GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Tuesday, March 03, 2015

Kamu adalah Boneka Umno! Almarhum sendiri kata kepada orang macam Nik Abduh!

"Ayahanda mendidik saya bukan dengan memukul Umno dan BN.

 "Saya juga mengenal ayahanda saya mendidik rakyat bukan dengan memukul Umno dan BN bertalu-talu."

 Demikian jawab anak tokoh PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat sewaktu dihadapkan tuduhan bahawa beliau mewakili kumpulan pro-kerajaan perpaduan yang sering mengkritik sesama pemimpin parti itu.

 Walaupun tidak menjelaskan kumpulan yang mendakwa begitu, Nik Abduh berkata terdapat tanggapan beliau "kurang memukul Umno dan BN" dan "kuliahnya berlapik-lapik, tidak luka Umno dan BN." Baca lagi di sini

 Sejauh mana kebenaran dakwaan Nik Abduh ini? Nik Abduh sering menggunakan nama Almarhum. Mentang-mentang Nik Abduh anak kepada almarhum, dia ingat almarhum adalah bapa dia seorang?


Maso ayah demo hidup lagi, oghe ghoyat doh..... Oghe hormat ko ayoh 
demo jah, tapi oghe tak kagum pun ko demo....! Lepas ayoh demo 
takdok, jange lah wat cerito  bukan-bukan nak jual namo gemuloh..... 
Oghe tahu belako doh demo jenis cakap takleh pakaa.... belawok...!!!
Ayoh demo maso hidup sokong Anwar, bakpo demo tak ikut....?
  Nik Abduh perlu ingat walaupun almarhum bukan seorang biological father kepada kita, namun almarhum adalah bapa perjuangan kepada kita semua. Almarhum adalah murabbi kepada semua kita. Almarhum adalah kepunyaan ramai!

  Kita sendiri telah dengar dan faham apa yang selama ini almarhum sampaikan kepada kita semua. Kita bukan dengar melalui mulut cirit biri Nik Abduh. Tetapi dari mulut almarhum sendiri. Nik Abduh jangan cuba-cuba mahu memperbodoh-bodohkan kita semua!

Kalau almarhum tidak pukul Umno, kenapa puak Umno begitu marah kepada almarhum. Hingga ada yang mulut cabul dengan menulis dalam blognya :


Wajarkah Nik Aziz Nik Mat apabila dia meninggal dunia kelak dikebumikan di tanah perkuburan orang Islam?  

  Perkara yang berat dan serius ini harus dipertimbangkan oleh Jabatan Kehakiman Syariah Kelantan atau Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Kelantan dan juga Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia memandangkan orang ini telah mengambil tanggungjawab Allah Subhanahu Wataala dan menyesatkan pengikut-pengikutnya.

 Hang Nik Abduh janganlah nak perasan sangatlah! Orang sanjungi ayahanda kamu, tapi tidak kamu. Keperibadian kamu dan cara perjuangan kamu amat jauh berbeza kalau nak dibandingkan dengan ketokohan almarhum!

  Almarhum sendiri sewaktu hidupnya menganggap orang macam kamu ini yang mahu mempertahankan cadangan Presiden PAS Hj Hadi untuk membentuk kerajaan Perpaduan adalah 'Boneka Umno'. Kamu adalah Boneka Umno! Bukan aku kata almarhum sendiri yang kata. Ada buktinya dibawah ini :

Ada dua point penting yang saya gariskan di atas itu:

 1) Almarhum Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membidas golongan dalam parti itu yang terus mempertahankan cadangan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk membentuk kerajaan perpaduan sambil menyifatkan mereka sebagai ‘boneka UMNO’.

2) Saya tak boleh lari daripada keputusan Muktamar Pas di Ipoh tahun lalu yang sebulat suara menyokong pakatan pembangkang.....
Sila baca lagi di sini
Comments
5 Comments

5 comments :

Anonymous said...

nik abduh ni sgt sesuai jd ustaz umno spt jamil khir, kazim , masitah dll. malangnya umno pun tak terima dia. tak ada standard!

kampong lad said...

dlm umno dah ada 2, 3 ekoq yg dok guna nama pak2 depa, pas pun nak ikut jugak ka?

Anonymous said...

Berhenti cakap pasal bapak boleh.

Anonymous said...

Jasa Tua guru dalam PAS telah dihumpan kedalam longkang oleh anak sendiri yang tidak tahu menjaga dan menilai ketinggian ilmu ayah sendiri apakah dia sudah merasa diri sendiri disanjung oleh telah dipilih sebagai MP dan boleh bercakap sesuka hati dek keran ketidak puasan hati sendiri,apakah dia tidak terfikir betapa sedihnya anak-anak buah bapanya tuan guru NiK Aziz bila membaca tulisan dengan bahasa yang tidak sepatutnya keluar dari mulut seorang anak tuan guru terhadap musuh apakah agama islam dalam PAS boleh mencarut sebigitu rupa jika hati telah marah,inilah yang dikatakan Pemimpin atasan PAS telah gagal pemimpin anak buahnya disebabkan pemimpin sendiri bagaikan ketam menyuruh ananknya berjalan betul.

Anonymous said...

Bekas tahanan ISA ini telah berjaya dibabtiskan oleh UMNO, sebab itulah dia boleh dibebaskan ketika itu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...