GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Tuesday, February 24, 2015

PAS selama ini berjuang memperbaiki politik Umno

PAS nak apa lagi? Nak sangat-sangat kan?? Dari berpura-pura-pura selama ini, eloklah PAS berterus terang dengan mengambil pendirian tegas yang sebenar untuk mahu bersama Umno. 

 PAS patut gembira sekarang ini kerana lontaran idea Hj Hadi mengenai Unity Goverment  semakin di terima oleh ramai.

 PAS bukan sahaja boleh jentik Pakatan Rakyat, malah boleh mendebik dan mendebuk dengan lebih penuh bertenaga. Kerana inilah kerjabuat PAS yang sering kita lihat selama ini.

PAS, sebaliknya dilihat lebih cenderung untuk memperkasakan Umno/BN supaya dapat  meneruskan kelangsungan pemerintahan mereka. Hj Hadi telah menyatakan persetujuannya untuk persempadanan semula kawasan pilihanraya. Beliau juga membantah bagi mengadakan pilihanraya PBT atas alasan boleh mengancam keselamatan negara persis terjadinya tragedi 13 Mei 1969 dulu.

Tidakkah itu semua merupakan kerjabuat membantu Umno/BN?. Saya bersetuju dengan kata-kata Mufti Perlis : 


PAS selama ini berjuang memperbaiki politik Umno.

Almarhum TGNA, sosok tubuh yang merupakan penentang utama ’perpaduang’ pernah menyifatkan bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa sebagai 'Barua dan sampah' kerana berusaha untuk bersama Umno.

Sebagaimana yang kini kita telah maklum, mengikut pendedahannya sendiri bahawa kerjabuat tersebut adalah kerana melaksanakan mandat dari MSU yang menugaskan beliau bersama Presiden  dan Setiausaha parti menemui Abdullah Ahmad Badawi, yang ketika itu adalah PM.

Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz pernah menamakan tiga pemimpin yang perlu 'dibersihkan' iaitu Timbalan Presiden, Nasharuddin Mat Isa; Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali dan Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hassan Ali.

Hasan Ali sudah tidak kedengaran lagi....Hj Hadi, Mustafa Ali dan Nasharudin Mat Isa bersama konco-konco merekalah yang giat meneruskan gagasan Unity Goverment hingga kini.
 

Mufti Perlis sokong PAS dan Umno bergabung



Mufti Perlis Datuk Dr Asri Zainul Abidin menyarankan PAS membentuk kerajaan campuran bersama dalam usaha menjayakan matlamat parti Islam itu yang selama ini berjuang memperbaiki politik Umno.

 Beliau berkata, kerjasama antara PAS dan Umno dilihat sebagai usaha yang membawa ke arah kebaikan dan dianggap sebagai suruhan agama dan perlu dilaksanakan secepat mungkin.

 "PAS berjuang di luar sekian lama untuk membaiki politik Umno, mengapa tidak PAS mencubanya pula dalam satu kerajaan," kata Asri dalam tulisan di. Facebooknya awal pagi ini.

 " Ia satu projek islah siasah parti lawan dan juga segala kelemahan diri sendiri." Mufti Perlis itu menulis di laman Facebook sebagai reaksi terhadap cadangan seorang pemimpin PAS‎ yang mahu parti Islam tersebut bergabung dengan Umno.

 Sebelum ini, ‎pemimpin PAS Terengganu Roslan Ismail yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Besi berkata kerjasama PAS dan BN bagi membentuk kerajaan persekutuan seterusnya melaksanakan hukum hudud secara sistematik.9 Asri melalui tulisannya memberikan tujuh sebab bagi menyokong hujahnya mengenai kerjasama antara PAS dan Umno.

 Katanya kerjasama antara dua parti tersebut bukan bermakna identiti PAS mahupun Umno dihapuskan sama sekali.

 Katanya dengan gabungan antara kedua parti tersebut membolehkan PAS dan Umno menegur sesama sendiri ke arah kebaikan.

 ‎"Tetapi gabungan yang mengekalkan identiti namun sering 'pesan memesan kepada kebenaran dan kepada kesabaran'," katanya.

 Tambahnya krisis yang dihadapi PAS hanya akan menggugat kepercayaan rakyat yang selama ini mahukan persaingan sihat antara kerajaan dan pembangkang.

 "Jika PAS terus berkrisis seperti sekarang yang boleh membawa pertandingan tiga penjuru dalam pilihan raya akan datang, yang akan melemahkan persaingan sihat dan menjadikan suatu pihak akan begitu dominan," katanya.

 Beliau berkata, gabungan antara PAS dan Umno bakal mewujudkan politik idea yang baru di negara ini apabila kerajaan akan mempunyai saingan daripada dalaman dan pembangkang dapat membuka ruang kepada ‎'platform' baru politik menggantikan tempat PAS.

 "Banyak (common ground) antara PAS dan Umno selama ini, terutama di sudut aliran kefahaman Islam kedua parti itu. Hanya bahasa yang berbeza, tapi isi mereka banyak yang sama.

 "Golongan Muslim yang lebih progresif mungkin akan mempunyai ruang baru yang jelas di medan siasah dengan hilangnya bayangan Islam PAS yang selama ini dilihat pelbagai versi," katanya.

 Katanya gabungan tersebut turut dilihat sebagai medan rakyat menguji kejujuran politik antara kedua parti Melayu-Islam itu dan penilaian secara matang dapat dilakukan. – 24 Februari, 2015. - SUMBER
Comments
4 Comments

4 comments :

Anonymous said...

Anwar dah berjuang dari dalam...akhirnya masuk ke dalam juga.

Hj Hadi nak cuba bolehlah tapi tahan ke masuk ke dalam nanti? .........rasa 1hari pun tak tahan.

Anonymous said...

Berjuang dari dalam adalah nuar...kalau x masuk umno tu kira berjuang dari tepi hehehe...nuar dah kecewakan perjuangan islam 30 tahun dulu dengan menyambut tangan kotor umno dan sekarang beliau masih lagi bergelumang dengan kotoran daki umno yg memfitnah beliau...kawan2 lama beliau dlm umno tahu kelemahan nuar

Ritchie Blackmore said...

Dr Asri sangat kecewa krn disaat umno semakin ditolak rakyat dengan beberapa penambahbaikan PR dijangka mencipta sejarah sbgai sebuah kerajaan baru dlm pilihanraya ke14 tetapi Dr Asri melihat Pas pula yang tiba tiba menjadi si bahlol utk menarik tangan umno yg semakin lemas dan karam.Fikirkanlah....

Anonymous said...

Medan untuk dua2 parti uji kejujuran kata dr asri...jadi apa yg pkr dan dap sudah biar je la pas join umno dan dap bersama pkr akan makin kuat tanpa pas...betul tak?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...