GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Wednesday, March 18, 2015

Bukti Bukan Konspirasi : Pencalonan pelbagai calon presiden menunjukkan kekecewaan di dalam parti itu

Lembu dipegang pada talinya, manusia
dipegang pada kata-katanya...
  Sentimen “Asal Bukan Hadi” dilihat mendapat momentum di kalangan pemimpin akar umbi PAS selepas beberapa kawasan menamakan calon lain untuk mencabar penyandang Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam pemilihan parti pada Jun.

  Bercanggah dengan dakwaan “konspirasi” untuk menjatuhkan presiden PAS itu, penganalisis Ibrahim Suffian mengatakan trend terbaru ini lahir kerana kekecewaan terhadap kepimpinan parti Islam itu pada hari ini.

 “Saya tidak fikir terdapat konspirasi tetapi hanya kekecewaan yang semakin berkembang. Jadi secara semula jadi, orang akan mula bercakap tentangnya dan cuba memintanya meletakkan jawatan atau memaksanya mengubah gaya kepimpinan,” kata pengarah Merdeka Center itu kepada The Malaysian Insider.

“Perkembangan di peringkat akar umbi seperti peletakan jawatan beramai-ramai PAS kawasan Batu, pencalonan pelbagai calon sebagai presiden menunjukkan kekecewaan di dalam parti itu,” katanya. 

 Fakta 4 PAS kawasan mencalonkan pelbagai individu sebagai calon presiden menunjukkan kekecewaan umum berbanding pergerakan tersusun satu kumpulan untuk menggantikannya dengan seorang calon mereka, kata Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah.

  Yang dipertua PAS Kota Baru itu berkata, jika kumpulan anti Hadi berkonspirasi menjatuhkan presiden, sudah tentu mereka hanya akan menamakan seorang calon untuk melawannya.

 Sebaliknya PAS Kota Baru mencalonkan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Kota Tinggi dan Batu Sapi mencalonkan Datuk Husam Musa manakala Shah Alam pula cuba mencalonkan Ahmad Awang, tetapi hanya kalah 6 undi.

 "Ini membuktikan kami tidak ada penyelarasan, tiada perancangan, tidak ada mesyuarat sulit atau konspirasi untuk menjatuhkan presiden.

 "Yang ada hanyalah kesepakatan kepimpinan perlu berubah untuk menghadapi suasana semasa," kata Wan Abdul Rahim yang memulakan langkah dengan menamakan Tuan Ibrahim apabila PAS Kota Baru bermesyuarat baru-baru ini.

 Timbalan pengarah pilihan raya PAS itu berata, 85% pengundi bukan Islam menyokong mereka semasa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu, tetapi selepas 2 tahun, kepimpinan parti Islam itu berjaya menghilangkan separuh daripada sokongan tersebut.

 Wan Abdul Rahim berkata, mengikut kajian terbaru hanya tinggal 38% saja bukan Islam yang menyokong PAS.

 "Senario ini bukan khayalan tetapi realiti. Ini bermakna PAS di Johor akan kembali ke status quo asalnya tanpa sebarang kerusi manakala 15 kerusi yang dimenangi PAS di Selangor tidak selamat lagi," katanya.

 Walaupun 3 daripada 4 PAS kawasan sudah mengadakan mesyuarat agung dan menamakan calon lain sebagai presiden, masih banyak lagi kawasan yang belum mesyuarat menjelang muktamar pada Jun.9

 Mereka mempunyai masa sehingga 21 April 2015 untuk bermesyuarat dan membuat keputusan siapakah calon presiden pilihan mereka.

 Ibrahim berkata, walaupun 4 PAS kawasan tersebut tidak dilihat terkoordinasi untuk melakukan perubahan kepimpinan, keadaan ini mungkin akan berubah.

 “Buat masa sekarang mereka tidak kelihatan terkoordinasi, tetapi sebab terdapatnya 3 bulan lagi dan lebih banyak pencalonan akan dilakukan, mereka mungkin duduk bersama dan mencapai konsensus tentang siapa yang mereka rasakan layak untuk mencabar Hadi,” kata Ibrahim.

