JERUSALEM

JERUSALEM
SOLIDARITI BERSAMA PALESTIN

Friday, February 20, 2015

Menyanggah PJ Perak Razman Zakaria


Apabila ditanya kenapa takut sangat dengan PASMA, saya senyum dan terus memberi jawapan spontan.

 Akhi, adakah akhi tahu bahawa orang Melayu Malaysia ini antara kumpulan bangsa dunia yang paling sukar menerima perkara baru atau peralihan ideologi.

 Sebab itu Kristian memerintah tanah Melayu/Malaysia sejak tahun 1511 Portugis di Melaka sehingga merdeka 1957. Berbagai pendekatan dibuat antaranya dengan membina Sekolah Missionaris seperti Methodist, Clifford, St Michael, St John, Convent dan lain-lain, tetapi masih tak berjaya menukar pegangan agama orang Melayu keluar daripada Islam.

Benarkah gerakan misionari tidak berjaya ? 

Apakah kawan kita ni tak baca sejarah ke?  Lupakah Razman, bahawa penjajah Inggeris yang datang adalah dengan misi kristianisasi mereka 3G -Gold, Glory, Gospel.

Bahawa, Kesultanan Melayu Melaka dulu telah menjadikan Undang-Undang Islam sebagai undang-undang negara. Dan usaha untuk mengkanunkan undang-undang ini telah dimulakan sejak pemerintahan Sultan Muhammad Syah (1422 – 1444) dan dilengkapkan di dalam zaman Sultan Muzaffar Syah (1445 – 1450). Hukum kanun Melaka meliputi bidang yang luas termasuklah jenayah, mu’amalah, keluarga, acara, keterangan, adab alqadi dan undang-undang pentadbiran dan pemerintahan. Hukuman keseksaan pula berdasarkan kepada bentuk hudud, qisas, diat dan ta’zir.

Itulah kejayaan paling besar penjajah Inggeris - mereka berjaya mengenepikan undang-undang Islam dan adat Melayu dan menggantikannya dengan undang-undang Inggeris di Tanah Melayu (yang telah dijajah itu). 


 Razman janganlah begitu naif dengan mengatakan penjajah tidak berjaya menukar pegangan agama orang Melayu keluar daripada Islam. Kelangsungan proses kristianisasi masih berterusan sehingga kini :

#Pada 19 Nov 1997, Aisyah menalipon bapanya, “Assalamualaikum ayah! Ni Intan (nama manja) cakap. Intan nak bagitahu, Intan dah kristian.” Aishah bukan kes pertama murtad, sebelum ini dah beratus kes timbul tetapi ditutup oleh pihak tertentu. di sini 

 #Tahun 1997, bila Saari Bustamah mengambil alih jawatan mufti dari Datuk Hashim Yahya, perkara pertama yang disentuh adalah murtad. Menurutnya sehingga Julai 1997, 3,000 orang murtad di KL sahaja. 

 #Pada 1997, Menurut kenyataan bekas padri berbangsa Melayu, Joseph Saleh Omar beliau menyatakan ditangan beliau sahaja, beliau berjaya memurtadkan seramai 3 ribu orang Melayu terutama penduduk negeri Perak dan Johor , di Perak di Manjoi dan Rapat Setia . 

En Salleh Omar lah yang telah menawarkan cek sebanyak $10 juta kepada Yusof Nor untuk mengadakan persidangan Kristian sedunia (sebagaimana tersebar di akhbar pada tahun 1982 di sini 

 #Gamis Perak ketika menemuramah Mufti Perak, Harusani:  Dato’ Seri bercerita lebih lanjut berkenaan isu gejala murtad yang pernah dato’ Seri dedahkan pada tahun 2006 dahulu?

