GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Wednesday, March 11, 2015

Jual diri kepada syaitan demi kebendaan, kedudukan dan jawatan

Ahli parlimen Lembah Pantai yang berhasrat menyampaikan ucapan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, dilarang mewakili bapanya.

 Dewan Rakyat bagaimanapun membenarkan Nurul Izzah Anwar memasukkan sedutan ucapan Anwar sebagai sebahagian ucapannya sendiri.

Beliau telah menggunakan peluang itu untuk menegaskan pendirian bapanya bahawa beliau tetap tidak bersalah atas jenayah liwat yang disabitkan ke atasnya.Berikut adalah sebahagian ucapan Anwar :

"Saya tidak bersalah atas tuduhan palsu dan fitnah ini tidak pernah berlaku.

 "Fitnah ini satu rekayasa yang jahat datang dari satu konspirasi politik untuk menamatkan karier politik saya.

 "Tidak menjadi satu kebetulan bagaimana Pejabat Perdana Menteri boleh mengeluarkan kenyataan rasmi bertulis mengenai keputusan yang cuma selang beberapa minit selepas penghakiman dikemukakan, malah sebelum hukuman dijatuhkan.

 "Dalam tunduk akur kepada kehendak telunjuk tuan-tuan politik, hakim-hakim itu menjadi rakan jenayah pembunuhan kebebasan dan integriti badan kehakiman.

 "Mereka telah menjual diri mereka kepada syaitan, memperdagangkan nurani mereka demi pulangan kebendaan, kedudukan dan jaminan jawatan," kata Nurul Izzah, memetik teks ucapan Anwar. ~ SUMBER
Comments
1 Comments

1 comment :

Anonymous said...

Tahu nurul..dunia tahu tuduhan liwat yg berlaku hanya rekayasa Oleh golonggan feudalism/politicians/capitalism yg menghakis dana-dana Negara..anwar Abraham tahu armarhum-armarhum nik Aziz tahu,al fardil nor jua tahu.Dan diatas keterjujuran anuar Abraham beliau menerima bayaran yang terlalu mahal ini yg berlaku sekarang,Orang jujur ditindas,dikenakan fitnahh diatas kesalahan yg tidak beliau lakukan ..ini adalah jenayah kaum melayu ke atas kaum melayu yg berfalsafah demi melayu,hidup melayu...Dan fitnah ini adalah yg tersohor diabad INI mencemar daulah2 Islam itu yg dipelapori oleh bangsa melayu yg diragui Quality islamnya....Tidak ada fitnah sedasyat INI do negara Islam on the world kecuali Malaysia...Dan aku bimbang jika dilatnati/dimurkai oleh Sang pecinta-pencipta........kemerdekaan anwar Abraham ada issue segala-gala..an war Abraham adalah keutamaan di kurun INI....Dunia Islam perlukan anwar Abraham karna apa yg dia kunci segala-gala....wabilah hi taufiq wal hidayah.. Assalamualaikum

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...