JERUSALEM

JERUSALEM
SOLIDARITI BERSAMA PALESTIN

Wednesday, March 11, 2015

Berita yang buat PM Najib tersentap

Terpulang kepada rakyat untuk memberitahu kerajaan mereka tidak akan dipilih semula sebagai parti pemerintah jika lebih banyak cukai dikenakan, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, hari ini.

 Merujuk kepada pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) bulan depan, Dr Mahathir berkata jika kenaikan harga ubat-ubatan membebankan rakyat, mereka harus memaklumkannya kepada kerajaan.

 "Ia adalah hak rakyat untuk bertindak balas. Jika ini beban kepada mereka, mereka boleh memberitahu kerajaan... 'jangan tambah apa-apa cukai lagi'," katanya pada sidang media di Serdang, hari ini.

 "Jika anda mengenakan cukai, kita tidak akan undi anda lagi", katanya.

 Bekas perdana menteri yang lantang itu berkata demikian mengulas kenyataan tidak semua ubat-ubatan, termasuk yang penting, akan dikecualikan daripada GST.

 “Hanya ubat-ubatan di bawah National Essential Drug List saja tidak dikenakan cukai,” katanya. – 11 Mac, 2015. -SUMBER
Comments
1 Comments

1 comment :

Anonymous said...

aku setuju cakap dia dlm hal ni tp yg dia kenakan cukai(tol) gila2 utk guna lebuhraya dia buat lupa. sama saja perangai tokey umno cuma melayu mudah lupa

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...