GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Thursday, February 05, 2015

Nik Amar, jangan gelojoh, buat taklimat dahulu boleh tak?

Timbalan Menteri Besar Datuk Mohd Amar Nik Abdullah akan membentangkan rang undang-undang persendirian di Parlimen bulan depan bagi kelulusan melaksanakan hukum hudud ke Kelantan. 

 Mohd Amar berkata antara tujuan rang undang-undang persendirian itu ialah meminta kelulusan Parlimen untuk menaikkan had hukuman supaya memenuhi kehendak Al-Quran dan sunnah. Sila baca aporannya di sini 


1) Mengikut kenyataan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob, rang undang-undang persendirian itu akan dibentangkan sebaik sahaja Dewan Undangan Negeri Kelantan meluluskan pindaan kepada yang Enakmen Kanun Jenayah Syariah II.

2) Sebelum ini, persidangan khas Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan berkenaan pindaan kanun tersebut yang dijadualkan pada 29 Disember lalu terpaksa ditangguhkan berikutan banjir melanda negeri itu.

3) Taklimat mengenainya kepada JKPP yang dijadualkan pada 28 Disember lalu juga telah juga ditangguhkan.

4) Saya ingin mendapat penjelasan Nik Amar : Sebelum dibentangkan di Parlimen, Sudahkah perkara  (3) dilangsungkan? 

5)  "...menaikkan had hukuman supaya memenuhi kehendak Al-Quran dan sunnah." Boleh tak tolong jelaskan mengenai had hukuman yang dinaikan itu? Rakyat perlu mengetahuinya supaya tidak hanya menyokong membabi buta sahaja.

6) Kita sedia maklum, Rang Undang-Undang Persendirian itu, apabila dibentangkan di Dewan Rakyat, akan memerlukan majoriti mudah 112 ahli Parlimen menyokong untuk diluluskan.

7) Parti Umno dari Barisan Nasional yang memerintah kini mempunyai 88 ahli Parlimen, di mana semuanya beragama Islam kecuali Timbalan Speaker Datuk Ronald Kiandee.

8) PAS memegang 21 kerusi di Parlimen dan jika kedua-dua Umno dan PAS bekerjasama, mereka akan kekurangan empat kerusi untuk mendapat majoriti mudah 112 undi yang diperlukan untuk meluluskan rang undang-undang itu.

9) Namun, perancangan untuk PAS mendapat kelulusan rang undang-undang tersebut di Parlimen adalah agak rumit kerana PAS masih mendapat bantahan DAP dan PKR, maka masalah ini perlu diselesaikan terlebih dahulu.

10) Ini adalah soalan Cepu Emas : Adakah Unit Amal yang akan membuat tangkapan dan membawa mereka (suspek) ke penjara?

Hari dilaporkan, Mahfuz Omar menggesa kerajaan supaya Negeri Kelantan menganjurkan satu taklimat berhubung pindaan enakmen syariah pada 29 Disember ini. 

“Kerajaan negeri Kelantan perlu panggil mana-mana pihak untuk memberi keterangan. Saya mengharapkan kerajaan Kelantan mengatur taklimat kepada semua pihak yang berminat dan saya juga menawarkan semua pihak boleh hadir pada sidang Dewan Undangan Negeri itu,” katanya dalam satu sidang media di Ibu Pejabat PAS di sini.

Ini merupakan desakan kali kedua dari Mahfuz Omar. Sebelum ini pada Disember 23, 2014, Mahfuz berkata, PAS Pusat tidak mengetahui apakah isi kandungan pindaan yang akan dibuat untuk membolehkan pembentangan rang undang-undang persendirian dilaksanakan.Baca lagi di sini
Comments
2 Comments

2 comments :

Anonymous said...

Hudud tak payah buat sebab kalau DAP murka negara dalam bahaya.

Anonymous said...

Awat la pemimpin PAS ni ketegaq sangat kalau nak bawa usul pun biaq lah kawan-kawan dalam PR tengok dulu dan bincang yang mana perlu ditambah dan dibuang lagi pun rakyat boleh juga tau takat mana hukuman yang dikatakan berat tu memang ada dalam Al-Quran tapi jangan lah dok fikiaq semua rakyat faham hukum Allah yang termatub dalam kitab suci Islam itu ,biaq hari nie orang ramai buat penilaian jangan sampai di Perlemen nanti orang bukan islam gelak kat kita sebab kebodohan pemimpin yang kepala batu tak mau dengaq nasehat dan pandangan kawan rakan dalam PR apa salah dan silapnya jika bawa berundin seperti kata Mahfuz tu lagi pun yang nak sokong bagi lulus dalam perlemen nanti memang perlu lagi empat undi untuk mejoriti mudah kalau nak harap DAP sudah pasti depa tak sokong sebab tak atu apa isi maksud usul itu dan PKR pula memang banyak melayu tapi macam mana depa nak sokong sebab depa pun tak tau hujung pangkal cerita usul itu jadi pemimpin PAS jangan la dok buat press conference sesuka hati untuk membenarkan benda yang salah,fikir dan fikir dan fikir. kami ahli bawahan menyokong usul itu tapi biar la telus dan ikhlas bukan dok sembunyi apa yang tersirat itu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...