GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Sunday, March 22, 2015

Ku Nan: Hudud PAS 'hudud politiklah'

Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menyifatkan rang undang-undang persendirian berkaitan hudud mahu dibentangkan PAS di Parlimen sebagai “hudud politik”.

 Ditanya pendirian BN berhubung hasrat PAS itu, beliau berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perkara itu tidak lama lagi.

 Bercakap kepada media selepas sebuah acara di Putrajaya hari ini, Tengku Adnan, yang juga menteri Wilayah Persekutuan, menegaskan bahawa PAS harus mengikuti Perlembagaan Persekutuan.9 Ditanya sama ada usaha PAS bertentangan dengan perlembagaan, beliau hanya menjawab “hudud PAS hudud politiklah”.

 Menteri BN dan perdana menteri setakat ini masih belum menyentuh berhubung pendirian mereka dalam isu itu walaupun anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN Kelantan menyatakan sokongan pada usaha PAS itu. sumber
Comments
3 Comments

3 comments :

Anonymous said...

Konfirm PAS akan diKencingkan.Pagar PR dh Runtuh.PAS Pasti Malu Besar nnti.Nak Gostan balik blm tentu lagi.heehe

Anonymous said...

PAS hendak menjerat siapa sebenarnya, DAPkah, PKRkah, UMNOkah atau PAS sendiri yg akan terjerat? Jangan pula kata nanti rakan tidak beri nasihat, PAS BENGONG!!!

Asrul Sani said...

Aikkk...belum apaapa kau orang dah nak kencing kepala hadi....nanti semua orang akan memperlekehkan ulamak taraf dunia tu...berkali-kali kena pagut ular dilubang yang sama...berkali-kali di kencing umno....

Sedarlah bahawa pemimpin-pemimpion UMNO adalah kaki rasuah, penipu, pemegang saham syarikat judi, kaki betina...takkan dia orang berkecenderungan ke arah Islam...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...