GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Sunday, March 08, 2015

Audit Forensik 1MBD : Anggota kabinet kelas ayam dan ekonomi kangkung tolak saranan Muhyiddin Yassin

 
Ketua Juruaudit Negara perlu diberi kuasa khas atau beliau sendiri berani 
mengambil inisiatif melakukan “forensic auditing - A Kadir Yassin
Gesaan Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin mahu audit forensik dilakukan ke atas 1MDB sejak penubuhannya (pada tahun 2009) dan Jawatankuasa Akaun Awam Parlimen (PAC) menyiasat 1MBD serta-merta tanpa menunggu laporan, nampaknya tidak mendapat reaksi yang  positif dari mereka yang disifatkan oleh A Kadir Yassin sebagai "
anggota kabinet kelas ayam dan ekonomi kangkung!"

Namun begitu, Pengerusi PAC Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata hanya akan memulakan prosiding syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) selepas mendapat Laporan Ketua Audit Negara yang melakukan pengauditan terhadap syarikat berkenaan selaras dengan pengasingan kuasa yang diamalkan sistem demokrasi raja berperlembagaan di negara ini. Baca di sini

Sementalahan pula Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek berkata SSM telah menganalisis penyata kewangan berauditnya bagi tahun 2010-2014 1MDB yang diserahsimpan dengan SSM.

 "Sehingga hari ini, tiada pelaporan oleh juruaudit 1MDB kepada SSM di bawah Seksyen 174 (8A) Akta Syarikat berhubung kesalahan serius seperti 'penipuan dan penyelewengan' ditemui sewaktu proses audit dijalankan terhadap 1MDB," katanya di sini 

 Saya ingin menarik perhatian Datuk Nur Jazlan dan juga Hasan Malek kepada tulisan A Kadir Yassin dalam blognya sebelum ini yang menyatakan: 

“Pemimpin Umno janganlah sangka semua Melayu “bangang” dalam hal ekonomi dan perniagaan maka boleh diperkotak-katikkan.

 “Sekadar anggota kabinet kelas ayam dan ekonomi kangkung, saya rasa adalah amat sukar bagi Umno kembali meyakinkan majoriti orang Melayu dan mengembalikan keyakinan orang bukan Melayu untuk menyokong Umno dan Barisan Nasional.

 Umumnya, pengkritik dan penganalisis bukan sekadar mempertikaikan akaun 1MDB. Mereka juga mengkritik dan menganalisis perkara-perkara yang tidak dijelaskan dalam laporan dan akaunnya – mungkin atas alasan rahsia perniagaan.

 Antara yang dipersoalkan adalah hutang-piutangnya yang sangat besar (melebihi RM40 bilion), pengaliran modal, pembelian aset yang melebihi harga pasaran, pembawakeluaran modal untuk dilaburkan di Cayman Islands, kesukarannya membayar balik hutang kepada bank-bank tempatan, dakwaan pembabitan “billionaire” T Ananda Krishnan menyelesaikan hutangnya dan paksaan ke atas syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) memberi pinjaman kepada 1MDB dengan membeli bon/sukuk yang dikeluarkannya dan pembabitan pihak-pihak misteri seperti Jho Low dan PetroSaudi.”

 Kadir turut menyatakan, "Kalau tugas Ketua Juruaudit Negara sekadar “verify” (mengesahkan) akaun lMDB, ia tidak lebih daripada “rubber stamp”. Tetapi sekiranya KJN diberi kuasa khas atau beliau sendiri berani mengambil inisiatif melakukan “forensic auditing” barulah ada harapan kita menjejaki “money trail” untuk mengetahui siapa buat apa dan dapat apa. Baca lagi di sini
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...