 Bagaimanapun, Ibrahim berkata Hadi bukanlah calon yang mudah dikalahkan dalam pemilihan PAS dan parti itu mungkin berharap beliau akan meletakkan jawatan daripada membiarkan pertandingan berlaku dan memecah belah parti.

Buat masa ini, PAS sudah mencipta sejarah: buat pertama kalinya, calon lain layak untuk mencabar Hadi selepas naib presiden Husam mendapat dua pencalonan untuk bertanding jawatan tertinggi parti itu.

 Husam pernah dicalonkan pada 2011 untuk jawatan itu daripada PAS kawasan Bukit Bintang tetapi terus menolaknya dan tidak menerima pencalonan seterusnya.

 Menjelang muktamar 2013 lalu, PAS Padang Serai di Kedah cuba mencalonkan yang dipertua mereka untuk mencabar Hadi, namun hanya mendapat 1 pencalonan saja dan tidak layak bertanding.

 Kerusi presiden PAS tidak pernah dicabar sejak zaman kepimpinan Yusof Rawa dan tiada calon yang pernah mendapat cukup pencalonan untuk mencabar presiden sedia ada. – 18 Mac, 2015.~ sumber
Comments
1 Comments

1 comment :

Anonymous said...

Islam itu-CAHAYA

Islam itu CAHAYA yg maha7TERANG

Nabi SAW dtg bawa CAHAYA-Amanah-INTEGRITY

Nabi SAW bawa CAHAYA-Suci-TRANSPERENCY

Sebelum "HUDUD"..

Sblum hudud dilaksanakan nabi SAW tlh mnyuloh CAHAYA yg maha7TERANG kdlm setiap jasad dan HATI shbt2nya terlebih dahulu dgn CAHAYA yg bnar7 sbnr7TERANG!

CAHAYA itu tiada seorg shbt pon merasa walau sedikit pon CURIGA & SANGSI kecuali munafiq yg suka smbunyi2 yg ber'UG dgn Yahudi serta "ularrrMAK2" dari kalangan ahlulKitab Yahudi & Nasrani yg sgt2-PRASAN sbg ulamak-istimewa mulia lg SUCI..

TETAPI kini

Bagi puak2 yg PRASAN-ulamak dan dah pon mnjd ularrrMAK itu, mrk TAK sabar2 TAK sempat2 serta terjerit2...hatta melolong & MERAUNG2 nak kan hudud hudud HUDUD!

Mana priority-CAHAYA mrk?
Mana CAHAYA-amanah-INTEGRITY mrk?
Mana CAHAYA-suci-TRANSPERENCY mrk ini??

Coba suloh seterang7CAHAYA-Audit-ygTERANG kdlm HARTA akaun-DUIT-saham-ESOS-balak-PROXY-velFire-BMW-Cooper serta projek-TANAH-Kerinchi-sentral'PARK dimana & dgn SIAPA "mudah2" mrk-REMBAT duit rakyat?!

CAHAYA
Islam-CAHAYA-Kbnaran
Islam adalah smutlak7CAHAYA-Kbnaran!

Coba suloh dgn sterang7CAHAYA knapa buat-FITNAH?

Suloh sterang7CAHAYA nape buat-FITNAH dekat hari mngundi?

Sulohkan CAHAYA nape KHIANAT dKota Dsara dhari mngundi?

CAHAYA-Islam
CAHAYA-Islam itu maha7LURUS
CAHAYA-Islam itu lg maha7TERANG

HUDUD apakah yg mrk lolong-RAUNG2kan itu?

Adakah masih sangsi-dan-RAGU lg sapekah gerangan sbnr2nya mrk itu didepan mata kita SEKARANG slps bnar2 mndpt sulohan CAHAYA-unvrsal-ISLAM-azali yg maha7SUCI lg maha7TERANG sekali drp TUHAN!?

Lawan kpd CAHAYA ygTERANG adalah GELAP

FITNAH itu GELAP krn RASUAH/songlap








LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...