GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Tuesday, February 17, 2015

Persempadanan Semula : Hj Hadi sokong SPR ?

Mampukah Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof
memujuk Presiden PAS menyokong pindaan tersebut?
The Malaysian Insider melaporkan Abdul Rashid sebagai berkata, beliau selaku bekas pengerusi SPR, beliau tahu cara mengekalkan kuasa orang Melayu.

Katanya, tiga proses persempadanan semula yang berlaku semasa beliau berada dalam SPR telah mengekalkan kuasa orang Melayu, lapor portal berita itu.
Klik di sini
 Kenyataan secara terbuka oleh Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman ini membuktikan kebenaran dakwaan selama ini bahawa SPR adalah badan pilihan raya yang tidak adil dan berat sebelah. 

 Testimoni yang dikumpul ketika Tribunal Rakyat pada September 2013 yang lalu pernah mendedahkan kewujudan ahli-ahli parti politik yang aktif menjadi petugas SPR ketika Pilihan Raya Umum yang ke 13 lepas. Sebelumnya, timbul dakwaan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR juga mempunyai keahlian dalam Umno.

 Keengganan SPR untuk membersihkan senarai undi walau sudah dibuktikan sebagai bermasalah kini boleh difahami sebab-musababnya. 

Penemuan kes-kes penyelewengan dan pelanggaran peraturan pilihan raya pada PRU13 oleh Pemantau Pilihan Raya Rakyat (Pemantau), ditambah dengan keengganan SPR untuk bertanggungjawab dalam kes dakwat kekal; memuktamadkan segala dakwaan.

  Dalam PRU-13 lalu, PR kalah dari segi kerusi (89 kerusi) tetapi jumlah undi popular lebih memihak kepada pihak PR dengan meraih 50.87%  berbanding BN yang mendapat 47.38% (133 kerusi).

 Jumlah undi yang sedikit menguasai keadaan.Di sinilah liciknya percaturan SPR dalam mengatur persempadan kawasan pilihanraya.

 BN khasnya Umno dikatakan sedang memujuk PAS agar bersetuju dengan persempadanan baru ini bagi membolehkan ia diluluskan.

 Jika PAS bekerjasama dengan Umno menyokong pindaan itu dan bermakna PAS mengkhianati rakan-rakannya dalam PR iaitu PKR dan DAP yang tidak bersetuju persempadanan semula kawasan pilihan raya dibuat oleh Suruhanaya Pilihan Raya (SPR).

 Maka amat malang sekali sekiranya Presiden PAS, Hj Hadi masih mahu terus menyokong pindaan persempadanan semula yang mengikut katanya akan mampu menambahkan jumlah kerusi PAS?? Kekeliruan Hj Hadi dalam perkara ini adalah amat dikesalkan.
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...