GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Thursday, March 19, 2015

Ada apa disebalik sokongan Umno?

 PAS Kelantan percaya mereka mempunyai cukup sokongan di Parlimen dan hanya memerlukan majoriti mudah untuk melaksanakan hudud di negeri berkenaan dengan meminda akta berhubung mahkamah syariah dan bukannya Perlembagaan Persekutuan, kata Timbalan Menteri Besar Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

 Rancangan meminda Akta 355 (Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 dengan membentangkan undang-undang persendirian hanya memerlukan sokongan 112 undi daripada 222 ahli Parlimen, mengetepikan cakap-cakap sebelum ini PAS tidak mempunyai cukup sokongan untuk melaksanakan hudud kerana perlu meminda Perlembagaan.

 Meminda Akta Mahkamah Syariah atau Akta 355 juga tidak seharusnya mendatangkan masalah selepas Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 (2015) diluluskan semalam, kata Amar.

 "Rang Undang-Undang itu nanti hanya hendak pinda Akta 355 (Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965. Akta ini hanya memerlukan majoriti mudah, 112 orang saja. Bukan kita nak pinda Perlembagaan. "Kita hanya perlukan majoriti mudah,” katanya kepada The Malaysian Insider.

 Terdapat 126 ahli Parlimen beragama Islam di Dewan Rakyat. PAS mempunyai 21 kerusi, PKR 16, DAP 2 dan Barisan Nasional, 87.

 Ini masih kurang berbanding 148 undi atau dua pertiga yang diperlukan untuk menyokong atau mengubah Perlembagaan tetapi masih mencukupi untuk majoriti mudah walaupun 2 ahli Parlimen Islam DAP tidak bersama.

 Masih belum jelas bagaimana ahli Parlimen Islam PKR akan mengundi dalam isu hudud ini yang bukanlah polisi bersama Pakatan Rakyat (PR).

 Penganalisis dan pemerhati politik sebelum ini berkata tindakan PAS untuk melaksanakan kanun keseksaan Islam di Kelantan akan gagal kerana kekurangan angka, tetapi ia dengan premis Perlembagaan perlu dipinda.

 Amar semalam berkata, kerajaan negeri tidak melihat sebarang halangan untuk melaksanakan hudud jika kesemua ahli Parlimen Islam sepakat menyokong rang undang-undang persendirian yang akan dibentangkan kelak.

 Katanya, hudud yang diperjuangkan Kelantan selama ini bukanlah isu politik maka semua ahli Parlimen Islam perlu melihatnya lebih kepada konteks agama.

 “Saya minta semua wakil rakyat Islam tidak mengira parti supaya bersama-sama dengan kita bila kita bawa rang undang-undang persendirian ke Parlimen. Sebab ini isu agama dan bukan isu politik. Kita pun tidak bermain politik dalam isu ini.

 “Kalau semua wakil rakyat Islam menyokong, selesai masalah. Kita sekarang ada 132 ahli Parlimen Islam tidak kira parti dan kita hanya memerlukan 112 undi saja.

 “Kalau semua berfikir dalam konteks agama, tidak ambil kira parti politik, maka selesai masalah,” katanya ketika ditemui pemberita di perkarangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kota Baru semalam.

 Sementara itu, Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob berkata melalui rang undang-undang persendirian di Parlimen bagi meminda Akta 355 (Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965, kerajaan negeri Kelantan akan dapat melaksanakan undang-undang jenayah syariah sebagaimana yang diharapkan sebelum ini.

 “Bukan (pinda Perlembagaan). Akta 355 Mahkamah Syariah saja. Akta sebelum ini memberi kuasa kepada mahkamah untuk melaksanakan Akta 356.

 “Akta 356 iaitu 3 bulan penjara, denda RM5,000 dan 6 rotan. Itu yang lama maka perlu dipinda Akta 355 barulah kita dapat laksanakan beberapa hukum syariah,” katanya kepada The Malaysian Insider.  Baca lagi  di sini


Komen al-Husseyn:
Saya bersetuju dengan pandangan penganalisis dan pemerhati politik yang berkata tindakan PAS untuk melaksanakan kanun keseksaan Islam di Kelantan akan gagal kerana kekurangan angka.

Nik Amar berkata, tidak ada sebarang halangan untuk melaksanakan hudud jika kesemua ahli Parlimen Islam sepakat menyokong rang undang-undang persendirian yang akan dibentangkan kelak berdasarkan faktor berikut :

1) PAS hanya memerlukan majoriti mudah, 112 orang saja, kata Nik Amar.

2) Terdapat 126 ahli Parlimen beragama Islam di Dewan Rakyat. PAS mempunyai 21 kerusi, PKR 16, DAP 2 dan Barisan Nasional, 87.

Jom kita congak-congak angka diatas itu, apakah PAS akan dapat angka majoriti mudah sebagaimana Nik Amar dakwa itu dengan mengambil kira realiti yang PAS hadapi:

1) DAP 2. Mereka ini tentunya tidak akan sokong. 126-2  =124
2) PKR 16. Mereka juga tidak akan sokong.124-16 = 108

Baki 108 sahaja yang akan menyokong. Mana simple majoriti 112 yang Nik Amar laungkan itu?

Ini belum ambil kira sokongan PAS sendiri. Apakah 2 anggota yang digantung itu akan memberi sokongan? Saya tidak meramalkan apa-apa mengenainya.

Belum lagi diambil kira 87 Umno itu akan bulat-bulat memberi sokongan kerana menurut Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC), Tan Sri Shahrir Samad berkata Umno tidak memberi arahan kepada ahli Parlimennya untuk mengundi atau tidak jika rang undang-undang itu dibentangkan.

Apa pandangan Nik Amar dan konco-konconya? Kita berharap PAS tidak mudah terjebak dengan perangkap Umno. Mereka bukan beri sokongan dengan mudah begitu sahaja kepada PAS tanpa mengharapkan sesuatu sebagai balasan.

Tujuan utama Umno adalah untuk meneruskan kuasa pemerintahannya. Isu hudud ini  besar kemungkinannya akan menyebabkan PR berpecah.

Apakah tidak mungkin PAS telah dibeli oleh Umno supaya menyokong persempadanan semula? Haji Hadi telah menyatakan sokongannya dalam hal ini di sini. Dan ini akan memberi peluang kepada Umno untuk menambah kerusinya pada PRU -14 nanti. PAS untung secupak, tapi akan rugi segantang, ikut kata Khalid Samad di sini. 
Comments
2 Comments

2 comments :

Anonymous said...

Allah lebih tahu niat Kerajaan Kelantan dan UMNO .Jika ia benar niat yg ikhlas semoga Allah
kabulkan hajat mereka.Jika ada yg terlindung dg duniawi harap Allah bayar cash

Anonymous said...

i hep u, u hep mi.

umno sokong hudud kelantan. pas sokong persempadanan semula.

akhir sekali. hudud tak dpt. pakatan berpecah. umno kembali dapat 2/3 majoriti.

t kasih geng kopiah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...