GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Monday, March 02, 2015

Gulingkan Hj Hadi tidak afdal - at-Takiri

KUALA LUMPUR 27 Feb. - Dewan Ulama Pas tidak berganjak dengan pendirian tegasnya untuk mempertahankan kedudukan Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang daripada digulingkan pada muktamar parti itu Jun nanti.

 Dewan itu bertegas hanya mereka yang fuqaha, faqih serta mujtahid sahaja layak menjadi Presiden Pas. 

 Malah tanpa berselindung, Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali berkata, perbuatan kumpulan tertentu mahu mengguling Abdul Hadi adalah sama seperti cubaan berkempen dari sesuatu yang afdal kepada tidak afdal. - Baca lagi di sini

 Saya tak tahu nak komen apa bila baca kenyataan at-Takiri ini. Terutamanya bila dia kata :

 “Pas diketuai oleh Presiden yang mempunyai kemampuan berijtihad dan faqih yang telah diiktiraf dunia. Keadaan ini meletakkan Pas berada pada landasan yang betul dari sudut kelayakan keutamaan sebagai pemimpin tertingi dalam gerakan Islam,” 

  Bahawa setiap keputusan Parti bukan ditentukan oleh Presiden seorang sahaja. Jadi tidak perlulah adanya kemampuan untuk berijtihad. 

Almarhum TGNA pernah mengingatkan kita semua ketika merujuk kepada kenyataan Tn Hj Hadi berhubung mahu mengadakan kerajaan Uniti dengan Umno/BN - "Presiden ini ketua bagi pertubuhan, dan pertubuhan tidak buat keputusan, itu kenyataan peribadi."


Bahawa konsep syura itu sendiri adalah yang penting dalam jemaah sebagaimana dijelaskan melalui ayat  Al-Syura: 38 : Wa amruhum syura bainahum - dan urusan mereka itu diputuskan dengan syura diantara mereka. Allahu a'lam.
Comments
2 Comments

2 comments :

Anonymous said...

Pergi debat dengan Dr Dzul dulu, baru kita tengok afdal atau tak afdal pendapat kamu ya ahli kubur at-takiri.

sizzly7761 said...

Tidak afdal...makna bukan berdosa! Dengan kata lain boleh @ tak salah! So geng2 lebai yang kecoh dan gabra ni apasal? Takut takde peluang utk dapat pahala menerusi sikap bodek dan ampu ke? Kemonla ....lebai...pertandingan sihat apa takut! Pilih yg terbaik dari yg baik....apade hal?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...