GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Thursday, March 12, 2015

Ini bukan dongeng, ini cerita betul wahai Tuan Syed Ali Alhabshee

   Ketua Umno Cheras Datuk Seri Syed Ali Alhabshee hari tersentap apabila Menteri Kewangan II Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah mengesahkan bahawa kerajaan baru-baru ini ingin menyuntik RM900 juta lagi kepada firma pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ali Alhabshee yang sebelum ini melenting, menafikan dakwaan Rafizi Ramli mengenai perkata itu yang beliau dengar daripada seorang ketua Umno bahagian yang hadir dalam pertemuan tertutup itu.

 Syed Ali Alhabshee, yang juga penganjur perhimpunan tersebut, menyifatkan dakwaan PKR itu sebagai  "satu lagi cerita dongeng pembangkang"


 Lantaran itu, hari ini, Rafizi Ramli telah memintanya Menteri Kewangan II Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah mengesahkan samada perkara itu benar atau tidak.

  Husni   mengesahkan menyuntik RM950 juta ke dalam 1Malaysia Development Bhd (1MDB) sebagai “standby credit” untuk syarikat pelaburan strategik milik kerajaan yang dibebani hutang sebanyak RM42 bilion itu.

  Selain itu, Husni mengakui kedudukan kewangan 1MDB tidak kukuh dan memerlukan tawaran awam awal (IPO) sebagai cara untuk menangani masalah itu.

 "Masalah 1MDB ini adalah aliran tunainya, jadi IPO amat penting kerana dalam masa pendek kita perlu buat pembayaran semua pinjaman. Namun, selesai IPO ini kita percaya firma ini akan berjalan lancar," katanya di Dewan Rakyat, Parlimen di Kuala Lumpur, hari ini. ~ sumber

Sebelum ini Najib sewaktu jawapan bertulis kepada William Leong (PKR-Selayang), di sini berkata hutang luar negeri Malaysia adalah RM740.7 bilion pada suku ketiga tahun 2014, berbanding RM41.5 bilion pada tahun 1990 dan RM196 bilion pada akhir tahun 2013.  
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...