JERUSALEM

JERUSALEM
SOLIDARITI BERSAMA PALESTIN

Saturday, March 28, 2015

Adakah Profesor Khoo Kay Kim cuba putar belitkan sejarah polis?

Kawalan kehormatan di padang Kelab Selangor oleh Polis Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (F.M.S.)
 Pakar sejarah profesor emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim memberitahu Mahkamah Sesyen Butterworth hari ini bahawa ketika serangan komunis di Bukit Kepong, polis berkhidmat untuk Raja-raja dan bukannya di bawah British.

 Khoo, yang merupakan pakar sejarah Malaysia, berkata walaupun pentadbiran Tanah Melayu di bawah British ketika serangan pada tahun 1950 itu, tetapi pemerintahan adalah di bawah Raja-raja.

Beliau berkata pihak British telah menandatangani perjanjian dengan Raja-raja bahawa Tanah Melayu hanya dinaungi British, bukan dijajah dan pemerintahan itu masih kekal kepada Raja.Baca  lagi di sini


Benarkah profesor?

Bahawa polis ketika itu berkhidmat untuk Raja-raja dan bukannya dibawah British?

Untuk maklumat kita semua, ketika itu belum ada lagi pasukan polis sebagaimana yang dinamakan sekarang ini iaitu 'Polis Diraja Malaysia' atau ringkasnya PDRM. Yang ada ialah 'Civil Affair Poluice Force' atau CAPF.
Penyerahan tentera Jepun pada bulan Ogos 1945 telah diikuti dengan pembentukan "British Military Administration" (BMA) untuk mentadbir Tanah Melayu.  
"Civil Affair Police Force" (CAPF) pula telah dibentuk di Tanah Melayu bagi menjalankan tugas-tugas kepolisan. 
H.B. Longworthy telah menjadi ketua pasukan tersebut. Pembentukan pasukan ini dalam bulan September 1945 menandakan satu titik peralihan yang penting dalam sejarah perkembangan institusi polis di Malaya.
Ini merupakan kali pertama satu pasukan polis yang tunggal dengan pentadbiran pusat diwujudkan untuk meliputi seluruh Tanah Melayu . (sila rujuk di sini )

 Untuk menunjukan bukti bahawa pasukan 'Civil Affair Poluice Force' atau CAPF ini adalah dibawah Brirish dan bukan Raja-raja Melayu ialah bagaimana pihak British berkuasa merubah dan membentuk dasar pasukan polis yang ada ketika itu tapa perlu merujuk kepada Raja-raja :
Pada akhir tahun 1945 dan awal 1946 pihak British berusaha menubuhkan perlembagaan"Malayan Union" yang telah dirancangkan di London.
Walaupun terdapat tentangan hebat terhadap rancangan ini yang dianggap sebagai usaha menukarkan kedudukan negeri-negeri Melayu kepada sebuah negara jajahan, rancangan ini dilaksanakan pada 1 April 1946.
 Selaras dengan perkembangan ini, pada tarikh yang sama nama "Civil Affairs Police Force, Malay Peninsula" ditukar kepada Pasukan Polis Malayan Union (Malayan Union Police Force). Kakitangan, dasar dan organisasinya merupakan lanjutan dari apa yang telah diasaskan di bawah CAPE H.B. Longworthy dilantik sebagai Ketua Polis dan timbalannya ialah D.P. MacNamara. (sila rujuk di sini)
  (Nota tambahan : Hanya ketika Sir Henry Gurney menjadi Pesuruhjaya Tinggi British, Pasukan Polis Malayan Union telah ditukarkan namanya kepada Pasukan Polis Persekutuan Tanah Melayu.)

Satu lagi bukti bahawa polis ketika itu adalah dibawah British ialah apabila Jepun datang menyerang dan British cabut lari meninggalkan Malaya, pasukan polis ketika itu dengan sendirinya telah bertukar tuan, iaitu Jepun : 
Pada 9hb Disember 1941, tentera Jepun mendarat di Kelantan dan Terengganu. Kemaraan tentera Jepun tidak dapat dipatahkan malah pasukan polis telah berpecah belah. Kejatuhan Singapura ke tangan Jepun menandakan lenyapnya Pasukan-Pasukan Polis Negeri-Negeri Selat, Negeri-Negeri Melayu Bersekutu clan Negeri-Negeri Tidak Bersekutu.
Pihak Jepun telah mendirikan pentadbiran ketenteraan di Tanah Melayu. Pasukan polis diteruskan berfungsi tetapi digunakan sebagai alat penindasan dalam sistem pemerintahan kuku besi Jepun. (baca lagi di sini)
 Nama Polis Diraja Malaysia atau PDRM ini hanyalah satelah Malaya mencapai kemerdekaannya :
Pada 24 Julai 1958, DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Almarhum Tuanku Abd Rahman Ibni Almarhum Tuanku Muhamad telah berkenan mengurniakan gelaran `Diraja' kepada Pasukan Polis Persekutuan Tanah Melayu. Mulai dari saat itu pasukan polis dikenali dengan nama "Polis Diraja Persekutuan"atau "The Royal Federation of Malayan Police". ( di sini) 
  Sebagai penutupnya, kita tanya Profesor Khoo Kay Kim, apakah tujuan negara kita menyambut 'Hari Kemerdekaan' puluhan tahun ini? Negara telah menghabiskan berjuta-juta ringgit hanya untuk rakyat tengok permainan bunga api?
Comments
3 Comments

3 comments :

C++ said...

Bhai Al Husseyn...

Gua tak terkejut ngan Khoo Kay Kim.... walau pun dulu dier nih pernah mengajar gua....

Cari makan la bhai.... lu bukan tak tau... sejarah ditulis oleh orang yang menang.... Hahaha

Anonymous said...

Amat tidak disangka profesor ganyut ini ingin melalui liku-liku hitam dalam pengakhiran hayatnya. Jika Malaysia atau Tanah Melayu tidak pernah dijajah maka perundangan Lord Reid itu boleh dicampak buang dan Malaysia tidak perlu patuh atau merujuk kpd Common Law Britain. Dan lagi, Malaysia sepatutnya tidak perlu menjadi anggota negara commonwealth! Apalah punya bodoh profesor nih??? Apakah dia fikir hanya dia seorang sahaja yg tahu mengenai sejarah tanah air? Jika pihak inggeris tidak meletakkan syarat supaya Tanah Melayu mestilah menerima pendatang cina dan india untuk mendapat kemerdekaan, agaknya di manakah kamu sekarang ini profesor kangkung?

Anonymous said...

Jika xkorner manakan nak dapat emeritus...kena jaga ketua dia yang makan kangkung...akhir2 dia pun jadi lu faham la sendiri...kata orang utara bodoh piang.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...