GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Friday, February 27, 2015

Menteri-menteri semakin berani lawan Najib ?


 Sebelum ini terdapat laporan mendedahkan bahawa 1MDB bukan saja dibantu hartawan T Ananda Krishnan untuk menyelesaikan hutang bank RM2 bilion, tetapi ia juga mungkin memerlukan suntikan wang tunai sebanyak RM3 bilion daripada pemiliknya, Kementerian Kewangan. Sila baca di sini

 Hari ini portal Malaysian Insider online ,melaporkan bahawa Kabinet Malaysia telah menolak permintaan 1MDB untuk mendapatkan pembiayaan RM3 billion dari kerajaan.

 Bekas Editor akhbar Straits Times, Kadir Yasin dalam responnya terhadap laporan portal tersebut menulis :

 "Terima kasih BESAR dan pujian kepada Kabinet jika memang ia telah menolak permintaan oleh 1Malaysia Development Berhad bagi melindungi pembiayaan RM3 bilion daripada kerajaan." Tulisnya.

 Berliau masih menunggu respon dari seorang menteri dan setiausaha akhbar kepada menteri kanan yang telah dihubungi melalui mesej SMS untuk mendapatkan pengesahan mengenai keputusan Kabinet tersebut.

 Menurut Kadir, jika laporan media dalam talian itu adalah benar, tindakan Kabinet yang boleh dilihat sebagai isyarat bahawa Perdana Menteri (Datuk Seri) Mohd Najib Abdul Razak tidak lagi berkuasa, sekurang-kurangnya tidak dalam isu 1MDB.

 "Ini adalah satu tamparan yang besar baginya. Saya tidak mahu membuat spekulasi pada masa ini, bahawa telah muncul penentangan terhadap kepimpinan beliau." tulisnya lagi.

 1MDB adalah hasil ciptaannya. Beliau adalah pengerusi lembaga penasihat. Syarikat dimiliki oleh Kementerian Kewangan yang Mohd Najib juga menterinya.

 Dalam perkembangan lain, pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) Parlimen, (Datuk) Nur Jazlan Mohamed, telah memanggil Ketua Jabatan Audit Negara untuk menjalankan audit segera 1MDB.

 Beliau dilaporkan berkata audit perlu dibuat untuk menentukan punca-RM2 bilion yang digunakan 1MDB untuk menyelesaikan pinjaman dengan bank-bank tempatan (Maybank dan RHB Capital), pelan cadangan untuk meminjam RM3 bilion daripada Perbendaharaan, urusannya dengan PetroSaudi International (PSI) dan sama ada wang yang diletakkan di Kepulauan Cayman telah dibawa pulang.SUMBER
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...