GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Saturday, February 28, 2015

Najib cuba menakutkankan pengkritik 1 MDB dengan ugutan saman


 Selepas mengambil langkah menyaman akhbar PAS Harakahdaily berhubung laporan yang mengaitkan anak tirinya dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, beliau tidak akan membenarkan sesiapa pun menggunakan dana awam bagi kepentingan peribadi.

 Dalam posting di laman Facebook beliau malam tadi, Najib berkata, 1MDB merupakan sebuah syarikat pembangunan strategik milik kerajaan Malaysia.

 Najib berkata beliau sedar tohmahan yang mengaitkannya dan keluarga dengan syarikat yang dibebani hutang itu, yang terbaru, dakwaan artikel Harakahdaily mengatakan anak tirinya Riza Aziz mendapat manfaat daripada dana 1MDB untuk syarikat perfilemannya.

 "Ingin saya tegaskan di sini, 1MDB ialah sebuah syarikat pembangunan strategik, dimiliki kerajaan Malaysia dan saya tidak akan sesekali membenarkan sesiapa menggunakan atau menyeleweng dana awam untuk kepentingan dan keuntungan peribadi," katanya dalam laman sosial itu.Baca lagi di sini

Susulan kenyataan Datuk Seri Najib Razak, Rafizi Ramli hari ini mencabar perdana menteri menyaman beliau terlebih dulu.

  "Bukan saja saya terkejut kerana kelakuan sebegitu tidak pernah ditunjukkan oleh mana-mana perdana menteri sebelum ini, saya lebih terkejut kerana Najib belum lagi menyaman saya walaupun pernah mengugut untuk berbuat begitu baru-baru ini. 

 "Oleh itu, saya menasihati Najib supaya menyaman saya dulu sebelum mengugut untuk menyaman pihak lain. 

"Saya juga menggalakkan lebih ramai pihak mengkritik Najib dan jangan takut dengan ugutan saman kerana sehingga sekarang beliau masih belum menyaman sesiapa pun, lebih-lebih lagi pengkritik nombor 1 beliau iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 Pada Khamis, Utusan Online melaporkan, Najib bakal menyaman portal Harakahdaily kerana didakwa memfitnahnya dan anak tirinya Riza Aziz dalam isu 1MDB melalui satu artikel bertajuk “Dana 1MDB biaya syarikat filem Riza Aziz (Bhg 2)'. - Baca lagi di sini
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...