GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Monday, February 16, 2015

Persempadanan Semula boleh menambahkan kerusi-kerusi PAS ??

Sila baca dan ambil sedikit perhatian untuk memahami persoalan mengenai isu persempadanan semula ini. Saya percaya, rencana yg saya paparkan ini boleh mencambahkan pemikiran kita semua. 

Siapa untung dari persempadanan semula?

Persempadanan semula kawasan pilihan raya adalah satu proses dimana Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan jalankan setiap 8 -10 tahun. Ini adalah satu proses biasa dijalankan di Malaysia mengikut Perlembagaan Persekutuan.

 Kali terakhir persempadanan semula dijalankan adalah pada tahun 2003 dan 2005.

 Proses ini biasanya dilakukan untuk mengimbangkan bilangan pengundi di sesuatu kawasan parlimen atau DUN agar wakil rakyat yang dipilih dapat menjalankan tugasnya dengan bilangan pengundi yang sewajarnya.

 Namun, di Malaysia, proses ini dijalankan oleh SPR untuk memastikan parti pemerintah kekal berkuasa. Perkara ini bukan satu fitnah tetapi diakui sendiri oleh bekas pengerusi SPR dalam majlis PERKASA suatu ketika dahulu.

 Biasanya, persempadanan semula di Malaysia dijalankan dengan menambahkan kerusi Parlimen dan juga DUN. Dan biasanya, parti pemerintah iaitu BN dapat melaksanakan perkara tersebut dengan mudah kerana sebelum 2008, BN menguasai 2/3 kerusi parlimen.

 Untuk meningkatkan kerusi parlimen, biasanya Artikel 46 dalam perlembagaan harus dipinda. Dengan adanya kuasa 2/3, pemindaan perlembagaan tidak menjadi satu isu.

 Tetapi kini, BN dan sekutunya SPR berada dalam satu suasana yang amat berbeza. BN tidak lagi punyai mandat 2/3 di parlimen. Maka, apa-apa pemindaan Perlembagaan Persekutuan memerlukan sokongan dari Pakatan Rakyat.

 Beberapa bulan yang lalu, pengerusi SPR ada mengatakan bahawa akan ada penambahan kerusi parlimen sebanyak 15 hingga 20 peratus. Bermakna, penambahan lebih kurang 40 kerusi.


 Dan pada masa yang sama, terdapat juga ura-ura mengatakan bahawa ada parti dalam Pakatan bersetuju untuk menambah kerusi parlimen.

 Perkara ini amat pelik kerana apakah parti kompenan PR itu lupa bagaimana mereka ditipu dalam PRU13 yang lalu. Perkara penipuan ini dikatakan sendiri oleh mereka dan bukannya datang dari saya dan anda.

Kita perlu lebih ramai MP?

Ya, kita sering mendengar keluhan ahli parlimen dari Pakatan yang mengatakan bahawa terdapat jurang yang amat besar antara bilangan pengundi dalam kawasan mereka berbanding dengan kerusi yang dimenangi oleh BN. Benar, saya tidak menafikan perkara ini.


 Namun, adakah Pakatan harus menggunakan alasan ini saja untuk menghalalkan penambahan kerusi di Parlimen. Tidakkah mereka boleh memikirkan jalan penyelesaian yang lain.


 Bagi saya, penambahan kerusi parlimen yang bakal disyorkan oleh SPR adalah sebenarnya untuk memudahkan kerja SPR dalam proses persempadanan semula ini bahkan saya boleh katakan bahawa rancangan penipuan yang lebih mudah. Lupakan isu penipuan. Persoalan yang ingin saya lontarkan adalah perlukah kita menambahkan bilangan ahli parlimen.


 Lihat saja parlimen hari ini. Apakah yang sedang dilakukan oleh ahli-ahli parlimen yang dilantik ini. Lihat pada kualiti perdebatan mereka.


 Adakah mereka benar-benar berdebat dan membincangankan isu-isu nasional atau sekadar berdebat agar nama mereka dapat memasuki berita? Tidak perlu saya sentuh mengenai insiden mengoyak kertas usul. Isu ‘skirt’.


 Satu pengiraan pernah dilakukan untuk mengira masa perdebatan seorang ahli parlimen di dalam dewan mengikut hari persidangan pada 2012.


 Dianggarkan, seorang ahli Parlimen yang dapat berdebat selama 2.31.37 jam sahaja. Bayangkan, dalam setahun, seorang ahli parlimen hanya punyai masa sebanyak itu. Dan, jika berlaku penambahan ahli parlimen, dengan pengiraan mudah saja kita dapat tahu bahawa masa akan berkurang.



