GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Wednesday, February 18, 2015

PAS perlu teruskan amanat TGNA jika mahu terus maju

Ketika membaca tulisan MSO  di sini pagi tadi, nostalgia kepada Ust Ahmad Awang menerpa secara tiba-tiba. Apakah kita sudah lupa kepada sosok yang sehebat ini?

 Ust Ahmad Awang punyai pengalaman dan penglibatan lama beliau dalam Persatuan Ulama Malaysia (PUM) dan juga pengalaman dalam parti yang luas sebagai Ketua Penerangan dan Naib Presiden.Beliau mempunyai pegangan dan pandangan politik yang dinamik dan profesional. Beliau juga pernah menjadi ahli MSU , tulis MSO lagi.

 Tapi saya kurang bersetuju saranan MSO supaya Ahmad Awang dilantik menjadi Mursyidul Am.Mursyidul 'Am adalah 'jawatan lantikan'.

 Saya lebih suka sekiranya Ahmad Awang dicalonkan untuk jawatan Presiden PAS.Hanya dengan ketokohan beliau dan pengalaman yang begitu luas dapat menyaingi Hj Hadi. Apa kata kita lihat sejauh mana orang PAS mampu menilai ketokohan sebenar dua sosok ini untus meneruskan kelangsungan PAS dipersada politik tanah air.

PAS perlu teruskan amanat almarhum TGNA

 Setelah sekian tahun, kita telah melihat dan mengalami sendiri sejauh mana kemampuan Hj Hadi sebagai Presiden.

Pertama yang perlu kita tegaskan di sini ialah, kalau kita benar-benar merupakan penentang-penentang Umno yang tegar kita tidak akan berkompromi dengan mereka.

 Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat telah melarang segala kerjasama dengan Umno sehinggalah ke akhir hayatnya. Kita harus ingat dan menjadikannya sebagai azimat panduan perjuangan PAS. 

  Almarhum telah mendedahkan kepada kita anai-anai yang bersarang dalam PAS dan semakin merosakan perjuangan PAS.Antara pendedahan almarhum ialah melalui pernyataan tegasnya yang membidas Mustafa Ali dengan katanya :
 “ Lidah Mustafa boleh dikatakan sudah menjadi lidah Umno. Kita kena faham bahawa lidah ini adalah jurubahasa kepada hati. Jika begitu keadaannya apa yang ada dalam hati, maka lebih baik terang-terang sokong Umno."
 TGNA juga pernah menggesa supaya tiga pemimpin PAS - Hasan Ali, Nasarudin Mat Isa dan Mustafa Ali supaya di pecat. 

 Kini kita sudah nampak jelas apa yang telah terjadi dan mengenali sikap sebenar Hasan Ali dan Nasarudin. Tetapi Mustafa Ali masih mampu bertahan hingga kini sebab Mustafa Ali pandai berpura-pura. Tambahan pula Haji Hadi terus mempertahankannya. Sebenarnya Haji Hadi dan Mustafa Ali adalah abang adik kembar yang perlu disingkirkan!

 Pendedahan Nasarudin Mat Isa, bahawa negotasi antara beliau dengan pemimpin Umno bukanlah atas urusan peribadi, tetapi ia dibuat atas arahan dan keputusan MSU. 

 Menurutnya, keputusan mesyuarat Majlis Syura Ulama’ Pusat yang bersidang pada 24 April 2008 (tanpa pengetahuan almarhum TGNA) telah memutuskan supaya PRESIDEN, TIMBALAN PRESIDEN, yang ketika itu adalah dia sendiri dan SETIAUSAHA AGONG, untuk mengadakan perbincangan dengan pimpinan-pimpinan tertinggi Umno ketika itu. 

 Itu sebabnya almarhum tersangat murka apabila Abdullah Ahmad Badawi sendiri mendedahkan perjumpaan tersebut yg sebelumnya Hj hadi cuba menafikannya.

