GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Monday, March 02, 2015

Mana Ulama PAS? Awak semua kemana?

 Ramai Ulama ada dalam PAS. Hak taraf donia pun ada. Tapi amat kurang memberikan perhatian terhadap isu semasa berkaitan dengan rakyat. Mereka hanya lebih tertumpu berpolitik dalaman lebih-lebih lagi dalam menghadapi pemilihan parti pada Jun nanti. 

 Mereka sibuk berkembara dengan Multaqa', Nekad dan seumpamanya hanya semata-mata menyibarkan fitnah dan memburuk-burukan rakan saingan mereka. 

  Bukankah sebagai Ulama Warasatul Ambia diyatakan dalam sebuah hadis Riwayat Ahmad:
 "Gambaran ulama di muka bumi adalah seperti bintang di langit yang memberi petunjuk dalam kegelapan di daratan dan lautan. Apabila bintang berkenaan hilang, maka ditakuti manusia akan tersesat jalan." 
 Saya menimbulkan perkara ini kerana beasa malu kepada pertubuhan ABIM yang mampu lebih kehadapan dalam mengisi kelompongan yang sepatutnya 
dilakukan oleh mereka yang mengaku sebagai ulama kerana isu yang saya maksudkan ini adalah berkaitan dengan agama.

Tambah dikesalkan apabila Setiausaha Majlis Syura Ulama sendiri telah tidak ambil hirau malah memperlekehkan persoalan ini yang bukan hanya menjatuhkan maruah dirinya sendiri dan menjadikan dirinya umpama seekor kerbau membawa lumpur, malah habis terpalit kerbau sekandang.

  Kita masih menunggu reaksi Majlis Syura Ulama membuat kenyataan resmi berhubung perkara enakmen jenayah syariah berkaitan qazaf.

 Apa yang paparkan dibawah ini adalah kenyataan ABIM yg saya ringkaskan kepada perkara yang penting sahaja. Kalian dipersilakan baca dari sumbernya yang ada saya link kan dibawah nanti.

 Saya ucapkan syabas dan tahniah diatas tindakan tindakan proaktif Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) mengeluarkan kenyataan menjelaskan mengenai enakmen jenayah syariah berkaitan qazaf.

 ABIM patut dipuji dan dialu-alukan diatas usaha menerbitkan buku bertajuk Bahaya Qazaf sebagai panduan untuk masyarakat memahami isu tersebut sebagai pencerahan tambahan kepada yang sedia ada iaitu Resolusi Klinik Hukum Syarak dan Guaman Syarie, Universiti Kebangsaan Malaysia yang dikeluarkan pada 18 Ogos 2008.

 ABIM juga memperakui bahawa sebarang pernyataan di luar mahkamah yang bermaksud bukan untuk perbicaraan maka ia adalah qazaf, jika tidak disertakan dengan empat orang saksi.Tambahan pula ia dilakukan oleh sebelah pihak sahaja maka ia dengan jelas bermatlamatkan mengaibkan seseorang dan ini merupakan perbuatan yang dicela oleh agama Islam.

 ABIM turut menyarankan supaya  enakmen jenayah syariah yang hanya menyatakan perbuatan zina boleh diintepretasikan bahawa ia termasuk jenayah liwat berdasarkan pandangan fuqaha walaupun tidak secara jelas dimasukkan dalam peruntukan undang-undang berkenaan.

 ABIM menyarankan agar definisi zina di bawah enakmen jenayah syariah dan akta Jenayah Syariah mesti dipinda bagi memenuhi dan menepati maksud hukum syarak.  Sumber
Comments
2 Comments

2 comments :

Anonymous said...

Ulama ug dalam PAS sedang mengeram telur yg entah bila nak menetasnya.

Anonymous said...

Kalau mereka adalah sebenarnya ulama mereka tidak perlu penyokong yang bodoh sebaliknya menasehat penyokong untuk beristiqomah sesama ahli bukanya memfitnah sesama sendiri termasuk diri ulama itu sendiri ,ulama yang ada dalam PAS hanyalah ulama cari makan itulah sebabnya mereka tidak berani menegur kesalahan pengikut ,jika zaman sahabat para ulama takut pada perbuatan mereka sendiri jika tidak ditegur oleh pengikut tapi ulama dalam PAS jangan kata hendak ditegur hendak disapa pun tidak boleh sebab pada mereka ulama yang telah dilantik semuanya betul dan benar.Itulah hakikat ulama PAS hari ini.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...