JERUSALEM

JERUSALEM
SOLIDARITI BERSAMA PALESTIN

Monday, March 09, 2015

Forum 'Ke mana PAS tanpa Nik Aziz?'

Selepas tokoh utama PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggal dunia bulan lalu, ke manakah arah parti itu, yang kini dilanda pergolakan dalaman paling serius.

 Bekas menteri besar itu sebelumnya pernah dengan jelas mendukung kerjasama PAS dengan Pakatan Rakyat, termasuk cubaan Datuk Seri Anwar Ibrahim menumbangkan BN dalam projek '16 September' 2008.

 Namun dalam krisis Selangor, sewaktu kesihatannya sering terganggu, kenyataan Nik Aziz dilihat tidak sejalan dengan pendekatan Anwar dalam menukar menteri besar.

 Selain pernah dilihat dekat dengan Anwar, yang kini dipenjara selama lima tahun, Nik Aziz juga dikatakan mempunyai kelicikan berpolitik yang lebih tinggi berbanding beberapa pemimpin kanan lain.

 Nik Aziz juga lantang mengkritik Umno, sekali gus membayangkan beliau tidak bersetuju dengan sebarang usaha sama dengan parti Melayu itu -- dakwaan yang dilemparkan oleh mereka yang menentang idea "kerajaan perpaduan"

 Sebagai warisan pentadbirannya di Kelantan, isu hudud dijangka akan dibahaskan. Negeri itu akan membentangkan pindaan enakmen hudud minggu depan.

 Malaysiakini cuba meneroka senario dalam PAS, menjelang pemilihan parti itu Jun ini, setelah perginya mursyidul am PAS yang disegani ramai ini. 

 Perbahasan isu-isu tersebut akan disampaikan melalui forum 'Ke mana PAS tanpa Tuan Guru Nik Aziz?' pada malam Khamis ini.

 Ia akan disertai tiga tokoh utama dalam PAS: ketua Pemudanya Suhaizan Kaiat, peguam dan ahli parlimen Hanipa Maidin, dan wakil rakyat Saari Sungib yang kini digantung keahliannya.

 Pembicara-pembicara lain: pengerusi Islamic Renaissance Front (IRF), Dr Ahmad Farouk Musa dan ketua pengarang Malaysiakini, Fathi Aris Omar.

 Forum itu, yang bermula jam 8 malam, akan dimudahcara oleh penolong pengarang Malaysiakini, Jimadie Shah Othman.

 Acara ini sebahagian aktiviti Malaysiakini untuk merancakkan perbahasan isu-isu semasa setelah berpindah ke bangunan barunya di Petaling Jaya tahun lalu.

 Bangunan baru tiga tingkat ini menyediakan ruang diskusi yang boleh memuatkan kira-kira 100 peserta.

 Forum ini dijangka akan disiarkan secara langsung melalui video dan radio dalam talian.

 Untuk menghadiri program ini, alamatnya seperti berikut:

 PJ 51 Business Park
 @Kini, No 9 Jalan 51/205 A, 
Off Jalan Tandang, Petaling Jaya ~ sumber
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...