JERUSALEM

JERUSALEM
SOLIDARITI BERSAMA PALESTIN

Monday, March 30, 2015

Ketua Polis Negara jangan jadi barua Umno/BN

Mimpi Khalid Samad sebelum ditangkap polis.....
Dalam entri saya sebelum ini rakyat semakin hilang rasa hormat , antara lain saya menulis:

 "Apa salahnya polis menalipon Khalid, jemput beliau datang ke balai untuk disoal siasat? "

 Dalam temubual dengan portal Malaysiakini satelah dibebaskan bersama dua orang mahasiswa selepas mahkamah menolak permintaan polis untuk menahan mereka di bawah reman untuk siasatan lanjut pagi  kelmarin, Khalid Samad berkata, polis boleh hanya menelefonnya daripada membazir tenaga menangkapnya di awal pagi Ahad.

  "Saya rasa ia tindakan kurang bijak, pembaziran tenaga kerja dan masa. Jika mereka menelefon dan saya tidak pergi maka mereka boleh menuntut justifikasi.

 "Semua orang tahu nombor telefon saya, termasuk polis," katanya.

Apa yang menariknya ialah  mengenai kenyataan Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Khalid Abu Bakar bahawa tindakan polis menangkap Khalid adalah di bawah Akta Hasutan.

  Sebaliknya Khalid menjelaskan bahawa beliau ditahan  di bawah Seksyen 143 Kanun Keseksaan kerana perhimpunan haram. 

 "Saya tidak ditahan di bawah Akta Hasutan, ia di bawah perhimpunan haram. Adalah baik bagi pihak polis mengambil tindakan setiap saat tetapi tidak bertindak di luar keperluan. Kami bukan penjenayah, perompak atau pembunuh, hanya telefon dan kami akan datang. Saya percaya ramai yang lain akan melakukan perkara yang sama, " 

 Mengenai kemungkinan berlakunya penangkapan kepada pemimpin pembangkang dan aktivis lain, Khalid berkata, "Ia seolah-olah seperti KPN mempunyai sikap anti-pembangkang ... menganggap hanya pembangkang yang menyebabkan masalah." 

 "Beliau tidak mengambil berat tentang 1MDB, atau salah laku, rasuah dan lain-lain. Beliau hanya mahu menjaga kepentingan Barisan Nasional, kelihatannya seperti itu," katanya. - Baca lagi di sini

  Itu adalah bahasa yang molek dari seorang Ahli parlimen yang berwibawa. Tapi bagi orang-orang biasa, bahasa pasarnya ialah, "Ketua Polis Negara jangan jadi barua Umno/BN!"
Comments
1 Comments

1 comment :

Anonymous said...

"Beliau tidak mengambil berat tentang 1MDB, atau salah laku, rasuah dan lain-lain. Beliau hanya mahu menjaga kepentingan Barisan Nasional, kelihatannya seperti itu," katanya.

Kata aku pula " bukan kelihatan seperti itu tetapi memang itulah fungsi hakiki PDRM"

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...