GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Friday, February 20, 2015

Kenyataan KPN Khalid : Umpama kucing nak tangkap tikus...

  Mengulas laporan polis yang difailkan oleh Ahli Parlimen DAP, Lim Lip Eng yang mendesak supaya  siasatan baru dimulakan terhadap tuntutan Sirul, Ketua polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata bahawa laporan polis itu berdasarkan khabar angin.

 Sirul Azhar bekas anggota polis Unit Tindakan Khas (UTK) itu mendakwa hanya mengikut arahan dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu.
“Saya bertindak atas arahan. Orang penting yang mempunyai motif masih bebas,” katanya yang enggan mengulas lanjut. katanya di sini
 Khalid berkata bahawa polis memerlukan alasan cukup untuk memulakan siasatan.

Beliau menegaskan bahawa jika bekas komando polis mendedahkan nama-nama, maka satu siasatan mesti dimulakan.

Bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hasan turut bersetuju dengan kenyataan Khalid.

 “Polis tidak dapat menyiasatnya jika dia hanya ancam mahu lakukan perkara itu. Nampaknya seperti beliau hanya hendak cakap, tetapi tidak cakap,” katanya kepada Malaysiakini.

 Bagaimanapun, Musa berkata Sirul harus mendedahkan dia bertindak atas arahan siapa dan siapa yang didakwanya mempunyai motif untuk membunuh Altantuya Shaariibuu.

“Jika terdapat bukti baru, polis mesti siasat. Mungkin beliau patut balik (dari Australia) dan bantu polis,” katanya.


Musa juga berkata beliau tidak sedar jika Sirul membuat kenyataan serupa ketika soal berikut dia ditangkap kemudian.

 Seorang Ahli parlimen DAP telah  memberi amaran kepada Ketua Polis Negara bahawa beliau akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika Khalid tidak bertindak.

 Pembunuhan kejam warga Mongolia itu telah berlaku pada tahun 2006 ketika Musa adalah ketua polis negara. Sumber

Komen al-Husseyn :
 Pada 31 Julai 2014, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar beserta seramai 68 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) bertolak ke Kiev pada untuk menyertai misi siasatan nahas pesawat Malaysia Airlines MH17 yang terhempas di timur Ukraine walaupun kawasan itu masih bergolak dengan peperangan. Baca laporan sini

 Saya tidak nampak mengapa PDRM tidak boleh menghantar satu pasukan untuk mengambil kenyataan Sirul di sana. Malaysia mempunyai hubungan diplomatik yang baik dengan Australia sudah tentu mengalu-alukan dan akan memberikan kerjasamanya jika diminta.

 Kenyataan Khalid mempelawa Sirul pulang ke Malaysia untuk membuat aduan hanyalah helah yang cuba mahu mengelak dari tanggungjawap untuk menyiasat kebenaran dakwaan Sirul tersebut.
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...