Mufti Perak : Ya, benar.. Saya pernah mendedahkan seramai 260 ribu bangsa Melayu Islam telah murtad masuk Kristian, itu baru yang masuk Kristian dan saya tak sebut yang masuk hindu, mungkin ratus ribu lagi. Apabila saya bawa ketengah isu serius ini, orang tidak ambil berat bahkan menuduh saya tiada fakta dan mencari publisiti, sedangkan sumber yang saya peroleh adalah daripada Persatuan Peguam-peguam Islam yang berjumpa saya, yang mana sampai ke pengetahuan mereka melalui laporan kemajuan paderi-paderi. Jadi, kenapa bila saya bangkitkan perkara ini ramai orang marah? Dan sebenarnya, selepas daripada pendedahan yang saya buat itu, kerajaan juga telah membuat satu kajian pada tahun 2007 berkenaan isu ini, hasilnya mereka dapati bukan sahaja 260 ribu melayu Islam yang telah murtad, tetapi lebih daripada 400 ribu yang telah bertukar agama kepada Kristian, tapi malangnya hasil kajian ini didiamkan dan tidak diwar-warkan ke dada-dada akhbar apatah lagi untuk diselesaikan. Jadi, tidak selesai (masalah ini). Untuk pengetahuan saudara, dua minggu sudah, 90 orang Melayu Islam telah masuk Kristian di Ipoh sahaja,dan minggu lepas lagi 15 orang(murtad).Sila rujuk di sini 

 # Mahkamah Syariah menerima 863 kes permohonan untuk menukar status agama Islam dari tahun 2000 hingga 2010, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom memaklumkan di sini

 Begitulah juga pertubuhan atau parti politik yang berideologi baru. Beberapa contoh boleh diambil, seperti Parti Negara pimpinan Dato Onn, HAMIM pimpinan Dato Asri Muda, BERJASA pimpinan Dato Mohammad Nasir dan Parti Semangat 46 pimpinan Tengku Ghazali Hamzah di antara ideologi baru yang memberi impak tetapi tidak boleh bertahan lama dan mati tanpa kubur.

 Pasma pula pimpinan Dato Ir Pahrolrazi YDP Pas Kuala Kedah, Mantan Timbalan Pesuruhjaya dan mantan Exco Kerajaan Negeri semasa PAS Kedah dibawah pimpinan Almarhum Ustaz Azizan Razak dan juga Adun Sungai Limau

 PAS wajib menjaga keharmonian dalam parti dan mencegah virus atau unsur-unsur yang mengundang keadaan yang tidak selesa, atau merosakkan.

 Pasma yang didaftar sebagai NGO, matlamat dan tujuan yang tertulis dalam dalam peraturannya masih dikaburi, tetapi didakwa adalah bertujuan untuk mengukuhkan Pakatan Rakyat PR. Pemerhatian bentuk program dan kegiatan nya adalah seperti Parti Politik. Sepertimana yang dinyatakan, parti yg berpengaruh boleh berkubur, inikan pula Pasma, yang bukan ancaman atau pencorak lanskap politik negara yang tidak merasa tergugat dengan kemunculannya.

 Cuma ianya perlu dicegah dari awal, bimbang ia merupakan barah dan perosak. Saya datangkan satu analogi, suami isteri bergaduh sepatutnya diselesaikan secara dalaman. Apa akan terjadi kepada rumahtangga tersebut sekiranya isteri membuat pakatan belakang dengan jiran atas tujuan mengukuhkan kekeluargaannya. Apakah rumah tangga itu akan selamat? Ini bukan mengukuh, tapi meroboh.

Kemunculnya Parti Negara pimpinan Dato Onn, adalah berkemungkinan besar gara-gara ideologi baru yg cuba diserapkan oleh Dato Onn. 

Tetapi HAMIM pimpinan Dato Asri Muda, BERJASA pimpinan Dato Mohammad Nasir dan Parti Semangat 46 pimpinan Tengku Ghazali Hamzah bukanlah kerana membawa ideologi baru sebagaimana dakwaan Razman. Kemunculan parti-parti tersebut adalah kerana pertembungan merebut kuasa dalam parti. 

PasMa bukan pertubuhan parti politik dan tidak membawa mana-mana ideologi baru. Matlamat PasMa adalah untuk menjadi benteng kepada Pas agar tidak keluar dari Pakatan Rakyat. Maka sekiranya PAS benar-benar ikhlas untuk bersama Pakatan Rakyat, kenapa perlu memusuhi PasMa yang mempunyai matlamat yg sama? 

 PasMa sebagaimana yg selalu dijelaskan oleh Presidennya, ialah satu badan NGO. Dia tidak ada apa-apa kuasa untuk mencorakan kepimpinan dalam PAS. Adapun pendapat mengatakan PasMa hendak menjatuhkan Abdul Hadi, itu tidak benar. Jatuh atau tidak Abdul Hadi akan dibuat dalam muktamar Pas.Itu semua ditentukan oleh ahli PAS sendiri.

