GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Thursday, February 19, 2015

Siapa yang mengarut : Najib atau Sirul Azhar ??

  Tanpa memberikan hujah yang boleh menyakinkan orang ramai, Najib Razak sekadar menuduh bekas komando polis Sirul Azhar Omar sebagai mengarut apabila mendakwa beliau bertindak mengikut arahan ketika membunuh model Mongolia Altantuya Shaariibuu.

 Semalam, Sirul dilaporkan berkata, pegawai kanannya ketika itu, timbalan penguasa Musa Safri, sepatutnya dipanggil memberi keterangan dalam perbicaraan kes pembunuhan Altantuya itu.

  Ketika kejadian, Musa merupakan pembantu peribadi Najib yang ketika itu timbalan perdana menteri.

 "Dia sepatutnya dipanggil menjadi saksi oleh pihak pendakwa," Sirul dipetik berkata oleh Malaysiakini dalam satu laporan eksklusif.

 "Saya menerima arahan. Orang-orang penting dengan motif tertentu masih bebas," katanya dalam satu wawancara dengan portal berita itu.

 Najib yang sebelum ini turut dikaitkan dengan mangsa kes bunuh itu, enggan mengulas lanjut ketika ditanya oleh wartawan.

 "Mengarut semua tu, mengarut," kata Najib sambil menggelengkan kepala.

 Najib menghadiri rumah terbuka Tahun Baharu Cina di Wisma MCA hari ini. Bagi masyarakat Cina, tahun ini merupakan Tahun Kambing.Korang tentu akan turut tersenyum melihat telatah Najib yang menafikan dakwaan Sirul itu sambil menggeleng-gelengkan kepalanya sebagaimana kelaku kambing!  ~ di sini
Comments
3 Comments

3 comments :

Anonymous said...

Hussin dah baca ke komen raja petra dan roslan sms pasal ug 2013 antara pkr-umno ha3...lagu baru bermula...hotel landmark london menjadi saksi ug2013 kata raja petra hahahaha...apa hussin nk ulas isu ug2013 ni?nk diam je?

Anonymous said...

ini taktik nak alih perhatian ka? fokus artikel ini ialah NAJIB. dia sedang cemas

Anonymous said...

Alih perhatian apanya najib dah tawar jd tpm hahaha tak bgitaupun bila dah masuk jail baru nk bgtau hahaha...awat awal2 masa ofer dulu tak bagitau hahaha...najib tawar jd pm baru la ug pkr-umno jadi hahahaha

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...