GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Tuesday, March 31, 2015

Kumpulan wartawan kecam penahanan pengarang TMI

 Polis perlu segera melepaskan tiga pengarang kanan The Malaysian Insider (TMI) yang ditahan semalam berhubung satu artikel berkaitan hudud kerana ia tidak perlu dan merupakan satu penyalahgunaan kuasa, kata kumpulan wartawan.

 Centre for Independent Journalism (CIJ) berkata, serbuan terhadap pejabat TMI dan penangkapan Pengarang Urusan Lionel Morais, Pengarang Berita Bahasa Amin Shah Iskandar dan Pengarang Analisis dan Rencana Zulkifli Sulong adalah sebahagian daripada trend yang membimbangkan dalam merosotnya standard kebebasan bersuara di negara ini.

 "CIJ mempersoalkan keangkuhan pihak berkuasa dalam melakukan tangkapan. Sekiranya artikel itu didapati tidak betul, ia boleh dibidas dan TMI boleh diminta menarik balik atau membuat pembetulan," kata Pengarah CIJ Sonia Randhawa dan Jac Kee dalam satu kenyataan semalam.

 "Walaupun sekiranya polis mahu memulakan penyiasatan, mereka boleh meminta maklumat yang diperlukan dari TMI, bukannya datang ke pejabat mereka dan menangkap pengarang mereka." CIJ berkata, bukan satu rahsia yang TMI menerbitkan artikel itu, dan TMI juga tidak menafikan bertanggungjawab terhadapnya.9 Katanya, tidak timbul keperluan menahan tiga pengarang itu bermalam di lokap malam tadi atau memohon perintah reman atas mereka.

 "Memalukan dan mengejutkan kerana undang-undang digunakan dalam cara ini dan ini merupakan satu serangan atas kedaulatan undang-undang.

 "CIJ menyeru pembebasan serta merta pengarang TMI dan meminta pihak berkuasa menghentikan semua tindakan yang mengekang kebebasan bersuara ini," kata pengarah itu.

 Tiga pengarang itu diberkas semalam apabila pihak polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia datang ke pejabat TMI di Mutiara Damansara petang semalam.

 Tangkapan itu sebahagian daripada siasatan selepas laporan polis dibuat oleh seorang pegawai Majlis Raja-raja minggu lalu. Peguam Syahredzan Johan berkata ketiga-tiga mereka disiasat mengikut Seksyen 4 Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Mereka ditahan di balai polis Dang Wangi malam tadi dan polis dijangka memohon perintah reman ke atas mereka hari ini.

 Menurut laporan TMI yang diterbitkan pada 25 Mac, memetik sumber, mesyuarat Majlis Raja-raja Melayu menolak cadangan meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355, undang-undang persekutuan yang perlu dipinda kerajaan PAS Kelantan bagi membolehkan pelaksanaan hudud. ~ Baca lagi di sini
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...