Kemelut dalaman PAS telah berlalu begitu lama sejak 2008 lagi, adalah rentetan kepada idea UG hingga menyebabkan berlakunya Mesyuarat Tergempar Majlis Syura dan Pas Pusat yang dipanggil oleh Mursyidul Am, Tok Guru Nik Aziz Nik Mat. Ia berlaku pada 31 Julai 2008.

 Razman jangan cuba meletakan keadaan yang tidak selesa, atau merosakkan ini ke atas PasMa.

Setelah 2 kali PAS bermuktamar , kemelut dalaman ini tidak pernah diusulkan untuk dibincangkan secara tuntas. Ini adalah kelemahan pucuk pimpinan.

 Analogi suami isteri bergaduh yang Razman katakan itu agak menyimpang jauh. Sebagai badan NGO, PasMa adalah satu medium bagi penyertaan sosial dan politik rakyat demi menciptakan hubungan yang lebih berkesan dengan setiap parti gabungan Pakatan Rakyat. Ini akan membantu pelaksanaan dasar-dasar dan prinsip yang diperjuangkan oleh Pakatan Rakyat.PasMa bukan sahaja dianggotai oleh orang PAS, malah dari PKR dan juga DAP.

PJ Razman berkata

 PAS mempunyai struktur pembuat dasar dan keputusan yang tersusun sehingga terbina institusi kekuatan seperti yang ada pada hari ini. MSU adalah pembimbing dan pemandu arah supaya tindakan dan keputusan PAS tidak tersasar dari matlamat penubuhan dengan panduan Al-Quran, Al-Hadith, Ijmak dan Qias. MSU dilantik daripada mereka yang makruf dan faqeh ilmu agamanya.

 MSU telah mengeluarkan nasihat supaya ahli parti tidak terlibat dengan sebarang aktiviti yang dianjur oleh Pasma. Arahan ini dilihat seperti dibangku sampahkan. Bahkan autoriti MSU dipandang enteng, kekuatan PAS cuba dirobek. Inilah percubaannya. PASMA bukan ancaman yang perlu digentar. Kehadiran Pasma dapat dilihat siapa yang kurang faham dan kurang patuh akan asas perjuangan PAS. Atas faktor ini dapat dijadikan indeks pengukur wala' pada Pimpinan.

 Saya yakin Pasma akan berkubur sedikit masa lagi bersama dengan mereka yang sealiran dengannya.

Kalau benar tindakan dan keputusan PAS yang melarang ahli terlibat dengan PasMa menepati panduan Al-Quran, Al-Hadith, Ijmak dan Qias, sila buktikan di mana terdapatnya tindakan PasMa selama ini bertentangan sumber hokum tersebut.

 Apakah dalam perlembagaan PAS ada peruntukan larangan kepada ahli untuk menyertai NGO? Saya ingin mengingatkan Razman bahawa setiap kita, tidak kira diperingkat mana kedudukan di dalam parti, setiap kita mesti wala’ kepada perlembagaan organisasi, yang telah digubal begitu rupa tidak bertentangan dengan syariat Islam.

 Pasma akan berkubur sedikit masa lagi atau tidak, itu bukan urusan Razman. Itu kerja Allah dan berada dalam ilmu Allah.Tak payahlah nak meramal macam Raja Bomoh Malaysia!

PJ Razman berkata

Ataupun untuk mencapai hasrat Pasma, iaitu mengukuhkan Pakatan dengan mengumpul rakyat yang berjuang tanpa batasan syarak perlu menjadi perbandingan masyarakat terhadap perjuangan PAS yang tulen. Setiap tindak tanduk mereka menjadi sarang peluru untuk menguburkan mereka sendiri.

 Saya bersetuju dengan pandangan Dr Zuhdi Marzuki yang dinyatakan baru baru ini,

 "Pasma eloklah keluar PAS buat parti baru. Mesti ada keberanian politik seperti AK Party di Turki. Bila dah tak sehaluan dengan Ebarkan dan Mehmet Kutan, tubuh parti lain dan akhirnya mereka menguasai Turki. Jadi Pasma dan penyokongnya keluar buat parti baru tak perlu kacau PAS"

 Sama berjuang mengukuhkan PR dalam bahtera berbeza dan tujuan berbeza, dengan matlamat yang sama, iaitu ke Putrajaya. Inilah jawapan spontan apabila soalan itu diajukan.