 Lantaran itu, pada 21 Okt.2009 lalu, almarhum TGNA telah menyarankan supaya diadakan Muktamar Khas dan turut menyatakan : 

Demi “tajdid” kita perlu buat Mesyuarat Agong Luarbiasa ini. Bila Mesyuarat Agong tak mahu tukar Presiden, misalnya maka tidak mengapalah. Kita pakat-pakat belalah.... (Sila rujuk kenyataan almarhum di sini )

 Namun, hajat almarhum tidak kesampaian.Kemelut yang cuba disusup kini semakin parah tanpa kesudahan.Muktamar yang akan datang nanti, harap-harap para perwakilan dapat menunaikan hajat almarhum yang terbantut sewaktu hayatnya itu. Sila ambil pendirian yang tegas dan selesaikan kemelut kepimpinan ini secara tuntas.

Kalau tidak maju, itu tandanya merosot.

 Apakah PAS semakin maju dibawah kepimpinan Hj Hadi sebagai presiden? Kenapa PAS semakin berserabut dengan pelbagai kemelut.Kalian boleh buat penilaian sendiri.

 Kalau PAS masih mahu Hj Hadi terus dikekalkan sebagai Presiden, kelangsungan Pakatan Rakyat akan terus tergugat. Kita perlukan seorang yang tegas dan berani. Sifat itu ada pada manusia yang bernama Ust Ahmad Awang!

 Pendirian Ustaz Ahmad Awang sangat jelas. Beliaulah orang yang mempertahankan Pakatan Rakyat di Perak ketika menang PRU 2008 dahulu. 

Beliau telah menolak pujukan untuk menubuhkan kerajaan bersama Umno. 

Pada Muktamar PAS ke 55 di Shah Alam pada 2009, beliau telah mendedahkan bahawa pujukan itu bukan sahaja dari Mufti Harusani, malah dari pucuk pimpinan tertinggi dalam PAS sendiri. 

 Beliau telah mendedahkan tentang adanya fraksi Umno dalam PAS dengan kenyataan berikut : 
“Kita tidak sepatutnya berfikir nak berpakat dengan UMNO. Sebaliknya kita perlu berusaha memperkasakan Pakatan Rakyat.Ada pihak perwakilan yang kata mana ada di antara kita yang nak pergi berunding atau bersama dengan UMNO.
Saya nak beritahu bahawa ketika kami di Perak dah buat keputusan sungguh tegas untuk tidak bersama UMNO dan dah putus untuk bersama DAP dan PKR, kami dihubungi oleh pimpinan tertinggi, "Tak bolehkah kita kaji keputusan untuk bersama dengan UMNO?”.
Ada saudara-saudara! Jangan cakap tak ada. Cuma saya tak nak sebut namanya. Tapi saya nak katakan ada. 
Sebab itu janganlah saudara-saudara terus buat keputusan seolah-olah semua orang dalam PAS tak ada yang berfikir begitu (yakni untuk bersama dengan UMNO). Ada! Tapi saya tak layan.” 
 Beliau tanpa mendedahkan nama pemimpin tersebut. Tetapi, hari ini nama pemimpin yang berkhianat itu sudah terdedah kepada kita semua. Ia bukan rahsia lagi. 

 Bangkai gajah mana bisa ditutup dengan daun lalang sehelai. Busuknya telah melata menusuk hidung! Jangan biarkan bangkai itu terus mereput dalam PAS. Dalam politik, kalau kita tidak maju, maknanya kita semakin mundur!
Comments
1 Comments

1 comment :

Anonymous said...

Salam dan al fatihah untuk TGNA.. Sekarang puak ug makin mendabik dada.. Harap harap semua puak ug di pecat.. Saya sokong Hj hadi sebagai naib presiden islam sahaja.. manakala presiden ialah untuk ustaz ahmad awang.. Manakala intan yang di asuh dan ajar oleh TGNA. Ustaz ni dulu exco.kelantan dan TGNA suruh berhenti untuk mengangotai MS.. Dah lama dan kadang kadang TGNA mendapat pandangan ia.. USTAZ DAUD IRAGI.. Itu pendapat sya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...