KELANTAN

KELANTAN
TABUNG BANJIR KELANTAN

SUMBANGAN DANA

SUMBANGAN DANA
HARD TALK

Sunday, March 29, 2015

Khalid Samad ditahan kerana menghasut awal pagi ini

 Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad ditahan polis mengikut Akta Hasutan berhubung perhimpunan #KitaLawan, di rumahnya di Shah Alam pada 3.20 pagi ini, kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad.

 Menurut Dzulkefly, Khalid yang merupakan ahli jawatankuasa PAS Pusat kini dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di Kuala Lumpur.

 “Kegilaan tangkapan apa semua ini oleh sang penguasa politik?

 "Semoga negara ini diselamatkan Allah daripada terjerumus menjadi sebuah 'police state',” tulis Dzulkefly melalui akaun Facebooknya.

 “Semoga kita semua dirahmati Allah. Allahu Musta'an.”

 Pada Sabtu, polis menahan Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli di bawah Akta Hasutan berhubung kenyataannya menyeru ahli parti itu turun beramai-ramai dalam perhimpunan #KitaLawan yang diadakan semalam. –29 Mac, 2015. – 29 Mac, 2015. - sumber
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...