kerana sifat yg sama tetap kekal bersama mereka; iaitu mereka akan lakukan persempadanan itu, untuk menguntungkan mereka tanpa mengambil kira peraturan-peraturan dan pertimbangan-pertimbangan yg wajar dan adil.

4: 47~ Biarlah persempadan baru dilakukan bila Pakatan Rakyat ambil aleh. Ini seruan saya kepada pemimpin-pemimpin dalam Pakatan Rakyat, untuk kita member sokongan kepada usaha persempadanan baru Umno/BN, adalah bagai kita menghulur tengkuk kita untuk dipancung oleh musuh dan lawan kita.

5:27~ Biarlah ianya dilakukan bila Pakatan Rakyat mengambil aleh, yg mana kita akan lakukan dgn cara yg adil dan telus. Itu mesej saya kepada pimpinan Pakatan Rakyat.

5:51~ Dia punya strategi Umno untuk survive, tiga saja strategi utama – yg pertama , tangkap Anwar untuk nak kecuhkan Pakatan Rakyat, kedua, persempadanan baru dan ketiga – pelawa PAS untuk bersama atau pun keluar dari Pakatan Rakyat. Itu sahaja strategi dia! Kita kena faham mainan lawan dan juga musuh.




Maka amat malang sekali sekiranya Presiden PAS, Hj Hadi masih mahu terus menyokong pindaan persempadanan semula yang mengikut katanya akan mampu menambahkan jumlah kerusi PAS?? Kekeliruan Hj Hadi dalam perkara ini adalah amat dikesalkan. 
Comments
2 Comments

2 comments :

Anonymous said...

https://petitions.whitehouse.gov/petition/make-release-malaysian-opposition-leader-anwar-ibrahim-prison-top-priority-us-policy-toward-malaysia/fBrTzvBz

Anonymous said...

Kalau benar tgha sokong persempadanan semula, memang dia ni liabiliti terbesar pas pd era ini. Gerammmm aku. Baik lekas2 singkirkannya drp jwt no 1 parti. Asyik merugikan parti dan menaik kemarahan ahli mcm aku ni.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...