GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Sunday, February 22, 2015

Sesi Membelasah Mat Sabu dan Jebon-Jebon!



 Pemangku Ketua Dewan Ulama Datuk Ahmad Yaakob  isytihar perang terhadap Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa).

"Antaranya ialah, wujud aliran pemikiran songsang dalam individu yang terlibat dengan PasMa, yang bersetuju dengan ajaran liberalisme atau Islam liberal," katanya.

Dengan peristiharan itu, maka serangan bertalu-talu dilancarkan terhadap Jebon-jebon...

Nampaknya Multaqa sehari anjuran Dewan Ulama PAS ini merupakan satu medan pertemuan para ulama dalam PAS untuk membelasah dan mengistihar perang terhadap sesama ahli dalam jemaah sendiri dengan melabel mereka sebagai kumpulan syetan, kumpulan liberal, songsang dan sebagainya.

 Kalau sekumpulan Pemuda yang berdemo di kaki lima pejabat Agong PAS menuntut perletakan jawatan beberapa pucuk pimpinan PAS, maka kali ini, Dewan Ulama pula mengambil giliran membuat kelaku persis budak-budak itu!

Tindakan Dewan Ulama ini hanya membuka ruang yang lebih luas untuk berlaku berantakan sesama ahli dalam PAS.

Mat Sabu selalu tidak sealiran presiden PAS - Dr Mahfouz 


Pemangku Timbalan Ketua Dewan Ulama Datuk Dr Mahfouz Mohamed berkata, suka atau tidak, Mohamad lebih dikenali sebagai Mat Sabu perlu akur kepada kepimpinan ulama dan menyokong presiden parti.

  "Saya secara peribadinya perlu menasihati beliau, kerana saya lebih tua daripada beliau. Sekiranya beliau berterusan begini (tidak sependapat) dengan presiden, umum akan menilainya," katanya.

 Mahfouz juga menegaskan, kepimpinan Hadi sentiasa relevan dalam parti Islam itu dan sekaligus beliau layak menjadi ketua pembangkang menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini dipenjara.

 Sebelum ini, timbul cakap-cakap menyatakan hubungan antara Mat Sabu dan Hadi tidak sehaluan seperti ketika krisis Selangor pada Julai lalu apabila Mat Sabu menegaskan keputusan Hadi menyokong bekas menteri besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim merupakan pendirian peribadi beliau.

 Teguran itu juga dibuat ketika parti Islam itu bakal mengadakan Muktamar Tahunan pada Jun yang menyaksikan pemilihan bagi jawatan tertinggi di peringkat PAS Pusat dan sayap parti bagi penggal 2013-2015.

 Sementara itu, Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali At-Takiri ditanya adakah konflik antara presiden dan timbalan presiden itu bakal menjejaskan kedudukan Mat Sabu mempertahankan jawatan nombor duanya dalam parti.

 Khairuddin menjawab: "Terpulang kepada ahli. Kita hanya menceritakan siapa yang ada kemampuan menjadi pemimpin. Ahli yang tentukan jawatannya, siapa lebih cocok memegang (jawatan) timbalan presiden." – 21 Februari, 2015.-Baca lagi  DI SINI

Kalau tidak sokong Hadi, letak jawatan, kata perwakilan

Sidek Nor : Ada AJK PAS Pusat dari Perak  cuba ‘meracun’
pemikiran ahli PAS untuk tidak menerima pelaksanaan
hukum hudud. – Gambar  oleh Kamal Ariffin.
Wakil Dewan Ulama Perak Sidek Noor menyifatkan timbalan presiden, naib presiden dan Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat tidak layak memegang jawatan tersebut kerana tindakan mereka yang selalu membelakangi Hadi.

 "Mereka tidak layak memegang jawatan timbalan, naib dan AJK PAS Pusat sekiranya tidak membantu presiden, lebih baik lepaskan jawatan," katanya dalam perbahasannya di multaqa sehari itu yang diadakan di Serdang, Selangor.

