GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Friday, February 27, 2015

Najib tunggu apa tunggu?

 Nampaknya, PM Najib kini sekadar mengira hari sahaja lagi untuk 'bungkus' dan mengemaskan barang peribadinya di Kementerian Kewangan. 

 Najib khabarnya semakin tertekan dengan desakan supaya dia letak jawatan sebagai Menteri Kewangan.

 Semakin sesak nafas Najib apabila dilaporkan bahawa Kabinet telah menolak cadangan suntikan RM3 bilion tunai bagi 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang sarat dengan hutang.

 Difahamkan, majoriti menteri semasa mesyuarat mingguan Kabinet pada Rabu lalu tidak meluluskan minit mesyuarat minggu sebelumnya yang menyatakan jumlah dicadangkan itu.

 Penolakan cadangan menyuntik RM3 bilion tunai untuk 1MDB oleh kabinet menggambarkan menteri-menteri Najib sudah hilang keyakinan  kepada Najib sebagai Menteri Kewangan. 

 Keputusan Kabinet itu, yang dilihat sebagai satu tamparan hebat kepada syarikat milik penuh kerajaan itu yang ditubuhkan pada 2009 bagi membuat pelaburan dalam sektor ekonomi utama di bawah pemerintahan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.Najib tunggu apa lagi? Baca lagi di sini
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...