GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Wednesday, February 11, 2015

Kenapa hanya seorang saja yang dihukum sedangkan yang suka diliwat pula boleh dilepaskan??

Saiful kelihatan ceria menghidangkan teh di rumah Anwar,
sehari selepas kejadian liwat dikatakan berlaku 
di sini
Mohd Saiful memberitahu Mahkamah bahawa kejadian liwat yang didakwanya itu adalah tanpa kerelaannya. 

 Jika kejadian itu berlaku tanpa kerelaan, pihak pendakwaan sepatutnya mendakwa anak Anwar mengikut Seksyen 337C kanun yang sama kerana meliwat secara paksa atau liwat rogol.

 Tetapi pihak pendakwaan menuduh Anwar mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan iaitu melakukan hubungan seksual secara sukarela.

 Maka jika kejadian liwat ini berlaku secara "suka-sama-suka", kenapa hanya seorang saja yang dihukum sedangkan yang suka diliwat pula boleh dilepaskan?? 

 Ikuti pandangan Presiden Majlis Peguam Christopher Leong seperti berikut:


Majlis Peguam persoal kejanggalan kes Anwar

 Presiden Majlis Peguam Christopher Leong berkata terdapat beberapa perkara janggal dalam tuduhan Liwat II yang membangkitkan persepsi bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim dianiaya.

 Leong dalam kenyataannya berkata, Anwar didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang dibaca bersama dengan Seksyen 377A.

 Seksyen 377B memperuntukkan bahawa individu yang melakukan kesalahan seperti dinyatakan dalam Seksyen 377A boleh dihukum untuk tempoh yang mungkin dilanjutkan sehingga 20 tahun, dan boleh dirotan.

 "Penting untuk diperhatikan bahawa Anwar tidak didakwa mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan kerana meliwat secara paksa atau liwat rogol, walau mungkin terdapat dakwaan berlaku paksaan semasa dalam persidangan.

 “Ini juga menyebabkan timbul persoalan atau kebimbangan, mengapa pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang didakwa menyertai perlakuan liwat itu tidak didakwa kerana bersubahat mengikut Seksyen 377A dan 377B, dan dibaca bersama dengan Seksyen 109 Kanun Keseksaan," kata Leong.

 Katanya, undang-undang itu jarang sekali digunakan untuk pendakwaann, namun Anwar tetap didakwa dan disabitkan dua kali atas satu kesalahan di mana tuduhan itu mengandungi elemen paksaan. Hal ini menambahkan lagi kesangsian dalam kes ini, katanya.

 "Kejanggalan yang jelas ini membangkitkan persepsi bahawa Anwar dianiaya dan bukan didakwa,” kata Leong 
di sini
Comments
2 Comments

2 comments :

Faqirulkhoir said...

Al Husseyn, salaam dan t.kasih kerana mmbawa satu sudut undang2 (sekular) yg perlu pengamatan dan pencerahan. Semuga dgn ini, mendapat perhatian umum, iaitu untuk menambahkan hujjah apakah dsai sebenarnya didakwa ataupun dianiaya.

Sentiasa Panas said...

Pendirian Majlis Peguam bahawa ini kes liwat suka sama suka adalah jelas salah dan bercanggah dengan undang-undang kerana pertuduhan dibawah Seksyen 377B (yang mesti dibaca dengan Seksyen 377A) Kanun Kesiksaan tidak memerlukan pembuktian samada ianya dilakukan suka sama suka atau secara paksa.

Itu adalah peruntukkan Seksyen 377D. Bagi pertuduhan dibawah Seksyen 377B, cukup sekadar Pendakwaraya membuktikan berlakunya unsur liwat.

Dan pembuktian bahawa terdapat DNA bersumberkan daripada sperma Anwar didalam anus Saiful sudah cukup untuk memenuhi peruntukkan Seksyen 377B yang dibaca dengan Seksyen 377A.

Oleh itu soal perlakuan liwat itu suka sama suka atau paksaan atau Pendakwaraya patut menuduh Saiful juga tidak timbul dan bukan isu kes.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...