KELANTAN

KELANTAN
TABUNG BANJIR KELANTAN

SUMBANGAN DANA

SUMBANGAN DANA
HARD TALK

Saturday, February 14, 2015

Perlukah Hudud diaplikasikan segera oleh pemerintah PAS Kelantan?

 Sehingga kini,  draf pindaan Kanun Jenayah Syariah II masih tetap menjadi rahsia besar kepada rakyat Kelantan sendiri apalagi rakyat Malaysia.

 Kerajaan Negeri Kelantan, masih enggan mendedahkan kepada umum untuk diketahui dan dibincangkan. Kenapa berahsia sangat mengenainya? Entah apa muslihat disebaliknya.

Namun, memandangkan keadaan rakyat Kelantan pasca banjir begitu jelas memerlukan pembelaan sewajarnya untuk meneruskan kelangsungan hidup mereka, ramai yang bertanya, Perlukah Hudud diaplikasikan segera oleh pemerintah PAS Kelantan?

 Saya sangat bersetuju tentang apa yang diperkatakan oleh Mujahid Yusuf Rawa:

 “Saya amat bersetuju yang masalah di Kelantan bukanlah tentang memperkenalkan undang-undang hudud.

 “Sebaliknya tumpuan adalah membangunkan semula Kelantan pasca banjir – itu perlu lebih diutamakan,” katanya kepada wartawan selepas satu forum di Kuala Lumpur, di sini 

 Itu adalah secebis pandangan dari anak mantan Presiden PAS, almarhum Yusuf Rawa. Saya ingin mengajak kalaian untuk meneruskan ruang bicara berkait isu tersebut, menerjah pandangan dari seorang lagi anak mantan Presiden PAS, almarhum Fadzil Noor:


Penjelasan perlaksanaan Hudud



Hudud di antara perlaksanaan dan penangguhan: 
oleh Ahmad Fauwas Fadzil 

Perbahasan Fikhi Timbul perbezaan pendapat di antara Tuan guru Nik Aziz dan Dr Asri di antara perlaksanaan hudud dan penangguhannya. 

 Maka rasa terpanggil untuk membincangkan isu berdasarkan pengalaman pengajian dengan ulama-ulama serta pembacaan yang banyak tentang perlaksanaan hudud agar mampu memberi sedikit pencerahan kepada umat Islam.

 Sesungguhnya akidah umat Islam menuntut orang Islam menerima segala arahan dan Syariah Allah Taala. Mana mungkin seseorang yang mengucap kalimah syahadah menolak Syariatnya. 

Maka secara sepakat umat islam tidak menolak sebarang undang-undang dan Syariah secara akidah tetapi secara perlaksanaan ia bergantung keadaan dan syarat seperti kemampuan.

 Khususnya seperti undang-undang Hudud, ia adalah undang-undang yang agak asing bagi umat Islam dan orang bukan Islam dibolehkan oleh ulama berlaku penangguhan dahulu. 

 Ini dinyatakan oleh Ibnu al Qayyim yang menyatakan hukum-hukum yang dianggap asing perlu diberi penerangan dahulu sebelum perlaksanaan. 

 Ini kerana bimbang ditolak dan dikutuk oleh orang Islam itu sendiri dan akan menyebabkan berlaku fitnah. Berlaku fitnah di antara faktor yang boleh menyebabkan penangguham hudud. 

 Nabi menangguhkan hukuman hudud ke atas pencuri diwaktu peperangan kerana bimbang dia akan lari kekumpulan kafir. Maka di zaman fitnah dari luar dan dalam di zaman ini bagi saya boleh dijadikan faktor hudud ditangguhkan dahulu dan di adakan berperingkat-peringkat dengan kerjasama semua pihak. 

 Dan di dalam hudud ini ia adalah bidang kuasa kerajaan dan kerajaan perlu mengkaji secara telus dengan bantuan para ulama yang jujur dengan Allah sejauhmana perlu melaksanakan undang-undang hudud diwaktu sekarang. 

 Kita tidak mahu melaksanakan hukuman hudud dalam keadaan tidak sempurna maka ia akan menzalimi Islam dan Syariat. 

 Kita amat berhajat kepada perlaksanaan yang tepat daripada manhaj perlaksanaan, seperti tidak terikat dengan 4 mazhab sahaja,perlu kepada menggunakan semua mazhab yang ada, hampir kepada 80 mazhab dan kadang-kadang berhajat kepada ijtihad yang baru. 

 Kita mendahulukan hudud yang disepakati daripada hudud yang terdapat khilaf seperti rotan kepada penzina, qazaf,mencuri dan rompakan.

 Adapun murtad, minum arak adalah perkara khilaf di kalangan fuqaha. Seminar-seminar,pengajian-pengajian tentang hudud perlu diadakan dengan lebih aktif, buku-buku perlu ditulis dengan lebih luas.

 Faedah: Hudud bukan satu-satunya jalan penyelesaian. 

Sebagai maklumat penting,Islam tidak menjadikan hudud sebagai bukan penyelesaian yang paling utama di dalam menyelesaiakan masalah jenayah, di sana terdapat terbiyah dan konsep taubat yang membolehkan seseorang berubah. 

  Begitu juga dengan memberi peluang pekerjaan kepada masyarakat ia boleh mengurangkan kadar kes jenayah. 

 Hudud adalah jalan yang terakhir untuk merawat penyakit masyarakat sebab itu ia hanya sedikit disebut di dalam al Quran tetapi bukan ia tidak penting Cuma kepada fikh keutamaan di dalam melaksanakan sebarang Syariat. 

 Maka kesimpulan yang dapat saya katakan di sini, semua orang Islam wajib beriman dengan hukuman hudud, Cuma perlaksanaan ia bergantung kepada keadaan, dan ia merupakan kuasa kerajaan, sekiranya kerajaan melihat, hudud perlu ditangguhkan kerana faktor-faktor syarie maka itu merupakan satu bidang kuasa mereka bukan kerana faktor malas atau mengingkari, itu tidak dibolehkan. 

 Maka kita menyeru semua pihak agar berlapang dada dan mebincangkannya secara positif dan kerjasama yang kuat tanpa menggunakan untuk tarikan politik .Friday, 24 August 2012 ~ SUMBER

Ahmad Fauwaz merupakan anak kepada Almarhum Ustaz Fadzil, bekas Presiden PAS.Lulusan Universiti Al Azhar dalam jurusan Syariah kini aktif sebagai pendakwah bebas.Beliau jelas dilihat mempunyai pendirian dan pandangannya sendiri.
Comments
2 Comments

2 comments :

Anonymous said...

Hudud jangan la nanti DAP marah. Kita patut takut kemarahan DAP walaupun hudud tidak ada kena mengena dengan non-muslim.

Lagi satu hudud tidak membantu masaalah banjir. Jadi ketepikan hudud dan fokus hal banjir.

...macam muktazilah je...

Alhusseyn Alhusseyn said...

Jgn jadi mangkuk ayunlah.Tolonglah baca dan fahami alasan-alasan syarie yg dikemukakan dan bahaskanlah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...