 * Catatan perjalanan balik dari program di Titi Gantung, Parit.

 Terus beristiqamah,

 Hj. Razman Hj. Zakaria
 Pesuruhjaya PAS Perak 
 Rabu 18 Februari 20159 
29 Rabiul Akhir 14369


Ini pula jawapan spontan saya

PAS bukan parti emak bapak Zuhdi atau Razman yang punya. Selagi kita sebagai ahli, selagi itulah kita mempunyai hak sama untuk dilantik ke sebarang jawatan dalam parti dan mempunyai hak untuk memilih. Kalau ada peruntukan dalam perlembagaan membolehkan pemecatan mana-mana ahli yang menyertai atau bersimpati dengan PasMa , sila ambil tindakan. Kalau tidak ada, sila tutup mulut cirit birit kamu itu! Salam PasMa kepada semua!
Comments
3 Comments

3 comments :

Anonymous said...

UG sama ada lupa atau buta sejarah. PAS adalah pecahan umno, yang menjadi saingan umno sejak penubuhannya. Jadi kenapa tidak boleh berlaku parti pecahan PAS menjadi saingan rapat PAS jika permusuhan dalaman tidak dibendung. Adakah dr zuhdi si cirit mulut itu tidak menerangkan senario ini?

Jadi berhati-hati... jangan kemusnahan mutlak PAS diundang kerana ahli bukan semuanya buta pemikiran sehingga tidak dapat membezakan betul dan salah.

Saya masih meneliti keluk kedua teori Dr Mujahid dan ternyata keadaan sedemikian besar kemungkinan akan berlaku... jika presiden hanya menjadi ketua kepada kelompoknya sahaja dan gagal meyakinkan sebahagian ahli kreadibiliti kepimpinannya.

Anonymous said...

Adakah mentaliti ustaz ini berkeadaan waras, sehinggakan tidak mampu lagi berfikir secara tuntas? Adakah dia buta tidak melihat beberapa pemimpin PAS telah merosakkan reputasi PR dgn memberi peluru hidup kpd musuh, tetapi masih mahu bersama di dlm PR? Tidak dinafikan dasar teras perjuangan PAS adalah murni, tetapi sayangnya ia telah dilacurkan oleh beberapa pemimpin PAS sendiri. PAS adalah wadah politik untuk semua ahli, bukannya beberapa kerat pemimpin yg membawa kerosakan parti PAS itu sendiri malah PR secara amnya. Mereka inilah yg memperkaldaikan PAS, dimana sepatutnya dinyahkan dari PAS.

keadilan hebat said...

Salam.. Hairan betul dgn kenyataan razman ni. Dia kata dia yakin yg pasma pasti akan berkubur..kalau yakin pasma akan berkubur, yang hang dok kalut pikior pasal pasma buat apa.. Bior kan je ler.. Lama2 berkubor ler pasma tu.
Tapi cara razman mngulas hal pasma seolah2 pasma mnjadi satu ancaman yg cukup besar bg kelompok mereka.. Hujah yang diberikan seolah2 hujah untuk memujuk hati sendiri yg sdg dilanda gulana kerana terlalu bmbng dengan gelombang sokongan terhadap pasma yang semakin meningkat
Brsandar kpd hujah razman jelas menunjukkan kelompok mereka ini tidak mempunyai keyakinan diri yg kuat utk bersaing dalam arus politik semasa..maka sebab itu mereka sering mnggunakan hujah atau alasan wala' utk menafikan fakta hujah lawan.. Paling parah mereka akan melabelkan mereka yang tidak sependapat dgn mereka dgn pelbagai label apabila telah kehabisan hujah
Nmpk sgt ceteknya pemikiran si razman ni.. Mcm mn la dia ni blh diangkat utk mnjadi pemimpin d negeri perak..
Kalau tindakan kelompok kamu betul.. X perlu kamu bersusah payah mngarang ayat utk mengemis sokongan dr ahli atau rakyat.. Tanpa disuruh mereka akan tetap mnyokong kamu..
Tetapi kalau tindakan kamu jelas nyata songsang dgn kehendak majoriti, tanpa perlu disuruh atau d hasut, dgn sendirinya mereka akan mnghumban kamu.. Arrdoii sengal la lu razman.. Peace

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...