 Beliau juga merujuk kepada tindakan seorang AJK PAS Pusat dari Perak yang didakwa cuba “meracun” pemikiran ahli PAS untuk tidak menerima pelaksanaan hukum hudud.

 "Di kala Kelantan berhempas pulas ingin melaksanakan hudud, tapi ada pula AJK PAS Pusat dari Perak ini turut ke kampung, cawangan, kata belum tiba masanya laksanakan hudud.

 "Kamu pertikaikan undang-undang Islam ini, undang-undang dari Tuhan. Kalau kamu tidak yakin, apa lagi, lebih baik keluar," katanya. Beliau bagaimanapun tidak menamakan AJK yang dimaksudkan.

 Beliau turut memberi contoh pemimpin kanan yang ingkar dengan arahan PAS Pusat iaitu ketika krisis Selangor berlaku. 

"Mereka kena sedar, kita pilih mereka untuk bantu Hadi. Tapi mereka tiba-tiba lawan presiden. Itu kurang ajar. Mereka tidak sedar mereka tidak layak," katanya. 

Di akhir persidangan, multaqa itu sebulat suara meluluskan usul menggesa Majlis ‎Syura Ulama dan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat mengambil tindakan displin ke atas mana-mana pemimpin dan ahlinya yang terlibat dalam gerakan PasMa.

 Antara lain, usul tersebut menetapkan sebarang pelanggaran terhadap Majlis Syura Ulama dan keputusan presiden merupakan satu kesalahan mandatori dalam undang-undang PAS. Baca lagi  DI SINI

[Nota: Hanya 3 orang dari Perak yang berjaya dilantik AJK PAS Pusat - DS Nizar, Dr Mujahid dan Ust Idris Ahmad.]
Comments
6 Comments

6 comments :

Malaysiabaru said...

Tolong pisah ularmak dan politik.. Dewan ularmak bukan dewan politik.. Nama pun lain... Ularmak pakar agama dan professional pakar politik... Dah laaa

Manshor Yahya said...

Saya nampak mereka macam fasih al quran sahaja. Mereka gunakan pentas multaqa untuk hentam orang apakah ini qualiti yang jelas tidak bertentangan dengan nama ulama ni? Pelik saya bukan kata Mat Sabu tidak boleh ditegur tetapi depa ni buat kesimpulan seolah2 Mat Sabu menentang Hudud. Qualiti dan cara menyimpulkan ni saya nampak sebahagian mereka ni golongan merapu.
PAS bukan milik Presiden dan sapa2 pun ia amanah. Cara depa deklarasi ni amanah ka?.
Saya nampak geng ni macam force pemecah parti. Ingat kalimat yang digunakan oleh orang Islam yang berqualiti tambah2 lagi ulama. Ulama macam ni macam mana nak dapat rahmat?

wan amero said...

Ahmad Yakub ni kalau kat kelate level dia tok ngulu jer.

Anonymous said...

Najib kata kat mp kok lanas selepas dengar taklimat mb kelantan pasal operasi banjir,
"Saya tidak sangka MB Kelantan begitu sekali "mamainya". Mamai yang membawa maksud tidak tahu apa benda. Dalam bahasa bombastiknya "bodoh".

aku petik dari MSO je.

Anonymous said...

meraka berhimpun dengan bahasa arabnya Multaqa.kesemuanya ulamak yang hadir.mungkin bukan ulamak tidak dibenarkan,Bagaiman mereka mengukur bahawa setiap orang itu ulamak dan orang itu bukan ulamak.Apakah pakaian mereka,apakah ilmu mereka,apakah bahasa mereka yang melebelkan mereka itu ulamk.sudahlah ,sebaenarnya perhimpunan mereka tanpa disedari telah menmbah kebencian ramai orang,ulamk yang menunjukan diri mereeka lebih hina dari syaiatn yang dituduhnya.

Ritchie Blackmore said...

Muka sekor2 macam mawas pung ada.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...