GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Friday, March 27, 2015

HUDUD LEBIH MUDAH DILAKSANAKAN DI MALAYSIA BILA PAS BERSAMA PAKATAN RAKYAT MENGUASAI PUTRAJAYA SELEPAS PRU KE-14 !!!

Oleh Mohd Suhaimi Aziz 

 PAS perlukan PRESIDEN yang BAHARU dalam pemilihan parti pada tahun ini sebelum menghadapi PRU ke-14!!!! PAS perlukan Presiden yang boleh menyatukan semua ahli PAS, penyokong PAS dan menyatukan semua rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama jika PAS ingin menggantikan umno untuk memerintah Malaysia !!!!

 Kepimpinan PAS yang baharu perlu memahami Fiqh politik dengan realiti politik di Malaysia dalam membawa agenda Islam termasuk perlaksanaan Hukum Hudud. 

Sebenarnya, Enakmen Hukum Hudud 1993 (pindaan 2015) akan lebih mudah dilaksanakan bila PAS bersama Pakatan Rakyat dapat menguasai Putrajaya kerana sebagai Kerajaan Persekutuan, banyak jabatan dan agensi yang berkaitan agama Islam dapat dimanfaatkan oleh PAS untuk membentuk satu Jawatankuasa Induk Hukum Hudud yang akan diwakili oleh ilmuwan Islam dan pakar-pakar perundangan Islam termasuk wakil bukan Islam untuk merangka perlaksanaan dan penerangan kebaikan Hukum Hudud kepada seluruh rakyat Malaysia tanpa gangguan daripada umno/bn yang selama ini menggunakan isu Hudud untuk memecah-belah kesepakatan Pakatan Rakyat dan menakut-nakutkan rakyat terutamanya orang bukan Islam !!!

 Keutamaan yang perlu menjadi agenda PAS dalam melaksanakan Hukum Hudud ialah dengan merangka strategi politik untuk menguasai Putrajaya terlebih dahulu kerana untuk melaksanakan Hukum Hudud mesti mendapat undi 2/3 ahli Dewan Rakyat untuk meminda Perlembagaan Malaysia bagi membenarkan Hukum Hudud dapat dilaksanakan di Negeri Kelantan. 

Bila Pakatan Rakyat dapat menguasai Kerajaan Persekutuan, maka PAS lebih mudah untuk berbincang dengan DAP dan PKR memandangkan Pejabat Peguam Negara, Majlis Fatwa Kebangsaan, JAKIM termasuk semua jabatan berkaitan Islam, PDRM, Jabatan Penjara, Dewan Rakyat dan Dewan Negara adalah dibawah bidang kuasa Pakatan Rakyat. 

Segala tekanan daripada DAP dapat dikurangkan bila mana PAS dapat menggunakan RTM dan media perdana untuk memberikan penerangan secara menyeluruh kepada rakyat Malaysia termasuk orang bukan Islam tentang keadilan Hukum Hudud !!!!

 Di sinilah kebijaksanaan Presiden PAS yang baharu amat diperlukan dalam mendepani realiti politik Malaysia kerana mempercayai umno untuk menyokong melaksanakan Hukum Hudud samalah seperti kita mempercayai “syaitan yang dikenali” untuk menyokong melaksanakan Hukum Hudud sedangkan umno telah berkuasa lebih 57 tahun dan jika umno ikhlas ingin melaksanakan Hukum Hudud, mereka sudah lama boleh laksanakannya sejak negara kita mencapai kemerdekaan. 

Dalam usaha PAS untuk melaksanakan Hukum Hudud, PAS perlu bijak mengatur strategi politik dengan membawa agenda Islam yang merangkumi sistem pemerintahan Islam di mana PAS perlu mengubah kerajaan sediada kepada sebuah Kerajaan Islam yang akan mendapat redha Allah s.wt. dunia dan akhirat kerana pemerintahan Kerajaan Islam akan merangkumi semua sistem perundangan, ekonomi, kewangan, pendidikan, sosial dan lain-lain !!! 

