GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Wednesday, March 11, 2015

Kesuburan demokrasi perlu dibuktikan dengan amalan, bukan sekadar rhetorik

 Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man hari ini menolak pencalonan beliau sebagai calon alternatif kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang dibuat PAS Kota Baru semalam.

 Bagaimanapun, naib presiden PAS itu menyifatkan pencalonan itu membuktikan kesuburan demokrasi dalam PAS, meskipun seringkali parti dipimpin Hadi itu diserang sebaliknya.

  'Kalau Datuk Husam (Musa) berkata 10 kali beliau pun tidak padan lagi dibandingkan dengan Hadi, saya yang berketinggian lima kaki dua inci pun mungkin ketinggalan lebih 5.2 kali di belakang Hadi dari segi kepimpinan'." - Baca lagi di sini

 Saya merasa pelik sungguh dengan pendirian TITM nih. Dia kata pencalonannya itu membuktikan kesuburan demokrasi dalam PAS, tetapi kenapa dia menolak pencalonan tersebut? 

 Ini bermakna beliau tidak meraikan atau menghormati kehendak akar umbi.Beliau sepatutnya membuktikan kesuburan demokrasi dalam PAS benar-benar diamalkan bukan sekadar disebut secara retorik sahaja.

 Pertandingan ini perlu dilihat sebagai satu perkembangan baik dalam pengamalan demokrasi dalam PAS, walaupun sesetengah pihak mendakwa ia bakal memecah-belahkan perpaduan dalam parti.

  Jika perwakilan merasakan pembaharuan itu perlu atau penyandang sekarang mantap atau mahu pembaharuan dalam PAS, apa salahnya jika ada pertandingan?

 Hj Hadi mempunyai potensi untuk mengekalkan jawatannya sebagai presiden parti namun dengan adanya pertandingan, maka para perwakilan akan mendapat peluang untuk menilai pencapaian yang telah beliau lakukan selama ini.

 Hj Hadi sendiri akan berpeluang melihat prestasi dirinya sendiri melalui kaca mata dan pertimbangan dari para perwakilan, bukan hanya dari mereka yang berada disekelilingnya sahaja. 

 Jika benar dakwaan bahawa pertandingan bakal memecah belahkan parti, maka lebih baik parti jangan mengadakan sebarang pertandingan. Pinda perlembagaan yang sedia ada dan serahkan mandat kepada presiden untuk melantik sesiapa sahaja bagi setiap jawatan parti mengikut budi bicaranya sendiri.
Comments
2 Comments

2 comments :

Anonymous said...

Tuan Ibrahim Tuan Man telah menzahirkan kepada khayalak yg beliau sebenarnya kurang cerdik dalam bersiasah. Baru terima satu pencalonan dah kelam kabut merafak sembah taat setia pada Haji Hadi.

Kalau TITM bijak, beliau pasti mendengar dulu suara akar umbi melalui pencalonan bahagian2 lain.

Langkah TITM ini sebenarnya sudah banyak kali sangat sumbangnya. Dulu isu kalimah Allah TITM jugalah yg mencetuskan balik polemik kalimah Allah yg sepatutnya sudah selesai.

TITN telah mengeluarkan kenyataan terbuka atas nama majlis syura ulama yg bercanggah dgn pendirian rasmi Pakatan Rakyat sebelumnya. Akhirnya isu kalimah Allah kembali dimainkan oleh UMNO BN.

Begitu juga waktu TITM dilantik jadi ketua jawankuasa Disiplin PAS dalam isu Hasan ali vs Khalid Samad waktu Hasan Ali masih exco Selangor. (Kes tahun 2008)

Jelas2 Hasan Ali yg bersalah tapi Khalid Samad pula yg dikenakan tindakan keras dgn digantung keahlian selama 6 bulan sedangkan Hasan Ali hanya diberi amaran sahaja. Ini jelas menunjukkan betapa kurang cerdiknya TITM sebagai pemimpin.

Lupakan sahaja TITM. Kemelut kepimpinan PAS sekarang ini sebenarnya peluang keemasan TITM utk melonjak kedepan menyelamatkan bahtera PAS. Tetapi kecintaan beliau pada Hadi jelas melebihi kecintaan TITM pada parti.

Orang pengecut & kurang cerdik memang sangat tak layak jadi pemimpin.

5sal said...

belum pun pi berjuang dah angkat bendera putih? sepatutnya dia kena pi berlawan dulu tengok sapa akan kalah kalu dah larat agak tak makan cekak baru lah angkat bendera.bendera pas kan hijau putih. hijau tu tanda subuq kot? putih tanda kalah kot? ka lagu mana cikgu? harap duk suruh akaq umbi pi berjuang tapi atasan peluk tubuh ja!kan dtitm tu orang kuat UG/GU,jangan persoalkan kena wala' pada ketua.kalu dak akan dianggap sebagai mengkhianati parti dan ketua.walaupun hati sakit!tak tau la macam ragam manusia ni!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...