GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Tuesday, March 24, 2015

Anwar diarah keluar...

 Bukan Anwar, tetapi lima pegawai Penjara Sungai Buloh yang mengiringi Anwar Ibrahim hari ini diarahkan keluar mahkamah kerana membawa senjata api.

 Hakim Mahkamah Rayuan Syariah, Datuk Muhammad Ibrahim mengarahkan pegawai penjara keluar selepas mendapat bantahan wakil peguam Anwar, Dr Mohd Rafie Mohd Shafie atas alasan senjata api melanggar etika mahkamah.

 Katanya, sudah ada lima pegawai polis dalam mahkamah yang bersedia menjaga keselamatan dalam mahkamah dan kehadiran pegawai penjara tidak diperlukan.

 Anwar masuk ke mahkamah kira-kira 10.15 pagi tadi, berbaju kemeja berbelang biru dan kelihatan cengkung dan susut berat badan.

 Beliau bagaimanapun masih sempat melemparkan senyuman ke arah wartawan dan menegur cucunya, Raja Safiyah Raja Ah‎mad Shahrir, sebelum prosiding kes bermula.

 Mahkamah Rayuan Syariah hari ini mendengar rayuan Anwar menggugurkan peguam, Datuk Zainul‎ Rijal Abu Bakar yang mewakili Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Ketua Pendakwa Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (Jawi) Shamsuddin Hussain dan bekas pengarah Jawi, Datuk Che Mat Ali, berkaitan kes qazaf terhadap Mohd Saiful Bukhari Azlan. – 24 Mac, 2015. - sumber

 Sementara itu The Star Online melaporkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah menetapkan Jumaat ini untuk mendengar permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mendapatkan kebenaran untuk mencabar keputusan sekatan keatasnya dari menghadiri Parlimen.
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...