 Bukan sekadar itu, duit pembayar cukai juga akan dibazirkan untuk membayar gaji ahli parlimen. Perlukah kita membayar lebih ramai orang untuk melakukan kerja yang lebih sedikit di Parlimen? Jika ada yang mengatakan ya, saya pohon penjelasan dari anda.



 Hari ini, Malaysia punyai 222 ahli parlimen. Tetapi, lihat saja kehadiran di Parlimen. Walaupun hari hari pengumuman bajet, ada saja ahli Parlimen yang ponteng persidangan. Tetapi, gaji yang diperoleh adalah sama.

 Adakah parti-parti politik hanya berfikiran untuk menambah bilangan ahli parlimen mereka dalam parlimen dan ahli parti mereka akan perolehi pendapatan dan keistimewaan tertentu sebagai ahli parlimen atau mereka benar-benar mahu membawa Malaysia ke arah Parlimen Kelas Pertama.

 Usah bazirkan duit rakyat untuk memenuhi agenda politik sendiri dan mulanya bekerja akan amanat yang diberikan oleh pengundi kawasan.

 Akhirnya, jikalau berlakunya penambahan kerusi parlimen pada proses persempadanan semula yang akan datang, marilah sama-sama kita ucapkan selamat tinggal kepada Pakatan Rakyat yang bakal kecundang dalam pilhan raya umum ke-14 kelak. ~*MANDEEP KARPALL


 Ada parti dalam Pakatan bersetuju untuk menambah kerusi parlimen?

 Amat pelik bukan? Bahawa pengalaman yang lalu PR telah ditipu dalam PRU13. Perkara penipuan ini didedahkan sendiri oleh bekas pengerusi SPR dalam majlis PERKASA suatu ketika dahulu. Bukan dari mana-mana pihak PR atau penulis rencana diatas tadi.

Berikut adalah pengakuan Hj Hadi, Presiden PAS yang telah mengakui bersetuju untuk bekerjasama - ya'ni ta'awun, persafahaman untuk tolong menolong dengan Umno yang kononnya akan menambahkan kerusi-kerusi PAS!

Wa ta’awanu bil Umno?


.....tak apalah….Tetapi kerjasama boleh berlaku. Boleh berlaku kerjasama. Kerjasama contohnya, untuk pecahan kawasan pilihanraya.Yang boleh menambahkan kerusi-kerusi PAS. 
Ini boleh kita buat. Dinamakan ta’awun – ta'awun, sefahaman untuk tolong menolong menambahkan kerusi-kerusi PAS!Ini boleh kita kerjasama. Ada pula rakan kita tak mahu dapat 50 ; PAS dapat 10 kerusi cukuplah!Ada orang PAS yang macam tu! 
Kalau ada orang PAS macam tu, keluar PASlah! [Allahu akbar] 
Kalau ada orang PAS macam itu! Ini, dgn sebab ada perbincangan.Dan di mana tahalluf ini fleksibel. Ada keanjalan dia. Kita tidak jumud. Kita tidak boleh dipaksa dalam tahalluf ini. Orang nak paksa kita…untuk. 
Berikut ucapan melalui rakaman.(kredit kepada sahabat saya, Tulang Besi)

Apakah kenyataan Hj Hadi itu menepati perintah Allah dalam ayat 2 al-Mai'dah: Wata'awanu 'alal birri wat-taq'wa wala ta'awanu alal ismi wal udwan ?


*MANDEEP KARPALL aktivis pilihan raya bebas yang pernah terlibat misi pemantau pilihan raya antarabangsa. 
Comments
1 Comments

1 comment :

Faqirulkhoir said...

Persempadan kawasan mengundi yg berat sebelah (‘gerrymandering') telah lama terlaksana di Mesia. Sekali dgn risyuah politik atau politik wang ('pork barrel politics' atau politik kawah babi) ia menjadi dua tonggak politik tanahair. Lantaran itu, dapat dilihat dgn hanya memenangi 47 % undi rakyat pd PRU yg lalu, BN bolih menguasai 60 % kerusi parlimen dan mengekalkan kuasa pemerintahan dan kuasa atas khazanah negara. Manakala dgn 52 % undi PKR hanya dapat 40 % kerusi.
Dengan persempadan semula yg dicadangkan, perselingkuhan politk ini dijangka akan menjadi lebih tenat. Kemungkinan persengkokolan olih Ust. Hadi Awang untuk menjayakannya na'uzubillah, adalah menggerunkan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...