JERUSALEM

JERUSALEM
SOLIDARITI BERSAMA PALESTIN

Tuesday, February 10, 2015

Siapa yang berkomplot sebenarnya ?

Ada dari kalangan UG mahukan Dr Hatta, seorang Pengarah Jabatan Pilihan Raya dan beberapa JKPP diambil tindakan kerana dituduh membentuk sebuah perkumpulan dengan merangka dan melaksana perancangan menjatuhkan Tuan Guru Presiden PAS. 

 Buktinya jelas iaitu adanya akuan berkanun dan bukti-bukti print screen daripada aplikasi whatsapp. Pengadu sedia mendedahkan di mahkamah atau kepada Jawatankuasa Tatatertib parti. Sila baca di sini

 Berikut adalah penjelasan peguam muda, Mohd Fitri Asmuni yang pernah terlibat dalam kes saman Fitnah terhadap Presiden tidak lama dulu. Beliau menulis menerusi laman facebook:

Penjelasan Mohd Fitri Bin Asmuni


Adakah kenyataan yg ditulis dlm SD akan secara automatik diterima pakai sebagai evidence?

 Jawapannya tidak!

 Ia masih tertakluk kpd pembuktian & soal balas sebelum SD tersebut dianggap bukti prima facie (prima facie evidence). AJK Pemilihan tidak boleh terus menerus menjatuhkan hukuman kpd Dr Hatta, AAA dan Mazhar Yusof dgn menerima bulat-bulat SD tersebut tanpa SD & dokumen yg dilampirkan tersebut dikaji dan disiasat serta mereka yg dituduh diberikan peluang utk membela diri.

 SD yg diserahkan kpd SU Agung Pusat masih belum konklusif. Byk persoalan timbul contohnya mengenai ketulenan exhibit yg dilampirkan, butir-butir pembuat SD dan pesuruhjaya sumpah.

 Tapi kumpulan demo & penyokong demo dah terlajak pandai dan dah tak sabar2 nak menjayakan komplot mereka. Depa duk marah kita mempersoalkan legality SD tersebut. Depa tak tahu, dlm kes saman Fitnah terhadap Presiden, approach yg sama juga kita gunakan utk mempertahankan Presiden. Yang itu hangpa tak bising plak !

 Bukan Islam saja yg kita kene ambil semua, undang2 pun kita kene ambil semua..jgn jd sekular !
Comments
1 Comments

1 comment :

Anonymous said...

Hawaii Five O... ada jugak geng cinta ulama yang gila tengok cerita ni.... mengintai Officer Kono Kalakaua?

Kalau Kuala Krai Lima - 0 boleh terima... ini Hawaii.... buat aku teringat golf najib di musim banjir.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...