JERUSALEM

JERUSALEM
SOLIDARITI BERSAMA PALESTIN

Wednesday, March 18, 2015

Husam: Ku Li perlu berani realisasi kritikannya

PAS mencabar MP Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah merealisasikan kritikannya terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak dengan membawa usul menolak kepimpinan perdana menteri di Dewan Rakyat.

 Ia ekoran ucapan bekas menteri kewangan itu yang membahaskan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat semalam, yang menyentuh prestasi ekonomi dan politik negara bawah pentadbiran Najib.

 Cabaran tersebut dikemukakan oleh Naib presiden PAS Datuk Husam Musa supaya pemimpin yang mesra dipanggil Ku Li itu, tidak hanya mengkritiknya dalam ucapan semata-mata tanpa melaksanakannya.9

 "Bukankah beban kewajipan membetulkan keadaan negara turut terletak di bahu YBM (Yang Berhormat Mulia) Ku Li? Apakah tindakan yang beliau boleh ambil? Adakah kata-katanya hari ini di Dewan Rakyat, hanya untuk diucapkan atau untuk dilaksanakan, bermula dari diri beliau sendiri?

 "Jika sekalipun puncak tindakan patriotik seperti itu tidak mampu dilakukan, saya percaya banyak lagi tindakan bersama ahli Parlimen dari kelompok meletakkan negara sebagai pertimbangan utama mengatasi parti, boleh lakukan untuk kepentingan negara.

 "Jika tidak, YBM Ku Li juga akan tersenarai sebagai mengkhianati rakyat dan negara pada satu masa akan datang," kata Husam dalam kenyataan semalam.

Dalam ucapannya semalam, Ku Li antara lain menggesa MP supaya berani membuat keputusan untuk berkhidmat dan tunduk kehendak rakyat dengan memenuhi ikrar sebagai anggota Dewan Rakyat.

 Selain itu, Ku Li turut menggesa MP membuat keputusan berdasarkan suara hati dengan menerima atau menolak sesuatu cadangan demi kepentingan rakyat walaupun bertentangan dengan kehendak parti demi menegakkan kedaulatan rakyat dan pengundi.

 Menyambut baik ucapan Ku Li, Husam turut mencadangkan kepada pemimpin BN itu supaya menubuhkan dan mempengerusikan kaukus Parlimen untuk memantau hutang negara, dengan menjemput anggota parlimen dari parti politik yang berbezauntuk menganggotainya.

 Malah bagi mengotakan ucapannya, Husam turut menggesa Ku Li menyokong usul tergempar untuk mengutuk tindakan Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Khalid Abu Bakar susulan penahanan MP Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar.sumber
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...