GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Saturday, March 28, 2015

Hukuman Zina, Minum arak, dan 'Qazaf' hanya sebat ?


Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa mendakwa rang undang-undang (RUU) ahli persendirian yang akan dibentangkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Parlimen, akan menghadkan hukuman hudud di Kelantan kepada sebatan.

Katanya, jenayah yang boleh dihukum di bawah cadangan enakmen jenayah syariah Kelantan itu ialah zina, minum arak, dan 'qazaf' (menuduh seseorang melakukan zina).

Husam berkata, RUU itu akan menghadkan kesalahan di bawah Enakmen Jenayah Syariah Kelantan.

"Tidak semua dalam enakmen itu dapat dilaksanakan apabila Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) dipinda (di Parlimen).

(Oleh itu) hukuman (bagi tiga jenayah itu) hanya sebat. Tidak ada potong tangan dan sebagainya," kata Husam dalam satu forum awam di Shah Alam malam tadi.

Menurutnya lagi, RUU itu tidak akan memasukkan hukuman bagi jenayah yang telah disenaraikan di bawah Kanun Keseksaan, seperti liwat dan mencuri. 

(Hukuman hudud yang lain) kekal dalam enakmen itu, tetapi kita tidak boleh melaksanakannya," katanya, merujuk kepada hukuman rejam dengan batu, potong tangan dan kaki. 

Hubungan antara DAP dan PAS - dua sekutu dalam pembangkang Pakatan Rakyat - terjejas teruk selepas Dewan Undangan Negeri Kelantan meluluskan pindaan kepada Kanun Jenayah Syariah Kelantan 1993 Khamis lepas. 

Untuk Kelantan melaksanakan hudud di negeri ini, PAS perlu meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) di Parlimen di mana Hadi merancang melakukannya melalui pembentangan RUU ahli persendirian.

 DAP telah memutuskan hubungan dengan Abdul Hadi, manakala cawangan parti itu di Sarawak bertindak keluar dari Pakatan.

 "Ramai tidak faham mengenai cadangan yang terkandung dalam RUU ahli persendirian presiden PAS ini ... ramai orang tidak melihatnya," kata Husam lagi9"Saya yakin apabila satu penjelasan telah diberikan, mereka yang bimbang (mengenai hudud) tidak akan bimbang lagi," katanya.

 Husam bagaimanapun mengakui bahawa pemimpin PAS tidak mendapat taklimat mengenai RUU ahli persendirian presiden mereka itu.

 Beliau hanya mengetahui mengenai butiran RUU itu apabila bertemu dengan Abdul Hadi selepas solat Jumaat semalam.

  Sementara itu, Husam menggesa Perdana Menteri Datu Seri Najib Abdul Razak menyatakan pendirian beliau mengenai hudud tidak lama lagi.sumber

Komen al-Husseyn:
Saya tertarik dengan kata-kata Husam :

1) "Ramai tidak faham mengenai cadangan yang terkandung dalam RUU ahli persendirian presiden PAS ini ... ramai orang tidak melihatnya," 

2) ......bahawa pemimpin PAS tidak mendapat taklimat mengenai RUU ahli persendirian presiden mereka itu.

3) "Saya yakin apabila satu penjelasan telah diberikan, mereka yang bimbang (mengenai hudud) tidak akan bimbang lagi."

Lepas tu bising kata DAP, PKR tak setuju. Bagi tengok 
pun tidak.Haiya! Itulah  pasal....Reti!
  Siapa yang sepatutnya menjelaskan perkara tersebut? Jelas orang yang dipertanggungjawabkan ini telah gagal.

  Kenapa perlu begitu terburu--buru hingga pemimpin PAS Pusat sendiri ramai yang tidak tahu kerana tidak diberikan taklimat mengenainya.Malah mereka menolak kenyataan timbalan pesuruhjaya PAS Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah bahawa mereka mendapat restu jawatankuasa pusat . Baca di sini

 Hj Hadi gagal untuk menepati kata-katanya sendiri yang telah berjanji semasa Majlis Pimpinan PR pada 8 Februari 2015 bahawa Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Kelantan 2015 akan dibincangkan pada Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat pada masa depan.

 Tetapi, Haji Hadi telah menghantar permohonan  Pembentangan Rang Undang-undang Persendirian pada 18 Mac 2015 tanpa terlebih dahulu membentangkan kepada Jawatankuasa Pusat PAS serta Majlis Pimpinan PR.

  Kemarahan DAP kepada Haji Hadi ada asasnya. Haji Hadi telah mengkhianati janji-janjinya. PAS perlu sedar bahawa Umno hanya buat gimik dan mahu PAS bergaduh dengan DAP dan PKR dengan isu ini.

  PAS banyak bermain aci-nyorok dengan rakan tahalluf siayasi sendiri, akhirnya Umno pula yang mentertawakan PAS....
Comments
1 Comments

1 comment :

Anonymous said...

ini bukan hudud. ini namanya enakmen kanun jenayah syariah pindaan 2. kalau betul hudud ini hudud yg ditetapkan oleh Allah swt, mana boleh pinda2...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...