JERUSALEM

JERUSALEM
SOLIDARITI BERSAMA PALESTIN

Friday, March 20, 2015

Hj Hadi akan bentang rang undang-undang persendirian di Parlimen

Benarkah Setiausaha Agong, Mustafa Ali 
tidak tahu mengenainya?
 Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan membentangkan rang undang-undang persendirian di Parlimen pada Mei untuk membenarkan Kelantan pelaksanakan hudud, mengetepikan Pakatan Rakyat (PR).

Hadi menghantar surat kepada Parlimen semalam selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan sebulat suara meluluskan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 (pindaan 2015) atau hukum hudud.

 The Malaysian Insider sudah melihat surat Hadi dan disahkan seorang pemimpin kanan parti yang mengatakan ianya untuk meminda Akta 355 (Mahkamah Syariah) - selama ini mengehadkan bidang kuasa mahkamah dan menjadi penghalang untuk pelaksanaan hudud.

 "Presiden akan membentangkan sendiri rang undang-undang persendirian ini," kata pemimpin berkenaan kepada The Malaysian Insider.

 Bagaimanapun Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali ketika dihubungi mengatakan tidak tahu mengenai surat Hadi.

"Ia tidak ada dalam pengetahuan saya dan saya tidak tahu mengenainya," katanya kepada The Malaysian Insider.

 Akta 355 atau Akta Mahkamah Syariah (Bidang kuasa Jenayah) 1965 yang hanya memberikan kuasa kepada Mahkamah Syariah untuk menjatuhkan hukuman sehingga denda RM3,000, 5 tahun penjara dan 6 kali sebatan.9Pindaan perlu dibuat kepada akta ini bagi membolehkan sebahagian enakmen hudud yang diluluskan DUN Kelantan semalam dilaksanakan.

 Bagaimanapun sekutu PAS PKR dan DAP sudah mengatakan hudud bukan sebahagian daripada pendirian bersama PR.  

 Pemimpin DAP akan bertemu pada Isnin untuk memutuskan kedudukan mereka bersama PR, gabungan ditubuhkan selepas Pilihan Raya Umum 2008 yang menyaksikan Barisan Nasional (BN) kehilangan majoriti tradisi di Dewan Rakyat. ~ Baca lagi di sini
 

  Menurut Nik Amar, meminda Akta 355 (Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 dengan membentangkan undang-undang persendirian hanya memerlukan sokongan 112 undi daripada 222 ahli Parlimen.

  Terdapat 126 ahli Parlimen beragama Islam di Dewan Rakyat. PAS mempunyai 21 kerusi, PKR 16, DAP 2 dan Barisan Nasional, 87.
Comments
2 Comments

2 comments :

Anonymous said...

Klu NIAT sifakeh2 ulamak itu betul2 JUJUR serta IKHLAS

1) Kenapa diTrgganu yg ada bapak FAKEH yg maksum dgn FITNAH pilkuda serta jd ulamak no.2 paling GLAMOR diunia diam BUTA mmBISU ddlm DUN Trgganu yg 100% adun2 nya melayu Islam?

Adakah Hadi Awang maseh RAGU2 dgn hukum HUDUD dan adakah Hadi Awang dah terang2 mnjd MUNAFIQ tegar yg sengaja suka bermain FITNAH dgn umno serta TIDAK beriman LANGSUNG kpd ALLAH?

Bukankah yg TAK nak kpd HUDUD itu adalah Kafir HARBI & MUNAFIQ?

2) Dinegeri Perlis pon ada yg konon2 digelar "MORSYITTDOL" no.1 yg baru dilantik yg boleh berdialog dgn Jin serta boleh mngambil GELIGA dr dlm mulut BUAYA.

Mungkin ada RIWAYAT nabi SAW ambik GELIGA buaya yg mnjd amalan Haron Din tu gamaknya?

Kenapa Haron Din tak mengajak mufti POPULAR umno Perlis Dr MAZA serta semua Adun2 ddlm DUN Perlis yg 100% melayu Islam itu kpd HUDUD?

Adakah Haron Din yg beriya2 nak sgt HUDUD itu serta Dr MAZA itu juga TIDAK beriman kpd ALLAH dan tergolong sbg MUNAFIQ yg sgt tegar?

3) Mengapa FOKUS hanya kpd Kelantan shj sdangkan Haron Din sbg mulloh FAKEH "MORSYHITTDOL" yg sgt glamor MSU no.1 PAS serta Dr MAZA sbg mufti yg sgt2 MAHSYUR diPerlis diam BISU tanpa PRIORITY kpd HUDUD samaskali?

Begitu juga dgn Hadi Awang yg sgt mesra dgn umno UTUSEX dan TV3 nape langsung TIADA PRIORITY buat HUDUD diTrrgganu slain hanya pandai brmain FITNAH u-turn dolak dalik BELIT auta yg jelas mnjd boneka & BARUA kpd umno semata2!

Siapakah Hadi & Haron Din ini yg sgt SERONOK bermain dgn sentimen smangat melayu ISLAM serta HUDUD tetapi sengaja buat2 BISU & BUTA dinegeri masing2

Apa punya kepala bapak MUNAFIQ mrk 2 org nih!

Anonymous said...

Orang buat fitnah tak kena hukum hudud ke

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...