GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Wednesday, March 18, 2015

Hurey ! PAS Kelantan berjaya bawa Hudud ke Parlimen.....

Kesemua ADUN Umno Kelantan menyokong pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 yang dibentangkan hari ini bagi membolehkan pelaksanaan hukuman hudud di negeri itu.

 Memulakan perbahasan Rang Undang-undang itu dengan nada sebak, ADUN Kok Lanas Datuk Md Alwi Che Ahmad berkata Umno negeri itu akan bersama-sama kerajaan negeri "menghadapi segala rintangan" bagi melaksanakan hukuman hudud.

 Beliau yang juga ketua penerangan Umno Kelantan itu berkata, sokongan supaya hukuman jenayah Islam itu dilaksanakan juga adalah kerana Allah.

 "Saya sokong hudud ini kerana Allah. Umno sokong juga kerana Allah, bukan kerana politik. Kita akan hadapi masalah yang sama. Mereka datang dari pelbagai kumpulan untuk halang apa yang kita buat.

 "Saya bimbang kerajaan negeri terpaksa menghadapi banyak perkara. Maka, marilah kita bersama-sama bersahabat menghadapi rintangan ini," kata Md Alwi yang berucap kira-kira setengah jam bermula 12.30 pm.

 Umno mempunyai 12 orang ADUN di Kelantan..

 Selepas menyampaikan perbahasan, Speaker DUN, Datuk Abdullah Ya'kub berkata, beliau berharap agar Md Alwi berucap daripada hati.

 "Terima kasih kepada Yang Berhormat di atas ucapan yang dilahir daripada hati," kata Abdullah.

 Mahu Umno zahir sokongan

 Sementara itu, Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah meminta supaya semua ADUN Umno menzahirkan sokongan mereka esok semasa pengundian bagi meluluskan rang undang-undang hudud itu.

 Mohd Amar yang juga pengerusi teknikal Jawatankuasa Kanun Jenayah Syariah II itu berkata lagi, apa yang paling penting ialah memastikan enakmen itu diluluskan untuk dibawa ke Parlimen. 

 "Cakap sahaja (sokong) tak guna. Kita tengok esok. Sokongan mulut OK. Tapi dalam dewan ini, bila mengundi baru bermakna.

 "Esok kita akan buka untuk undian, masa itu yang akan menentukan," katanya ketika ditemui pemberita selepas sidang DUN di Kompleks Kota Darulnaim.

 Mengulas ketidakhadiran ADUN Salor Datuk Husam Musa dan ADUN PKR Mohd Roslan Puteh hari ini, Mohd Amar berkata perkara itu tidak menjadi masalah memandangkan esok merupakan hari penentuan bagi rang undang-undang itu.

"Tak apalah tak datang (hari ini), kita nak mengundi esok. Apa masalahnya? Sebab esok kita nak mengundi, kalau dia tak datang pun tak apa. Tunggu esok sahajalah," katanya lagi.sumber

Komen al-Husseyn:
 Sebagaimana pengakuan Nik  Amar sendiri bahawa apa yang paling penting ialah memastikan enakmen itu diluluskan untuk dibawa ke Parlimen

 Apakah hanya untuk dibawa ke parlimen maka Nik Amar akan bergembira? Apakah yang akan berlaku di parlimen nanti? Mustahil sekiranya Nik Amar tidak mampu meramalkannya. Bagi Nik Amar, yang penting ianya berjaya dibawa ke parlimen nanti! Hurey yip-yip hurey!!

Apakah 122 suara Umno di parlimen akan
sokong Hudud Kelantan?
 Nik Amar jangan ghairah sangat dengan sokongan Umno Kelantan. Persoalan yang paling penting ialah , apakah kesemua 122 ahli parlimen Umno di parlimen akan menyokong apabila dibentangkan nanti?

 Biarlah kita bersangka yang baik, bahawa PM Najib dan konco-konconya akan bersetuju memberikan laluan sebagaimana yang telah diperlihatkan oleh Umno Kelantan.

Tidak mustahil 122 MP Umno akan sokong kerana semua perkara diatas kehendak Allah. Samalah juga Allah mampu melakukannya keatas kesemua 38 MP DAP ...

 Dan selepas ini nanti dalam masa yang terdekat, kita juga mahu lihat Hj Hadi pula akan melakukannya bagi membolehkan pelaksanaan hukuman hudud di Trengganu....Kita hanya mampu tunggu dan lihat .....

Comments
4 Comments

4 comments :

Anonymous said...

Bagusnya alwi ni...
Kg2 di dun kok lanas pon tak pernah turun padang. Inilah bahana bila menang undi pos.
Mamat ni terkenal dgn perangai sombongnya. Patut la nuar muso tak bg muka kat mamat ni. Apa pon tahniah pada nik amar ug...

Anonymous said...

Sama2lah kita doa agar hudud diterima dan diluluskan. Tidak beriman kita kalu tak sokong hudud yg dah ada dlm Al-Quran tu.

kiedentech said...

saya mahu hudud didaulatkan tapi bukan PAS yang memimpin kerana pemimpin PAS sekarang bangang dan juga kerana UMNO sudah sedar kepentingan hudud jadi saya akan mengundi UMNO pada pilihanraya akan datang tq

Anonymous said...

hudud ke ni?

peruntukkan dlm hudud Kelantan:

"Mana2 orang yg mdakwa dan saksi2 yg mberikan keterangan dgn hati suci, sama ada dgn syahadah atau bayyinah di hdpn mahkamah, utk mbuktikan ksalahan zina atau liwat ttp keterangan itu tidak memenuhi kehendak hukum syarak bg tertuduh dikenakan hukuman hudud, tidaklah melakukan kesalahan qazaf."

Mereka memasukkan klausa ini kerana hendak menyokong tindakan Saiful Bukhari sedangkan hukum ini tidak wujud dalam mana2 kitab Feqah. dr blog TB

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...