JERUSALEM

JERUSALEM
SOLIDARITI BERSAMA PALESTIN

Sunday, February 08, 2015

Jom kenali Gerombolan buat havok di kaki lima Pejabat Agong PAS


Perhimpunan UG depan bangunan ibu pejabat PAS jalan Raja Laut. Baju Hijau tu hanyalah barua kepada Mahaguru mandi minyak di kanannya , di belakangnya pula itulah Tuk Usin Pondan....

 Berikut merupakan isi kandungan Memo yang dihantar oleh Ketua Pemuda PAS Kuantan pagi tadi.Transkrip yg saya paparkan di sini adalah secara ringkas tetapi tidak lari dari maksul asalnya, Korang boleh rujuk kepada salinan asal diakhir catatan saya ini nanti.

 Gerombolan ini kata buat nak sidang akhbar; tapi nampaknya lebih kepada buat demonstrasi di depan Pejabat Agong PAS. Rupa-rupanya gerombolan ini sudah hilang kepercayaan kepada Badan Disiplin PAS, parti sendiri ....alahai... tu yang buat demo di kaki lima pejabat!

  Gerombolan ni telan bulat-bulat apa yang Raja Petra tu kata....korang sendiri ada bukti apa? Sebab DAP tak layan dan tak ambik tindakan mahkamah? Aku nak tanya gerombolan ni : Apahalnya Mustafa Ali dgn kisah 'Spenda Londehnya' itu yg sampai la ni tidak berani ambil tindakan, apa cerita? Cakap biarlah berlapik, kan dah kena batang hidung sendiri!

  Dah tu pi tuduh JKPP tubuh PasMa bagai....PasMa tiada kaitan dengan PAS.Dia tak ada kuasa nak menentukan 'game' dalam PAS. PasMa adalah NGO yg berdaftar sebagai NGO yg sah. Bukan macam Geng Ustaz yg berdaftar sebagai 'Geng Ustaz Enterpris' tapi istihar diri sebagai NGO.

Kemudian suruh pula ambil tindakan kepada ahli-ahli PAS yg terlibat dengan PasMa atas alasan Majlis Syura melarang ahli-ahli PAS daripada menyertai PasMa.Pundeklah kao! PasMa badan NGO yg berdaftar, aku ulang. Tiada mana-mana klaus dalam perlembagaan PAS yg melarang ahlinya terlibat dengan NGO.

MSU ikut perlembagaan setan mana?

 Komplot ini mensabotaj setiap keputusan yg dibuat oleh Presiden PAS dan Majlis Syura Ulama. Komplot ini menguasai lebih separuh daripada jumlah JKPP sehingga berupaya mensabotaj keputusan parti; menjadikan presiden seperti boneka dan segala keputusan parti adalah dicaturkan oleh komplot ini....bagai-bagailah gerombolan ni tuduh JKPP.

  Hoi mangkuk! Keputusan parti bukan diputuskan oleh Presiden seorang tetapi secara jemaah - wa amruhum syura bainahum dan wa syawirhum fil amr. Siapa yang sering buat U-turn? Semua orang tahuperkara itu. Jangan nak putar belit fakta. Apa yang Tulang Besi ramalkan memang tepat sekali.



Korang dipersilakan baca entri saya bertarikh 24 Ogos  di sini


Desakan Terhadap Dr Hatta Ramli dan Kumpulan Konspirasi supaya meletakan kesemua jawatan dalam parti PAS

Kebelakangan ini satu komplot jahat dilihat secara konsisten menyusun dan merancang strategi untuk menguasai PAS Pusat serta untuk menjatuhkan Presiden dan kepimpinan Ulama melalui kerja-kerja khianat dan di luar batasan Islam, antaranya :

 1. Menanamkan kebencian di kalangan ahli PAS dan masyarakat umum terhadap Tuan Guru Presiden dan kepimpinan ulama.

 2. Memfitnah pemimpin-pemimpin yg dilihat bersama Tuan Guru seperti Setiausaha Agong PAS serta ahli keluarga presiden PAS.

