GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Saturday, March 14, 2015

Audit 1MDB saja tidak cukup, polis kena siasat, kata Dr Mahathir

Siasatan forensik polis perlu dilakukan terhadap 1Malaysia
Development Berhad, bukan sekadar audit biasa saja,
kata bekas PM Tun Dr Mahathir Mohamad.
Siasatan forensik polis perlu dilakukan terhadap mereka yang terlibat dalam tuduhan berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kerana audit biasa saja tidak mencukupi, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

 Bekas perdana menteri itu berkata audit yang ingin dilakukan ketua audit negara itu tidak mencukupi kerana tidak dapat membongkar apa yang berlaku dalam syarikat pelaburan strategik itu.

 "Yang diperlukan bukan audit biasa buku akaun. Yang diperlukan ialah siasatan forensik polis akan tuduhan yang dibuat terhadap beberapa orang yang terlibat dengan pengurusan wang 1MDB," katanya menerusi kiriman terbaru di blognya www.chedet.cc hari ini.

 Beliau berkata jika ini tidak dilakukan segera, sokongan kepada Barisan Nasional (BN) akan bertambah rendah.

"Besar kemungkinan BN akan kalah pada 2018, walaupun ketua-ketua Umno sokong dan terima dengan puas hati penerangan yang dibuat. Ingatlah undi orang Umno saja tidak cukup untuk menang pilihan raya," katanya.

 Dr Mahathir berkata melantik ketua audit negara menyemak akaun 1MDB tidak akan memberi banyak jawapan kepada persoalan yang diajukan rakyat. 


 “Ulasan semua tuduhan adalah fitnah tidak mencukupi. Mereka yang mendakwa ada penyelewengan dalam pengurusan 1MDB berani membuat kenyataan terhadap kerajaan dan individu tertentu walaupun terdedah kepada tindakan saman malu.

 “1MDB bukan buat hutang biasa seperti kerajaan yang biasanya berjumlah hanya ratusan juta saja. 1MDB sudah hutang berbilion ringgit. Walaupun 1MDB bukan kerajaan tetapi ia badan yang ditubuhkan dan dimiliki oleh kerajaan sepenuhnya dengan modal sebanyak RM1 juta.

 “Oleh itu kerajaan tidak boleh dakwa ini masalah syarikat dan bukan masalah kerajaan,” katanya.- baca lagi di sini
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...