JERUSALEM

JERUSALEM
SOLIDARITI BERSAMA PALESTIN

Sunday, March 01, 2015

Adakah Tuan Hj Hadi sudah sedia mengundur diri?

Nostalgia : Masjid Rusila 1982
 Tuan Guru Haji Hadi yang dihormat, 

 Saya hanyalah seorang ahli PAS yg kerdil. Sewaktu saya bertugas dan tinggal di Dungun di sekitar akhir 70-an dahulu, saya sering berulang ke Rusila dengan motor kapcai selepas subuh, setiap Jumaat untuk mengikuti pengajian tafsir yg tuan sampaikan.  Saya adalah antara ratusan yang hadir dan sangat mengkagumi ilmu tuan. Tidak siapa yang dapat menafikan kewibawaan tuan mengenainya.

Dulu-dulu tuan sering sampaikan hadis ini kepada kami melaui ceramah-ceramah tuan dan juga pengajian.
  “Orang-orang biasa bertanya kepada Rasulullah SAW tentang kebaikan sementara aku biasa bertanya kepada beliau tentang keburukan karena bimbang jangan-jangan aku terkena keburukan itu. 
Maka aku bertanya, “Wahai Rasulullah, dahulu kami dalam masa jahiliah dan keburukan, lantas Allah datang dengan membawa kebaikan ini, maka apakah setelah kebaikan ini akan ada keburukan lagi?”
 Nabi menjawab, “Ya.” 
 Saya bertanya, “Apakah sesudah keburukan itu akan ada kebaikan lagi?” 
 Beliau menjawab, “Ya, tapi ketika itu sudah ada kabut.” 
 Saya bertanya, “Apa yang anda maksud dengan kabut itu?” 
 Beliau menjawab, “Adanya satu kaum yang memberikan petunjuk dengan selain petunjuk yang aku bawa. Engkau kenal mereka namun pada saat yang sama engkau juga mengingkarinya.” 
 Saya bertanya, “Adakah setelah kebaikan itu akan ada keburukan lagi?” 
 Nabi menjawab, “Ya, yaitu adanya da’ie-da’ie yang menyeru menuju pintu jahannam. Siapa yang memenuhi seruan mereka, niscaya mereka akan menghempaskan orang itu ke dalam jahannam.” 
 Aku bertanya, “Wahai Rasulullah, tolong beritahukanlah kami tentang ciri-ciri mereka!” 
 Nabi menjawab, “Mereka memiliki kulit seperti kulit kita, juga berbicara dengan bahasa kita.” 
 Saya bertanya, “Lantas apa yang anda perintahkan kepada kami ketika kami menemui hari-hari seperti itu?” 
 Nabi menjawab, “Hendaklah kamu selalu bersama jamaah kaum muslimin dan imam (pemimpin) mereka!” 
 Aku bertanya, “Kalau pada waktu itu tidak ada jamaah kaum muslimin dan imam bagaimana?” 
 Nabi menjawab, “Hendaklah kamu jauhi seluruh firqah (kelompok-kelompok) itu, sekalipun kamu menggigit akar-akar pohon hingga kematian meregutmu dalam keadaan kamu tetap seperti itu.” (Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim )
  Lalu tuan nasihatkan kami supaya menjauhi parti atau jemaah yang bukan memperjuangkan Islam, walaupun orang-orangnya memiliki kulit seperti kulit kita, juga berbicara dengan bahasa kita untuk menyelamatkan diri dari murka Allah. 

 Kami ikuti nasihat tuan, kami patuhi kata-kata tuan - lalu kami menjauhi mereka dan menganggap pembawa kabut itu adalah Umno!

 Tuan juga sering membacakan hadis Nabi yg membawa maksud : 
Bukan dari kalangan kami , sesiapa yang menyeru kepada ‘asobiyyah, Bukan dari kalangan kami, sesiapa yang berjuang atas semangat ‘asobiyyah, Bukan dari kalangan kami mereka yang terbunuh kerana asobiyyah.
 Kemudian tuan jelaskan kepada kami, Umno adalah parti Kebangsaan Melayu yang hanya memperjuangkan ‘asobiyyah Melayu.

 Lalu kami turuti nasihat tuan itu. Kami patuhi kata-kata tuan sebab kami takut mati sebagai jahiliah. Kami takut Nabi tidak akan terima kami nanti. Kami menganggap, bahawa mereka yang menyeru, berjuang dan sanggup mati kerana asobiyyah itu adalah Umno; tidak akan diterima oleh Nabi...

 Tapi semua itu kini sudah berubah. Setelah kami semua turuti nasihat tuan dengan memusuhi dan membenci Umno, Tuan sendiri telah berubah melalui kata-kata tuan sewaktu di wawancara yang disiarkan dalam akhbar Harakah pada bil 1514, 15-18 Februari 2010 di muka surat N10 yang bertajuk: 


 'Tiada percanggahan dengan MB Kelantan - Presiden PAS'. 
 Soalan: Dahulunya, PAS pernah kata Umno kafir. Dalam isu penyatuan ini macam mana hendak betulkan keadaannya? 
 Jawapan tuan: ………..Apa yang berlaku ialah anjakan paradigma dalam Umno sendiri yang tidak lagi mengatakan politik suku agama suku. Dan tidak lagi menghina hukum-hukum Islam, tidak ada lagi budaya dalam Umno. Ini kejayaan yang dapat kita (PAS) laksanakan. Ini kejayaan dakwah yang kita (PAS) sampaikan bagi menyedarkan umat kita, bangsa kita dalam perkara (batas iman dan kufur) ini. Sepatutnya, kita tidak boleh bertelingkah dalam masalah ini dan PAS sendiri pernah minta diadakan muzakarah secara ilmu. 
 Ada sesetengah bercakap seolah-olah tuan meludah ke langit dengan merujuk kepada Amanat Hadi 1981.