 3. Menubuhkan PasMa serta menyusun strategi untuk memecah belahkan kesatuan di kalangan ahli dan melakukan ‘grand design’ untuk menjatuhkan presiden PAS dan kepimpinan ulama.

 4. Mensabotaj setiap keputusan yg dibuat oleh Presiden PAS dan Majlis Syura Ulama yg dilihat tidak selari dengan kehendak pihak-pihak tertentu didalam pakatan Rakyat.

- Kewujudan komplot untuk menjatuhkan Presiden dan kepimpinan Ulama.

- Dewan Pemuda PAS Kuantan endesak mereka yg terlibat meletakan jawatan.

-Komplot ini sangat bahaya , bukan sahaja boleh meruntuhkan parti malah pernah meruntuhkan kerajaan besar , Khalifah Othmaniyah 1924.

- Keputusan-keputusan Parti Islam didalangi anasir-anasir luar digerakan oleh Dr Hatta Ramli dan kumpulannya.

-Berdasarkan bukti yg kami dapati : 

Komplot ini menguasai lebih separuh daripada jumlah JKPP sehingga berupaya mensabotaj keputusan parti; menjadikan presiden seperti boneka dan segala keputusan parti adalah dicaturkan oleh komplot ini.

- Dewan Pemuda PAS Kuantan percaya dakwaan Raja Petra, bahawa komplot ini melalui PasMa telah mendapat RM1.5 juta daripada DAP untuk menjatuhkan Presiden PAS; semata-mata kerana tiada sebarang penafian dan tindakan mahkamah daripada DAP. 

- Dewan Pemuda PAS Kuantan hilang kepercayaan terhadap badan disiplin kerana komplot ini telah menguasai lebih separuh daripada JKPP. Kes-kes ini menambahkan keyakinan kami terhadap komplot dari kalangan pimpinan kanan PAS yang secara jelas mengkhianati parti. Buktinya kes-kes kritikal yang tidak diambil tindakan :

 1) Laporan terhada 5 kawasan haram Dewan Pemuda PAS di Johor yg sehingga kini tiada tindakan.

2) Tuan Hj Asmuni Awi yg dilantik semula sebagai Pengarah Jawatankuasa Pemilihan Muktamar sekalipun pemilihan penggal lepas dilihat berlaku penipuan sehingga pengundian ditangguhkan ke hari berikutnya.

3) Tiada tindakan diambil terhadap penggerak-penggerak PasMa yg terdiri daripada ahli-ahli PAS , sekalipun telah diputuskan oleh Majlis Syura agar ahli-ahli PAS tidak menyertai PasMa.

 Oleh itu Dewan Pemuda PAS Kuantan sekali lagi mendesak mereka yg terlibat meletakan kesemua jawatan dalam parti.

 Dewan Pemuda PAS Kuantan menamakan Dr Hatta Ramli antara pimpinan kanan PAS yg terlibat dgn komplot ini.

 Kami beraku janji akan membuat pendedahan demi pendedahan mengikut keperluan semasa.

 Dilampirkan bukti-bukti akuan berkanun beserta exhibit cetakan paparan skrin berkaitan.

Fadhli Ibrahim
Ketua Pemuda PAS Kuantan.
Comments
3 Comments

3 comments :

Anonymous said...

Aku rasa lepas ni Husam, Dr Hatta akan hilang dari persada politik malaysia. Mungkin mereka perlu masuk PKR apabila Anwar tiada nanti.Merka perlu sucikan PKR sebab tiada beza umno dengan PKR.

cucu mamak kutty said...

perhimpunan org2 yg bodoh politik tu

Ritchie Blackmore said...

Mcm la pas tu suci sgt.... tuiiihhh???!!!!!! macam berook lg ada dlm pas nie!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...