GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Saturday, February 07, 2015

Tinggalkan Pakatan kalau tak hadir mesyuarat, kata Pak Samad kepada Hadi

Sasterawan Negara Datuk A Samad Said berkata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak patut berkata mengikut suka beliau menghadiri mesyuarat sedangkan menghadiri mesyuarat tanggungjawab seorang pemimpin. – Gambar fail The Malaysian Insider, 7 Februari, 2015.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang perlu meninggalkan Pakatan Rakyat (PR) jika enggan menghadiri mesyuarat gabungan tersebut esok, kata Datuk A Samad Said.

 Sasterawan negara yang mesra dengan panggilan Pak Samad itu berkata, Hadi perlu serius memberikan komitmen dalam PR kerana itu merupakan tanggungjawab pemimpin.

 “Kamu mahu bergabung tetapi tak nak hadir. Apakah ertinya gabungan itu? Mesti ada rasa rendah diri dan sedikit rasa tolak ansur,” kata Samad kepada The Malaysian Insider dalam satu wawancara di Kuala Lumpur hari ini. 

 “Kalau tidak mahu ikut, jangan masuk. Duduk di luar saja. Saya fikir kadang-kadang pemimpin ini bermain di celah-celah akhbar. Dengan begitu, dia rasa agak terapung kuasanya.

 “Yang jadi masalah Hadi sahaja. Hadi kata ‘jangan dipaksa saya hadir’. Itu bukan paksa, itu tanggungjawab.”

 Hadi berkata malam tadi Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng tidak berhak menentukan sama ada beliau perlu hadir atau tidak ke mesyuarat Majlis Pimpinan PR yang dijadualkan esok.

 Menjawab persoalan yang ditimbulkan pimpinan DAP, selaras dengan resolusi Jawatankuasa Eksekutif Pusatnya (CEC) Selasa lepas yang mengatakan pemimpin DAP hanya akan menghadiri mesyuarat jika ia dihadiri wakil PAS, Hadi mengatakan dia tidak terikat dengan sesiapa.

 "Dia (Lim) tidak berhak menentukan saya hadir atau tidak hadir. Terpulang kepada saya hadir ke, tidak hadir. Saya bukan anak murid sekolah, kita tengok dululah.

 “Tengok hari mesyuarat inilah, saya hadir ke tidak hadir. Saya tidak bergantung dengan sesiapa saya nak hadir,” katanya.

 Samad berkata Hadi menjadi penghalang kepada hubungan dalam PR, sekali gus merencatkan potensi pemimpin berpotensi dalam PAS.

 Katanya, sekiranya Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar dipenjarakan, maka kemungkinan besar parti dalam PR akan berpecah.

 “Masuk politik perlu memikirkan nasib bangsa yang harus dibaiki. Itu tugas mereka. Bukan untuk memperkekalkan diri kita dalam satu pergolakan kuasa.

 “Saya bayangkan PR akan pecah. Lebih-lebih lagi kalau Anwar dipenjarakan. Tidak mustahil PAS akan ada anak gantinya. PasMa boleh menyelamatkan dengan bergabung bersama PKR dan DAP. PAS sendiri akan pecah dua. “Pasma boleh besar. Ia bukan dikira ramai orangnya tetapi mutu orang yang tahu apa yang diinginkan Malaysia dan orang yang mahu asas gabungan ini tumbuh dengan sihat,” katanya merujuk kepada kumpulan pro PR yang lahir daripada PAS Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia.

 Bekas pengerusi bersama Bersih 2.0 itu turut melihat kepimpinan Anwar masih relevan walaupun tidak berupaya mendamaikan pergolakan di antara PAS dan DAP.

 Katanya, kredibiliti Anwar dapat dilihat apabila ketua umum PKR itu masih relevan dalam arena politik walaupun berdepan dengan pelbagai tekanan luar.

 “Usia sebenarnya hikmah. Tidak bererti orang tua yang melalui pengalaman yang begitu perit sejak umur 20-an boleh diketepikan saja begitu. Itu andaian bagi orang yang tidak mahu Anwar berada dalam lingkungan kuasa.

 “Kehadiran Anwar lebih penting kerana sudah menghimpun semua pengalaman. Dia tahu bagaimana individu itu kaya. Orang begini boleh membetulkan.

 “Saya tidak nafi memang ada orang gelojoh. Anwar watak konsisten. Ini watak yang benar-benar setia apa yang diperjuangkan dan mengetahui apa yang dilakukan kalau dia berkuasa,” katanya kepada The Malaysian Insider.

 Baca seterusnya  di sini
Comments
2 Comments

2 comments :

Saiful Azmi Husin said...

Tak payah bising2 Pak Samad...kau suruh jer PKR dan DAP tendang PAS keluar dari PR!!! Dah lebih setahun pemimpin2 PKR dan DAP mengutuk TGHA...tapj masih bacul tak berani tendang PAS keluar PR...ingat PKR ...yg start merapu dengan Langkah Kajang adalah PKR!!

Anonymous said...

bila masa plak pkr dap kutuk hadi. hadi sendiri kata: kalau pemimpin tak betul kata tak betul!
kalau pemimpin salah kata salah!

hadi tak betul bila tuduh calon pkr edar pil kuda.
hadi tak betul bila keluar watikah calon pas di kd, sa, dll.
hadi tak betul bila cuba rasuah azmin dengan jawatan menteri besar.
hadi tak betul bila kata presiden pkr tak layak jadi mb. Kak wan tu pemegang anugerah emas di university yg dia belajar kedoktoran.
hadi tak betul bila ponteng sidang parlimen krn nak hantar anak org lain ke London.
hadi tak betul bila kata orang lain tu barua dan broker.

akhir kalam, firman Allah swt yg sesuai utk bahlol yg wala tak bertempat:

"Ya Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah mentaati pemimpin–pemimpin dan pembesar-pembesar kami lalu mereka menyesatkan kami dari jalan (yang benar). Ya Tuhan kami, timpakanlah kepada mereka azab dua kali lipat dan kutuklah mereka dengan kutukan yang besar." (QS Al Ahzab[33]:67-68)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...