GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Monday, March 09, 2015

Kenapa Polis panggil Husam selepas buat laporan polis ?

 Sejurus buat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi bersabit isu 1MDB, Husam telah dipanggil ke balai polis Sri Petaling. 

Adakah kerana polis prihatin atau cuba nak acah-acah?? Belum ada kepastian apa tujuan sebenar tindakan polis memanggil Husam. Keadaan ini agak pelik kerana Husam dipanggil ke balai polis lain iaitu Sri Petaling.Tunggu penjelasan Dato' Husam selanjutnya nanti.


Elok juga dengar penjelasan Husam selepas membuat laporan polis melalui rakaman berikut :



Butiran laporan polis yang telah dibuat oleh Dato' Husam petang tadi :

LAPORAN POLIS UNTUK SIASATAN DI BAWAH KESALAHAN JENAYAH PECAH AMANAH 1MDB BERDASARKAN LAPORAN THE EDGE 9 - 15 MAC 2015

 Atas prinsip tanggung jawab kolektif warga Malaysia menghindarkan perbuatan pecah amanah yang akan merugikan negara dan rakyatnya, saya pada petang ini telah membuat laporan polis seperti berikut di Balai Polis Dang Wangi;

"Saya merujuk kepada majalah The Edge, keluaran 

 Mac - 15 Mac 2015 yang diterbitkan oleh The Edge Communications Sdn Bhd khususnya laporan utama muka depan dan laporan pada muka surat 62, 63, 64 dan 65 majalah berkenaan mengenai perjalanan pelaburan 1MDB.

 Satu nashkah majalah ini dikembarkan bersama laporan ini.

 Saya membuat laporan ini untuk polis melakukan penyiasatan di bawah Seksyen 405 kesalahan Jenayah Pecah Amanah di bawah Akta Kesalahan Jenayah 574 meliputi;

 a. Pembayaran sebanyak USD 700 juta oleh 1MDB kepada Good Star Limited Seychelles

 b. Siasatan ke atas YAB Penasihat 1MDB, YB Menteri Kewangan serta Ahli Lembaga dan pengurusan 1MDB pada tahun-tahun 2009 dan 2010 mengenai pembayaran oleh 1MDB sebanyak USD 1 billion (bersamaan RM 3.48 billion mengikut tukaran pada masa itu) kepada syarikat usaha sama antara 1MDB dan PetroSaudi Holdings (Cayman) Limited bernama 1MDB PetroSaudi Ltd tanpa mempunyai profile syarikat rakan usaha sama, tanpa semakan aset yang diisytiharkan yang kemudiannya didapati tidak wujud dan tanpa terlebih dahulu mendapat persetujuan Lembaga 1MDB."
 Sehubungan itu, saya menyeru YAB Perdana Menteri mengosongkan kedudukan beliau sebagai Penasihat 1 MDB dan Menteri Kewangan sehingga siasatan selesai bagi membolehkan siasatan berjalan tanpa sebarang kerumitan.

 Pada tempoh itu, YAB Timbalan Perdana Menteri hendaklah dilantik memegang kedua-dua jawatan itu. Jika apa yang dilaporkan oleh The Edge adalah benar, jelas Menteri Kewangan pada waktu transaksi itu berlaku telah tidak berkeupayaan menjaga kepentingan kewangan negara dan mesti bertanggungjawab atas apa yang telah berlaku.

 Ini menguatkan alasan untuk beliau mengosongkan kerusi Menteri Kewangan.

 Secara kolektif kabinet mesti bertanggung jawab terhadap 1MDB dan seharusnya satu kertas kabinet telah disediakan untuk meluluskan pembentukan 1MDB dan seterusnya menerima laoran dari masa ke semasa. Kegagalan itu, jika berlaku, bermakna kegagalan Menteri Kewangan yang bertanggung jawab secara khusus.

 Saya juga menyokong pendirian YAB TPM supaya laporan audit forensik dilakukan ke atas 1MDB dan semua anak syarikat atau usaha samanya dilakukan seberapa segera dan satu Kertas Putih hendaklah dibentangkan di Parlimen Malaysia.

Dato Husam Musa
Naib Presiden PAS,
9 Mac 2015
Comments
2 Comments

2 comments :

Anonymous said...

knp tak seekor pun puak ug yg buat laporan polis? sibuk dgn wala dan jawatan hingga isu besar mcm ini pun tak nampak.

nak buat cam no. nak ambil medic mcm kak wan (yg dpt gold award) tak layak sbb terlalu pandai. mi no spik inglis la katakan.

"She was awarded the prestigious MacNaughton-Jones gold medal in 1977 for being the top student in obstetrics and gynecology at the Royal College of Surgeons in Ireland. Quite an achievement and the fact she is a mere “doctor” should not influence our thoughts because (Tun) Dr Mahathir (Mohamad) was a doctor."

hanya layak ambil jurusan bisnes agama. pakai serban bukan kerana sunnah tapi nak tunjuk (mcm iklan) bhw diri tu bisnes agama. cth hadi. masa ceramah pakai serban tp bila pegi mahkamah pakai kopiah!!!

Sabtu Awab said...

GST - Geng serban tinggi.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...