 Hanya melalui kebijaksanaan kepimpinan PAS yang baharu yang akan dapat membawa hala-tuju dan masa depan PAS dalam merangka strategi politik PAS yang “genius” dalam menghadapi realiti politik di Malaysia di mana PAS tidak boleh bergerak secara bersendirian sebaliknya perlu terus memperkukuhkan Pakatan Rakyat bersama rakan-rakan PKR dan DAP sebagai satu wadah politik baru untuk menggantikan Barisan Nasional yang telah sampai penghujung usianya !!!!! 

 PAS FOR ALL !!!

Comments
8 Comments

8 comments :

Anonymous said...

PAS pergi berdating bersama UMNO walaupun jenuh dinasihatkan oleh teman-temannya, kerana mereka tahu bahawa UMNO adalah musuh yg amat nyata tetapi PAS tetap juga dgn kedegilannya. Malah teman yg memberi nasihat itu pula dituduh biadab dan tidak beriman. Setelah PAS ditolak ke dalam lopak bernajis oleh UMNO, apakah mungkin teman-teman PAS tadi itu akan hadir menyelamat dan membersihkan PAS drp bau hapak hancing najis itu? Barulah padan dgn muka!!!

sizzly7761 said...

Bebal politik, bodoh sombong dan khianat terhadap pesanan Marhum TGNA supaya jangan percayakan tipu daya UMNO! Akibatnya Ulamak yang faqih 'Kena kencing dan menadah kencing' syaitan yang dikenali... Walau rakyat kelantan inginkan hudud..tetapi kalau PAS tak dapat laksanakan dalam waktu terdekat ini rakyat kelantan takkan marah atau mengamuk sakan! Makmurkan rakyat dengan ekonomi dan sosial yang selari dengan tuntutan Islam..perlihatkan kekuatan ekonomi islam di kelantan..barulah ada bukti dan meyakinkan untuk hudud di terapkan secara berperingkat..

Anonymous said...

Aku sekarang ni lebih suka Pas bersama umno untuk teeruskan perjuangan dalm apa juga aktiviti.lupakan dengan DAP dsan PKR,teruskan Pas ,biar kita semua tahu bahawa kita ni dah nak mampus.bodoh tak bolih diajar,cerdik tak bolih diikut,apa jenis ulamk lagi2 mursidulllll Am dah keliru bangat,biar mampus cepat Pas ni ,tak payah aku dan keluarga membantu bila mengundi nanti.

Anonymous said...

Aku sekarang ni lebih suka Pas bersama umno untuk teeruskan perjuangan dalm apa juga aktiviti.lupakan dengan DAP dsan PKR,teruskan Pas ,biar kita semua tahu bahawa kita ni dah nak mampus.bodoh tak bolih diajar,cerdik tak bolih diikut,apa jenis ulamk lagi2 mursidulllll Am dah keliru bangat,biar mampus cepat Pas ni ,tak payah aku dan keluarga membantu bila mengundi nanti.

Anonymous said...

klau dap dan pkr yg penuh dgn puak kristian bila menang pru14 kau ingat depa nak kasi laluan pada hukum hudud..sekarang ini baru allah bagi kuat sikit dap dan pkr dah menyalak2 mcm org gila..yg nak di buat kat kelantan dan pada org islam.jika dikatakan kena kencing dgn umno sekurang2nya ahli umno sendri dah tahu yg umno anti hukum islam. insya allah kita buat kerja kita bukan kita buat kerja allah.. apa yg dibuat olih pas kelantan ialah kerja sebg org islam tapi macai2 dap dan pkr hendak buat kerja tuhan..itu bezanya

lagu tu laa said...

seandainya muktamar nanti masih hj hadi kekal presiden pas jangan mimpi la nak tawan putrajaya.hj hadi dah kena badi najid buat la mcamana.kata la macamana pun tetap bisu tak jawaban.wat dono ja.pencacai dia saja yang duk melalak sana sini bekap dia.tu yang berjangkit habis kena sekali dap dan pkr jadi pembangkang sampai mati.

Anonymous said...

Presiden dan penjilat UG semua bodo nok mampus
Semua pimpinan pas dari ganu semua penjilat utama presuden
Kalu presiden bangang tu suruh makan tahi puok2 ni makang bokali

Anonymous said...

Penulis yang masih bermimpi...ptuii

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...