 Pendirian boleh berubah-ubah mengikut masa dan waktu. Tetapi prinsip menegakkan kebenaran dan apa yang haq tetap berkekalan sehingga akhir hayat. Saya hanya kesedihan bila mengenangkan Tragedi Memali...alfateha untuk as-Syahid Ibrahim Libiya dan rakan-rakan yang terkorban kerana teguh mempertahankan prinsip dalam menegakan kebenaran dan yang haq!

 Memang saya pemah mengkagumi dan menyanjungi tuan tetapi tidak kerana membuta-tuli sehingga menafikan langsung kelemahan tuan sebagai manusia biasa.  

  Apakah saya tidak boleh berubah sikap terhadap tuan? Waima tuan sendiri telah jauh berubah. Tuan adalah umpama seorang bapa yang harus bertindak adil tanpa memihak kepada sesiapa melainkan kepada kebenaran yang hakiki.Namun tuan gagal bertindak wajar dalam menangani kemelut dalaman parti.        
Apakah Hj Hadi turut merestui demo ini?
 Demo pemuda di hadapan pejabat Agong PAS pada 8 Februari yang lalu adalah diluar adab kesopanan sebagai sebuah jemaah Islami. Tetapi tuan hanya berjalan dicelah-celah pendemo tanpa ambil peduli apa yang sedang berlaku.
 Mustahil tuan Haji Hadi tidak nampak slogan-slogan
fitnah keji yang menghina pimpinan parti sendiri.
 Tuan Hj Hadi, 

 Multaqa’ Ulama yang baru lalu, penuh dengan lontaran fitnah sesama jemaah dengan mengeluarkan pelbagai gelaran kepada mereka yang berbeza pendapat. Bukan berbeza dari segi hukum hakam agama, tetapi berbeza pendapat dari segi percaturan, strategi, dan pendekatan politik yang tetap berada pada landasan Syariat. 

 Dari Timbalan Presiden PAS, hinggakan semua AJK PAS Pusat diserang bertubi-tubi bukan sahaja dalam blog, FB, dan ruang siber tanpa sempadan tetapi juga dalam program-program anjuran Dewan Ulama dan juga Lajnah Tarbiyah Pemuda!


 Maka lahirlah label-label Munafiq Haraki, Islam liberal, Jebon, Anti Ulama, malahan Syetan dan ugutan seperti akan ditelan oleh harimau dan babi – semua ini adalah mentakfirkan sesame ahli jemaah. 

Malah tuan turut melabel anak buah sendiri sebagai penghkhianat, broker dan barua! Seolah-olah mereka ini tiada pegangan akidah Islam.Ini amat memualkan kerana datangnya dari kalangan yang mengaku sebagai ulama’. Adakah ini kerja-kerja amal Islami?

 Ini semua adalah rentetan tindakan pemuda yang menghina Timbalan Presiden PAS, Tn Hj Mohamad Sabu dengan keluar untuk ‘kencing’ beramai-ramai dan juga do’a laknat yang diungkap untuk mereka yang tidak sehaluan pendapat.

 Dan kemuncaknya telah dijadikan sebagai isu pertembungan Ulama dan Professional dalam PAS.

 Tuan Hj Hadi, 

Kita telah lihat bagaimana pertembungan pendapat berlaku dikalangan pemimpin Umno sesame sendiri. Mahathir mengkritik PM Najib dengan begitu hebat dan lantang sekali. Namun mereka tidak pula gelar menggelar. Najib dan lain-lain pemimpin Umno tidak pula suruh Mahathir keluar parti!

 Berbeza sekali dengan apa yang berlaku dalam PAS hari ini yang begitu celupar dengan label-label hodoh. Malah ada yang menyuruh mereka yang tidak sependapat supaya keluar parti.

 Sikap gelar menggelar oleh sekawan Dewan Ulama' (Multaqa' Ulama) dan beberapa kalangan Pemuda PAS (Geng Demo dan Geng Kencing Berjemaah) adalah menggambar sikap taksub atau fanatik melampau hingga melahirkan sikap sombong, bongkak, ego dan bangga terhadap diri dan kumpulan sendiri. Dari Timbalan Presiden PAS, hinggakan semua AJK PAS Pusat diserang bertubi-tubi dalam blog, FB, dan ruang siber tanpa sempadan

 Bukankan taksub dan fanatik melampau itu jelas bertentangan dengan Islam. Bukankah Islam telah mengingatkan kita supaya sederhana dalam melakukan apa saja. Jangan sampai berlebihan.


 PAS bukan hanya telah menggantikan kelaku buruk Umno! Malah lebih buruk dari Umno kerana PAS melakukannya atas nama Islam! Kesemua kemelut ini hanya membuktikan kelemahan pimpinan tuan telah gagal membendung barah yang semakin parah. 

  Maka ini saya menyeru agar tuan mengundurkan diri demi kebaikan PAS. Lagi pun telah lama tuan telah berura-ura untuk mengundurkan diri dari terlibat aktif dalam parti. Memandangkan tahap kesihatan tuan sendiri yang agak tidak mengizinkan, maka elok sangat sekiranya tuan menolak segala pencalonan untuk tuan mempertahankan jawatan Presiden. Berilah laluan kepada yang lain. Berundurlah tuan dengan cara terhormat....
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...