GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Saturday, February 07, 2015

Saya Naib Ketua Kesatuan Ulama Dunia....Saya bukan anak murid sekolah


  Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang masih belum memberi petunjuk yang jelas bahawa beliau akan hadir ke mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan rakyat yang akan berlangsung esok.

 Laporan Harakahdaily menyebut, Hadi berkata, setiausaha agung DAP sendiri, Lim Guan Eng tidak berhak untuk menentukan kehadirannya.

 “Dia (Guan Eng) tidak berhak menentukan saya hadir atau tidak hadir.

 "Terpulang kepada saya hendak hadir atau tidak hadir. Saya bukan anak murid sekolah, kita tengok dululah.

 “Tengok hari mesyuarat inilah saya hadir atau tidak hadir. Saya tak bergantung dengan sesiapa saya hendak hadir,” ujarnya seperti dipetik dalam laporan lidah parti PAS itu. Baca sepenuhnya DI SINI

Apa-apa pun, doakanlah yang terbaik untuk pertemuan tersebut demi Pakatan Rakyat kembali pulih dan dapat menumpukan kerja-kerja PRU-14 nanti. Datang jangan tak datang!
Comments
1 Comments

1 comment :

Anonymous said...

Agak2nya jwpan dia lebih kurang mcm tu jugaklah bila Izrail datang memanggil.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...