JERUSALEM

JERUSALEM
SOLIDARITI BERSAMA PALESTIN

Thursday, March 05, 2015

Dua ekoq syetan serang Dr Dzulkefli .....

  Benarlah sebagaimana yang di nyatakan oleh perwakilan Dewan Ulama PAS Kedah, Mohamad Fauzi Hussin sewaktu Multaqa Ulama' pada 21 Februari lepas, yang mengecam kewujudan golongan pengkhianat yang tidak taat atau wala’ 

 "Dalam konteks kita berjemaah, kalau dalam masjid ada syaitan, maka dalam jemaah ini (PAS) berapa banyak syaitan yang wujud..." 

  Bukan maksud saya untuk bersetuju adanya syetan dalam PAS. Syaitan tidak berani nak bertembung dengan Saidina Omar yang seorang; apatah lagi nak mai dekat untuk bertembung dengan ramai ulama dan ustaz haraki dalam PAS!

 Yang ayat dia kata : "dalam masjid ada syaitan" itu adalah benar. Subuh tadi, dua ekoq syetan telah menyerang Dr Dzulkefli Ahmad....laporannya :
Selepas insiden kereta AJK PAS Pusat, Dr. Mohd Hatta Ramli cuba dibakar oleh pihak tertentu, pagi ini, seorang lagi AJK PAS Pusat, Dr.Dzulkefli Ahmad pula menerima nasibnya apabila beliau telah dipukul dengan kayu oleh dua orang yang memakai helmet selepas solat Subuh. 
  Sahabat baiknya Datuk Kamarudin Jaffar yang mengesahkan kejadian tersebut berkata, Dzulkefly ketika ini sedang membuat laporan polis dan akan mendapatkan rawatan selepas ini. 
   Kesan kejadian itu, ahli jawatankuasa (AJK) PAS Pusat itu mengalami pecah di bibir dan bengkak di kepalanya. 
  Di dalam kejadian tersebut, Dr.Dzul dikatakan telah didatangi oleh lelaki berkenaan dan berkata "mengapa kurang ajar sangat?" lalu memukulnya di bahagian muka.
  Dr Dzul kini berada di balai polis untuk membuat laporan. Beliau bagaimana pun meminta ahli-ahli PAS tidak membuat apa-apa spekulasi mengenai kejadian berkenaan.

  Serangan berkenaan dipercayai berlaku ekoran kenyataan di dalam sebuah portal di mana Dr Dzul menjelaskan beliau bukan tidak menghormati ulama, tetapi sudah hilang hormat kepada pihak yang menggelar diri ulama tetapi memaki hamun sesama sendiri, apatah lagi sesama jemaah Islam. Baca lagi di sini
Comments
4 Comments

4 comments :

Anonymous said...

hanya satu nasihat hasil tarbiyah alamak pas

Anonymous said...

Entah2 syaitan umno dgn syaitan sb buat kerja simbah petrol atas puntung bara. Siapa paling beruntung jika kedua2 pihak bergaduh besar?

Anonymous said...

Jangan gelojoh sangat hussin...2 ekor itu boleh jadi ahli umno dan kau pula jangan cuba jadi syetan dengan menggambarkan seolah olah ulama pas lagi hebat dari saidina umar...nk sindir pun jgn sampai mempermainkan sahabat nabi wahai orang tua yg tolol...ingat pesan ku ini...jgn cuba bermain dengan api neraka wahai hussin petualang perjuangan...

5sal said...

kalu dula tak dak benda2 dan perkara2 yang 'anih dan pelik' berlaku dalam pas,tapi sekarang dah berlaku,bakaq kereta dr hatta dah terbaru pukoi dan tumbuk dr zul dan akan datang esok akan kena bunuh pula.walaupun saya bersangka baik bahawa geng UG tak sampai ketahap tu,tapi mungkin ada dikalangan penyokong2 yang wala' pada golongan ulama(UG/GU)akan bertepuk tangan sebab dr zul pernah mencabar ustaz haraki berdialog dah memdapat 'balasan'.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...