GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Wednesday, March 11, 2015

Kenapa ramai yang nak cubit puting Shafee Abdullah

 Pada 19 Mac, Firma guaman Zainul Rijal Talha & Amir telah mengeluarkan bil yuran perkhidmatan berjumlah RM32,150 kepada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bagi perkhidmatan yang diberikan kepada responden untuk membiayai khidmat guaman bersabit kes tuntutan qazaf Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

 Dalam kes tersebut, firma guaman berkenaan mewakili responden, iaitu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom; Che Mat dan ketua pendakwa syarie Wilayah Persekutuan ketika itu, Shamsuddin Hussain. 

Pada 25 Oktober 2010, Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur telah mengeluarkan perintah membatalkan permohonan Datuk Seri Anwar. SUMBER

 Ni tiba-tiba terbaca berita pelik yang kononnya Peguam Umno Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah hanya dibayar RM1,000 untuk menjadi pendakwa raya bagi pihak kerajaan dalam kes liwat melibatkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim. Baca  di sini

 Memang payah sangat kita nak percaya....Memang tak masuk akal. Cer bandingkan dengan kes pengendalian tuntutan qazaf Datuk Seri Anwar Ibrahim diatas itu. Berapa kos guamannya? RM32,150 kan? Waima kes Anwar  di Mahkamah Persekutuan adalah lebih rumit dan memakan masa yang lebih lama.

 Setahu kita Umno/BN bukan jenis yang lokek...Pelaburan 1MDB pun sanggup berhutang hingga mencecah RM46 Bilion, bagi kat Ibu lembu NFC pun RM250 juta...tiba-tiba untuk lawan kes nak bunuh karier Anwar hanya bermodalkan RM1,000.00 sahaja? Tak mungkin, tak mungkin.....

Kalau ikut penjelasan lawyeranda
 Sebagai panduan am, yuran biasanya dalam lingkungan RM50 hingga ke RM300 setiap satu jam, bergantung kepada tahap kemahiran seseorang peguam itu. Yuran dari awal kes sehingga ke Dekri Mutlak biasanya akan bernilai diantara RM2000 ke RM10,000 bergantung kepada kerumitan kes tersebut.
 Upah RM 1K untuk  loyar yang ada nama macam Shafee Abdullah ini, memang tak masuk akal sama sekali. Ia sama seperti  kesalahan yang dijatuhkan keatas Anwar bersabit kes Liwat 2 , ramai yang susah untuk mempercayainya. Tentu ramai yang nak cubit puting Shafee Abdullah! 
Comments
2 Comments

2 comments :

Asrul Sani said...

Deyyyy...apa lu ingat saya PARIAH ka....1 ribu 1 jam la deyyyy Thambi...

nazi kelawar said...

Manusia yang pernah menipu dan biasa menipu.Tipu menipu adalah pakaian dan makanan hariannya.Sebab itu Islam melarang dan berdosa menipu.Kejujuran dan berkata benar mendatangkan kecelakaan kepadanya.Inilah yang dikatakan orang yang kurang keyakinan diri.Menipu dapat meyakinannya dan orang lain belum tentu sebab tahap pendidikan dan ilmu berbeza beza.Persoalan...??? Sampai bila anda hendak menipu.Apakah kehebatan anda dan pangkat yang tinggi melambung dan ditambah dua puluh satu das tembakan semasa pengkebumian anda, akan bisa membuat Malaikat sorot untunk menyoal anda.Tidak... Di tanya tetap ditanya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...